BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 16, 2010

apabila zaman dah berubah.. dunia dah maju...~~

hurff.. nowadays kita semakin familiar dengan kes pembunuhan di sana sini.. keadaan nih tak ubah seperti sebuah permainan dalam jaringan maya.. cam game online yang aku selalu main dengan adeq aku..  sana sini kene membunuh demi kepentinggan diri masing-masing.. persoalannya, adakah ianya berbaloi? uh?

berbaloikah satu nyawa dikorbankan demi keselesaan hidup yang hanya bertahan selama beberapa tahun? adakah perlu kita menghabisi nyawa orang lain demi memberi senyuman kepada yang lain dalam rupa yang lain? adess..  tak faham aku dengan perangai manusia yang sudah semakin kurang tahap kemanusiaannya..  kemanakah hilang nya sifat kasih dan sayang kepada sesama manusia dalam diri kita? kenapa mesti bersifat lebih binatang daripada binatang?

aku pernah menonton national geography yang mana singa bergaduh dengan singa yang lain demi menjaga kawasan taklukannya.. yang tu tak la aku kisah sangat, adat la haiwan yang mempunyai otak tapi tidak pula memiliki akal.. yang aku naik pelik, kenapa manusia yang berotak dan berakal mencontohi sifat si haiwan? adess.. jangan la kufur nikmat sangat sampai mengabaikan kelebihan yang di anugerahkan kepada kalian.. mak aishh.. kang aku ceramah lak kang.. haru hidup.. hurff...

yang terbaru kes seorang Datuk wanita dan rakan- rakan nya yang dibunuh dengan kejam ( tak perlu aku mention kan nama arwah disini since aku rasa semua dah tau kot).. adess.. terkezut aku baca berita tu di akhbar.. terdiam aku sejenak memikirkan tentang peradaban 'zaman millenium' yang di bangga kan selama ni.. adess.. kecanggihan teknology sejajar dengan kemerosotan adab dan kasih sayang di antara manusia.. kenapakah ini berlaku? perlu kah kta membahas kan perkara ini jikalau masing- masing tidak mengambil berat dengan isu ini? kata- kata "live your life to the max" yang dilaungkan sebagai kata-kata perangsang oleh sebuah negara yang maju di dunia, merupakan satu point permainan hidup tanpa sedar.. "nikmati lah kehidupan anda sepuas-puasnya" faham kan maksud nya? tidak kah ianya adalah satu ajakan tanpa sedar oleh pihak goverment mereka ke arah keruntuhan nilai kemasyarakatan?  ramai yang menyahut seruan itu.. masing- masing menikmati hidup ini tanpa mengendahkan seruan Islam di mana kehidupan kita di dunia ini di ibarat kan seperti bermusafir demi mengumpulkan pahala ibadat untuk menikmati keindahan syurga di akhirat nanti..

bukan niat aku untuk berceramah atau bertazkirah.. just berniat untuk meluahkan pandangan aku tentang permainan kehidupan yang semakin menyesakkan kepala tapi telah pon dianggap normal.. "zaman dah berubah, dunia dah maju.." ya.. memang tak dinafikan bahawa zaman memang sudah berubah.. daripada zaman paleolitik, neolitik, n zaman logam, kita berubah memasuki zaman millenium.. "segalanya di hujung jari" .. wow.. memang segalanya di hujung jari.. membunuh juga di hujung jari pada masa kini.. all u have to do, just clicking your gun, then, orang tu akan mati.. begitu juga dalam memusnahkan maruah seseorang.. all u have to do just, log in dalam mana- mana laman komuniti maya, then create kan 1 profile then maki hamun lah sesiapa sahaja.. kutuk lah sesiapa sahaja.. fitnah lah sesiapa sahaja.. sememang nya ada yang mempercayainya dan menyebarkan nya pula.. sungguh mudah bukan? reputasi kini bukan lagi terletak pada ability tapi kini reputasi mula bergantung kepada komuniti..

hurmm.."" kemajuan yang dicita, kemusnahan yang melanda.."" itulah kata- kata yang ak rasakan sesuai untuk describe kan apa yang berlaku pada masa kini..tolong lah sedar.. jangan korbankan sebuah kehidupan demi keselesaan yang tak menjamin.. alahai.. aku rasa korang n orang- orang kat luar sana lebih faham apa yang berlaku pada masa kini.. tapi kenapa masih berleluasa? adakah kurang pendedahan dari sudut kesedaran sivik? atau dari sudut agama? atau dari sudut kekeluargaan? tepuk dada tnyalah selera..

hurfff.. aku malas nak membebel pepanjang.. aku cuma meluahkan pendapat aku.. mungkin ade silap and salah dalam sesi luahan ni, aku harap ade yang bbetulkan.. or lau ade yang nak sumbang kan pendapat, sila lah.. ngeh3.. di alu- alukan.. =')

buah fikiran ku,
~donna~

fikir- fikir kan lah..

5 comments:

cimöt said...

aq nak bunuh lipas pon takut inikan pula orang..aq xtaw ar pe jenis manusia dorang tu..bunuh orang sesedap rase jer..takkan la sebab xcukup bedung time baby..mmmmmm

Donna Damia said...

ahaha.. tu la pasal.. aku pon x paham la nape msti sume ni terjadi.. tp ble back to islam, ni la petanda dunia akhir zaman..

Unknown said...

tingin gak nak bunuh org p xberkesempatan..huhu

Donna Damia said...

adess.. siapakah yang kim teringin nk bunuh tu? meh.. ade kesempatan nih.. ahaha

Unknown said...

adela xleh gtaw..t kantoila ble da bunuh..huhu