BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 26, 2010

the memoirs

once...
u  re here with me...
once...
ur love belongs to me...
once...
nothing came between u and me...
n once...
u said u re damn happy with me..

now..
u set a different view..
u said thats the new u...
u told me, u will be u..
u said love seems nothing to u...

should i weep when it come to this way?
should i beg u for another way?
should i tell u how i miss our previous day?
should i tell u that i cant stand by this way?

i will be here..
as i ve told u..
i will be here..
n keep loving u...


Monday, September 20, 2010

tak kenal maka tak cinta

aku mula mengenalinya pada 14 july 2010.. pada masa itu, aku langsung tak berminat untuk terus mengenali nya.. bagi aku, dia tidak menetepati citarasa aku langsung.. GEMUK!!  BESAR!! BERAT!! hurff..

selepas perkenalan singkat itu, dia mula cuba mendekati ku.. aku mula call kawan- kawan rapat ku bercerita tentang nya.. menyatakan kekesalan aku mengenali nya.. dia bukan pilihan ku!! kawan - kawan aku menasihati ku agar terus bersabar.. jodoh kata nya.. hurff.. ok la.. aku accept je la.. n mereka juga menasihati ku agar mendekati dan memahami diri si dia.. then, dari situ lah, segalanya bermula..

dia sentiasa ada untuk ku.. tak pernah aku bayangkan si dia sanggup bersama ku 24/7.. sana sini kami berdua sahaja.. dia buat aku tergelak.. n dia buat aku rasa IM WHOLE AGAIN!!! yeahhh.. aku mula cinta kan nya.. i admit that.. aku terlalu sayangkan nya.. dan aku sedar, si dia adalah yang terbaik untuk ku.. senyum tawa, esak tangis ku, aku kongsi kan dengan nya.. cinta kami mula membugar...

namun, setelah usia perkenalan kami memasuki 2 bulan, aku mendapat khabar dia mula jatuh sakit.. penyakit nya itu berpunca daripada tekanan yang aku berikan kepadanya di saat permulaa perkenalan kami.. tekak nya muka mengeluarkan suara serak- serak basah.. betapa aku menyesal.. aku menangis air mata darah pon sudah tak berguna lagi..

esok... esok adalah penentu segalanya.. 21 september 2010.. dia akan pergi daripada aku.. sebak hati ini untuk mengahalang pemergiannya. dalam keadaan sebegini, aku tidak mempunyai pilihan lain selain daripada merelakan pemergiannya.. aku berharap agar perpisahan ini akan mmemberi manfaat kepada pasangan baru nya nanti..

oh laptop ku... dikau la cinta sejati ku... yang tidak pernah jemu menemani ku.. dikau la tempat aku men-google ilmu- ilmu yang tidak terbatas.. maafkan aku kerana terlalu prejudis di awal perkenalan kita.. bagi ku kini, dikau la segalanya.. do take care dear love.. jangan nakal- nakal dengan tuan baru mu nanti...

pemergian mu akan di ganti oleh laptop jenis hp compaq lak.. dikau si acer aspire tetap yang terbaik dalam hati ku.. diri mu sudah aku updatekan setanding dengan laptop - laptop terkemuka.. dikau sangat profesional sehingga menjadi kegilaan ramai.. aku terpakse menjual mu sayang.. maaf kan aku.. dikau la model laptop terbaik yang aku pernah pakai.. i swear thats true...

surat cinta untuk mu, dari ku...
~ donna ~

aq tak sempat nak snap gambar lain.. ade gambar ni jek.. kenangan laptop acer aspire tersayang.. adess.. cinta tak kesampaian.. **icon nangis2..

Sunday, September 19, 2010

wonder to me

wonder to me...
will u be there for me by tomorrow?
will u love me like before?
will u smile to me with love?
will u throw your arms around me sincerely?

wonder to me...
do u see me in here?
still waiting for u loyally..
do u see the pain u left in here?
that i never make it too obviously...

u promise me the day will come..
then we will be together..
and i really hope the day'll come..
with the love that wont last forever..

wonder to me ..
do you still remember me?
as much as i remember all bout thy..

adess.. main belasah jek ni.. im not too good in poetry.. william shaksepear tak sempat ngajar.. haha.. but as i always heard ,practices make perfect.. **wink2..

