BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 29, 2011

monolog 2 : wajarkah pengorbanan itu? ( hati, akal dan si gadis )

di kala malam semakin menggelap.. cengkerik semakin riang menyanyi.. gadis itu masih lagi tertunduk membilang jari.. titisan air mata nya berderai membasahi pipi.. kala itu juga, dia sedang menahan sebak di hati..


akal : oh tuan.. berhentilah dikau dari menangis.. bukankah itu hanya akan memudaratkan mu?

hati : biarkan tuan, duhai akal.. biarkan dia melayan esak tangis nya buat seketika. bukan kah manusia lebih lega setelah selesai menangis?

gadis : maafkan aku jika aku membebankan kamu berdua. cuma, tangis ini bukan kerana kesakitan ku, bukan kerana derhaka ku.. namun, kerna kerisauan ku di atas permintaan ibu bapa ku..

hati : aku memahami mu, wahai tuan. berat yang dikau rasakan, berat juga yang ku tanggung. aku tahu apa yang kau ingin kan. berbeza pula dengan keinginan kedua ibu bapa mu..

akal : bersabarlah wahai tuan.. bukan kah dikau seorang yang sabar..?

gadis: cuma terkadang rasa terkilan itu menujah diriku, wahai hati dan akal.. semestinya , dalam keadaan begini, sukar untukku mengelakkan diri dari rasa itu.. dan aku takut jika aku mengguris hati mereka..

hati : aku tahu itu , wahai tuan. sebolehnya dikau mahu menjaga hati kedua ibu bapa mu. namun, terkadang dikau tetap juga memberontak dalam tingkah laku mu. maafkan aku wahai tuan.. namun, perbuatan mu itu agak keterlaluan dan mungkin saja mereka terguris. 

akal : betul apa yang di katakan oleh hati itu, wahai tuan .. mohon lah keampunan daripada mereka sebelum mereka semakin terguris dek dikau.. bukan kah dikau anak yang taat?

gadis : aku masih tak mampu untuk berdepan dengan mereka, duhai akal..

akal : maka, bila dikau akan bersedia wahai tuan?

gadis : aku tidak tahu..

akal : sanggup kah dikau menyaksikan kehilangan mereka tanpa dikau sempat menuturkan kata-kata kemaafan?

gadis : tak mungkin aku sanggup !

hati : ketepikan ego mu,wahai tuan..

akal : ego itu takkan membawa kebahagiaan, wahai tuan.. sebaliknya membawa kehancuran.. 

gadis : namun, bagaimana pula dengan pilihan dan keinginan mereka?

akal : bukan kah dikau tahu bahawa redha Allah terletak pada redha nya ibu bapa mu? dan ayatul Quran, surah Al-Baqarah ayat 216 telah menjelaskan bahawa " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui." 

gadis : maka aku harus mengikuti kata mereka?

akal : sebaiknya, beristikarahlah dikau.. jika itu yang diilhamkan olehNya, maka turutilah segalanya.. dan redhailah segalanya.. semoga pengorbanan dikau itu membuahkan hasil yang lebih daripada pilihan dikau, wahai tuan.. amin..

wallahualam..


0 comments: