BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 30, 2012

demi hati ini... dan demi iman ini..

Bismillahirrahmanirrahim...


assalamualaikum wahai pembaca sekalian ( even tak tau la ada yang akan baca atau tak..).. this is ajust another entry from me since the last one.. agak lama tak update... agak sibuk dengan labs, assignments, classes and all.. maaf.. =')

...................................................................

sharp pukul 2.00pg..
sedang diri ini sibuk explore google, mencari bahan untuk assignments yang perlu di-submit-kan esok, tiba-tiba hati ni tergerak untuk bukak blog yang semakin usang dek sesawang labah-labah ( macam rumah yang lama ditinggalkan.. :D ).. lantas diteliti satu persatu entry yang ada.. 

dulu, hati ini berkobar-kobar dalam menjalankan dakwah di blog.. namun, semakin lama, semakin kurang.. kenapa ya? tertanya kepada diri sendiri.. sibuk sangat kah diri ini dengan tugasan duniawi hingga terlupa saham akhirawi? hurff.. terdiam dan terpana dengan soalan-soalan dari hati yang ketandusan tarbiah ni..

tanpa sedar, keluhan demi keluhan terluah.. dan, hati mendesak agar jemari menaip sesuatu.. yeah.. lambat-lambat jemari ni mula mengetuk satu persatu susunan keyboard yang ada.. dan semakin lama semakin laju..

ternyata, yang laju, bukan jemari sahaja.. namun, kadar acceleration untuk keyakinan, kekuatan dan keimanan juga semakin bertambah.. **tersenyum sendiri..** terima kasih hati ! terima kasih kerana terdetak untuk bukak laman blog sendiri.. terima kasih juga kerna mendesak jemari ini menari di keyboard yang sering diketuk hanya untuk assignments..

sebenarnya, baru sebentar tadi, diri ini dilawat oleh keluarga dari kejauhan.. alhamdulillah, kedua ibu bapa dan adik beradik yang dirindui datang menziarah.. excited sangat bila bangun pagi-pagi dan terima panggilan daripada yang tersayang ( abah ) bahawa mereka pada ketika itu sudah berada di Pasar Besar Bandar Alor Gajah.. wehee ~~ apa lagi, laju jek berlari ke shower untuk mandi dan bersiap sedia menyambut mereka.. suka ! suka ! 

namun...
bila mereka dah nak pulang ke kuantan, time tu la empangan mata ni pecah.. haish.. rindu sangat ! tak sanggup nak biarkan mereka pulang ! tak puas lagi melepaskan rindu..
** sabar diri.. sabar ! sebulan lebih je lagi.. kemudian dah cuti sem.. lepas tu, duduk rumah diam diam k? :D**

pesan abah :
"ateh.. jangan bawak motor lelaju lagi , ok? abah dengan ma tak nak dengar berita awak accident lagi lepas ni. jaga diri elok-elok.. belajar elok-elok.. abah tunggu awak balik raya haji nanti.."

dan pada ketika itu , diri ni dah menangis dah..
**whoaaa~!!! nak balik rumah ~!!** 

pesan ma pula :
"ateh.. jaga diri elok-elok.. jangan makan lambat-lambat..kalau ada apa-apa, terus beritahu ma abah.. jangan diamkan je.. jangan rahsiakan lagi.. risau ma abah kat rumah tu.. "

dan pada ketika tu jugak, diri ni rasa bersalah sangat sebab merahsiakan tentang peristiwa yang terjadi pada tarikh 24 sept 2012 ( accident di simpang ke campus yang mengakibatkan diri ni terpaksa MC dalam tempoh yang agak lama ).. dalam hati  : ma.. abah.. ateh bukan sengaja merahsiakan.. just tak nak ma abah risau.. :((

by the way..
bukan nak cerita tentang accident.. cuma nak cerita tentang hati ni.. =')
insya Allah, hati ni ( dan juga tuan empunya diri ) dah berazam untuk bangkit semula demi keluarga tercinta ! dan yang paling penting, untuk agama yang dipuja..

Maka Ya Allah..
permudahkanlah segalanya untuk ku..
demi agama Mu..
demi keluarga ku...
amin Ya Rabb..

wallahualam..

iman itu tersimpan jauh di dalam hati.. bukan kerna tiada nilainya.. namun kerna ianya harus dicari dan dihargai.. bukan untuk dipamerkan buat tontonan duniawi..  sungguh.. hanya Dia yang Maha Mengetahui iman di hati ini..  (T-T)