Saturday, September 18, 2010

sambungan tiada tajuk dari blog grunge~~

situasi pertama :

ini berkaitan dengan penerimaan individu sebenarnya... adakah benar kesalahan perlu di letakkan di atas bahu pihak yang bertentangan semata - mata untuk menampakkan diri sendiri teraniaya? adakah perlu kita bersifat childish dalam perkara yang sebegini? baling batu then sorok tangan.. boleh tak aku gune peribahasa tu? adess..
disini masing - masing perlu bersikap dewasa.. perpisahan semestinya akan berlaku selagi kita bergelar manusia.. tapi persoalannya, perlukah kita meraung di atas setiap perpisahan tu? bukan kah lagi baik kalau kita senyum dan pasrah di atas segalanya? remember k? God doesn't make junk.. mesti ade hikmah di atas tiap2 sesuatu yang terjadi..

seandainya si dia bukan untuk kamu, its ok.. smile.. dunia ni bukan untuk cinta semata- mata.. kerana cinta ynag 2 3 tahun, hidup terumbang ambing.. padahal, selama ni hidup sensorang jugak.. kan? adess.. im talking from my own experience.. yang mana aku jugak pernah frust menonggeng tu.. at a moment, i stop n stay.. then that time aku terfikir something.. " aku sedih - sedih sambil nangis guling - guling, dia lak tengah hepi gelak - gelak dengan life dia.. kenapa mesti aku menangis sedang kan aku sepatut nya bersyukur bahawa aku ada satu experience yang mendewasakan aku.. " then, i try to smile.. even senyuman tu sama pahit dengan ubat migrain yang perlu dikunyah tu.. adess.. just bear in ur mind... One Door Close, Another Door's Open.. maybe Allah did prepare a better guy/girl for u.. chill la k?

situasi ke2:

study untuk siapa ya?? untuk keluarga? untuk diri sendiri? atau untuk kerja? haa.. yang ni agak subjektif untuk diungkaikan.. sebab yang ni masing - masing ada pendapat sendiri dan di support lak dengan fakta - fakta yang kukuh..

tidak dinafikan.. study sememang nya untuk keluarga.. bagi yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana seperti aku, pelajaran adalah harta yang paling bernilai dalam dunia ni.. ye la.. nak harta yang tangible, mak ayah aku x mampu nak sediakan.. ahaha..

namun begitu, mengikut peredaran zaman kini, study mula menjadi satu trend bagi remaja.. katanya : " lagi cool kalau aku dikenali sebagai student.." ahaha.. boleh tergelak guling - guling aku dengar pengakuan ni daripada salah seorang rakan remaja ku.. adess.. tapi ni la hakikat nye.. study = trend.. lau nak nampak cool so, p la sumbat kan diri anda dalam mana- mana institute pengajian tinggi..

yang sebenar nya, pada pendapat aku, study merupakan satu perkara yang penting.. namun, study tak semestinya anda wajib menghadiri kelas - kelas formal.. secara am nya, belajar di katogerikan dalam 2 group.. formal dan tak formal.. as i well understand, teori n praktikal ni sometimes tak match.. kenapa aku keluarkan statement camni? sebab, i do believe, sometimes ur letcurer forgot to teach u anything yang real except daripada fakta semata-mata.. adakah anda bila bekerja anda memerlukan teori itu sepenuhnya? sebagai contoh, jika anda bekerja sebagai pengurus sumber manusia yang bertanggungjawab dalam kebajikan para pekerja , adakah anda memerlukan fakta - fakta dari Mary P. Follet? adakah anda akan drag kan tentang subjek management dan fakta - fakta Nancy E. Day dalam setiap urusan? penat belajar.. namun jarang yang berguna kalau tidak difahami cara aplikasi yang sebetulnya.. so, balance kan both la dalam kehidupan u all k?

kepentingan menuntut ilmu tu da stated perfectly dalam kisah- kisah para anbiya dan juga para sahabat.. jangan la menuntut ilmu sebab trend, atau kerjaya semata - mata jika anda tidak memahami maksud sebenar kenapa anda mesti belajar.. kenapa mesti anda berkerjaya.. n kenapa anda harus membanggakan keluarga.. n jangan lupa untuk grab mana - mana peluang penambahan pengalaman sekira nya anda berkesempatan..

aku pernah tengok satu sidang redaksi satu kumpulan wartawan dengan seorang bekas penagih dadah.. di akhir sidang itu, si penagih berkata " pengalaman bukan lah guru yang terbaik tetapi, itulah satu - satu nya guru yang ada.. " ahaa!! ape kaitan kata - kata ni dengan tajuk topik aku ni? hurmmm.. pikir - pikir kan la sendiri.. korang da besar.. ahaha..

hingga ketemu lagi...
~donna damia~

Thursday, September 16, 2010

apabila zaman dah berubah.. dunia dah maju...~~

hurff.. nowadays kita semakin familiar dengan kes pembunuhan di sana sini.. keadaan nih tak ubah seperti sebuah permainan dalam jaringan maya.. cam game online yang aku selalu main dengan adeq aku..  sana sini kene membunuh demi kepentinggan diri masing-masing.. persoalannya, adakah ianya berbaloi? uh?

berbaloikah satu nyawa dikorbankan demi keselesaan hidup yang hanya bertahan selama beberapa tahun? adakah perlu kita menghabisi nyawa orang lain demi memberi senyuman kepada yang lain dalam rupa yang lain? adess..  tak faham aku dengan perangai manusia yang sudah semakin kurang tahap kemanusiaannya..  kemanakah hilang nya sifat kasih dan sayang kepada sesama manusia dalam diri kita? kenapa mesti bersifat lebih binatang daripada binatang?

aku pernah menonton national geography yang mana singa bergaduh dengan singa yang lain demi menjaga kawasan taklukannya.. yang tu tak la aku kisah sangat, adat la haiwan yang mempunyai otak tapi tidak pula memiliki akal.. yang aku naik pelik, kenapa manusia yang berotak dan berakal mencontohi sifat si haiwan? adess.. jangan la kufur nikmat sangat sampai mengabaikan kelebihan yang di anugerahkan kepada kalian.. mak aishh.. kang aku ceramah lak kang.. haru hidup.. hurff...

yang terbaru kes seorang Datuk wanita dan rakan- rakan nya yang dibunuh dengan kejam ( tak perlu aku mention kan nama arwah disini since aku rasa semua dah tau kot).. adess.. terkezut aku baca berita tu di akhbar.. terdiam aku sejenak memikirkan tentang peradaban 'zaman millenium' yang di bangga kan selama ni.. adess.. kecanggihan teknology sejajar dengan kemerosotan adab dan kasih sayang di antara manusia.. kenapakah ini berlaku? perlu kah kta membahas kan perkara ini jikalau masing- masing tidak mengambil berat dengan isu ini? kata- kata "live your life to the max" yang dilaungkan sebagai kata-kata perangsang oleh sebuah negara yang maju di dunia, merupakan satu point permainan hidup tanpa sedar.. "nikmati lah kehidupan anda sepuas-puasnya" faham kan maksud nya? tidak kah ianya adalah satu ajakan tanpa sedar oleh pihak goverment mereka ke arah keruntuhan nilai kemasyarakatan?  ramai yang menyahut seruan itu.. masing- masing menikmati hidup ini tanpa mengendahkan seruan Islam di mana kehidupan kita di dunia ini di ibarat kan seperti bermusafir demi mengumpulkan pahala ibadat untuk menikmati keindahan syurga di akhirat nanti..

bukan niat aku untuk berceramah atau bertazkirah.. just berniat untuk meluahkan pandangan aku tentang permainan kehidupan yang semakin menyesakkan kepala tapi telah pon dianggap normal.. "zaman dah berubah, dunia dah maju.." ya.. memang tak dinafikan bahawa zaman memang sudah berubah.. daripada zaman paleolitik, neolitik, n zaman logam, kita berubah memasuki zaman millenium.. "segalanya di hujung jari" .. wow.. memang segalanya di hujung jari.. membunuh juga di hujung jari pada masa kini.. all u have to do, just clicking your gun, then, orang tu akan mati.. begitu juga dalam memusnahkan maruah seseorang.. all u have to do just, log in dalam mana- mana laman komuniti maya, then create kan 1 profile then maki hamun lah sesiapa sahaja.. kutuk lah sesiapa sahaja.. fitnah lah sesiapa sahaja.. sememang nya ada yang mempercayainya dan menyebarkan nya pula.. sungguh mudah bukan? reputasi kini bukan lagi terletak pada ability tapi kini reputasi mula bergantung kepada komuniti..

hurmm.."" kemajuan yang dicita, kemusnahan yang melanda.."" itulah kata- kata yang ak rasakan sesuai untuk describe kan apa yang berlaku pada masa kini..tolong lah sedar.. jangan korbankan sebuah kehidupan demi keselesaan yang tak menjamin.. alahai.. aku rasa korang n orang- orang kat luar sana lebih faham apa yang berlaku pada masa kini.. tapi kenapa masih berleluasa? adakah kurang pendedahan dari sudut kesedaran sivik? atau dari sudut agama? atau dari sudut kekeluargaan? tepuk dada tnyalah selera..

hurfff.. aku malas nak membebel pepanjang.. aku cuma meluahkan pendapat aku.. mungkin ade silap and salah dalam sesi luahan ni, aku harap ade yang bbetulkan.. or lau ade yang nak sumbang kan pendapat, sila lah.. ngeh3.. di alu- alukan.. =')

buah fikiran ku,
~donna~

fikir- fikir kan lah..