bismillahirrahmanirrahim... =')
Sunday, April 29, 2012
cinta ku buat "mu".... =')
Posted by Donna Damia at Sunday, April 29, 2012 0 comments
Labels: cinta remaja, kekuatan dari ibu bapa, parenting, student lifestyle
Thursday, February 2, 2012
insan bernama kekasih..
tajuk yang catchy.. dan insya Allah input yang boleh di guna pakai buat semua kekasih yang di kasihi di luar sana..
kehadiran cinta itu tidak bersyarat pada lelaki terhadap wanita atau wanita terhadap lelaki sahaja.. tetapi cinta itu sangat luas cabangnya.. jangan sempitkan ia dengan cinta nafsu semata..
bagaimana hendak mengenalpasti cinta? insya Allah ada caranya..
-cinta itu tidak terlafaz sebelum akad yang menghalalkan segalanya..
-cinta itu tidak memaksa juga di paksa..
-cinta itu bukan semata kerna nafsu yang menggila..
-bukan juga terletak pada elok paras si teruna atau si dara..
-cinta itu bukan hanya buat mereka yang berlainan jantina..
-malah cinta itu untuk semua..
-yang paling utama adalah CINTA ILAHI TERHADAP HAMBANYA..
- CINTA RASUL TERHADAP UMATNYA..
-cinta ibubapa terhadap anak-anaknya..
-cinta di antara adik beradik, sanak-saudara, rakan-rakan, juga cinta yang menyeluruh terhadap segalanya..
cinta itu bukan subjektif.. cinta itu objektif..
kamu yang buat keputusan samada ingin dicintai atau mencintai..
cinta itu boleh dipupuk.. namun, terkadang ia hadir tanpa sedar..
selagi kita bergelar manusia yang berfitrah, selagi itu cinta akan terus mengetuk pintu hati itu..
terpulang kepada individu untuk mengelak atau menerima..
namun, cinta itu bisa hilang jika tidak di jaga..
aplikasi cinta yang mudah..
cinta itu umpama kereta kamu..
bukankah kereta itu perlu di gilap agar tidak berdebu?
dikala hujan menujah, bukankah wiper di gunakan untuk menepis air hujan yang mengaburkan pandangan?lantas menghilangkan fokus pemanduan?
dan seringkali kereta di hantar service untuk mendapatkan prestasi yang diinginkan..
begitu juga cinta..
cinta juga perlu dijaga.. di belai.. di gilap.. malah bila ada badai melanda, cinta itu perlukan perhatian penuh agar ia terus di hati.. kekal hingga ke kehidupan abadi.. =)
cinta yang suci adalah cinta antara dua manusia yang bertemu dan berpisah hanya kerna Allah swt.. bukan kerna alasan-alasan duniawi.. cinta itu adalah cinta pasangan suami isteri.. namun, cinta jenis ini semakin menghilang.. kenapa?
kerna....
-pasangan itu terlanjur mencintai pasangannya sebelum perkahwinan yang menghalalkannya..
-pasangan yang sudah kerapkali bertemu dan bermadu kasih bersama..
-pasangan yang berkahwin tanpa menelaah ilmu agama terlebih dahulu..
-pasangan yang kerapkali berhubung hanya kerna rinduu yang menujah..
-dan yang paling zalim adalah pasangan yang sudah hidup sebagai suami isteri sebelum masanya..
lihatlah bagaimana kita menghancurkan nilai cinta suci.. cinta yang tulus itu sangat susah untuk di cari pada masa kini.. kenapa tidak?
kerna......
-cinta yang tidak ternilai itu adalah di antara sepasang suami isteri yang saling mencintai hanya kerna Allah swt.. dan kasih mereka terhadap pasangan mereka tidak melebihi kasih mereka terhadap Allah dan Rasul.. =)
-cinta jenis ini biasanya dikecapi oleh mereka yang menikah kerna aturan ibu bapa/orang tua dan mereka ikhlas menerima baik buruk pasangannya.. bukan di cari sendiri atau bercinta sebelumnya lagi.. =)
-cinta yang tak pernah ketemu.. cinta yang tak pernah merindu.. cinta itu hanya hadir selepas lafaz sakinah terlafaz indah di bibir si suami.. =)
dalam Al-Quran telah menggariskan panduan demi panduan untuk di jadikan rujukan hidup.. menyentuh tentang hubungan cinta ini,dalam Al-Quran ada menggariskan tentang cinta yang adil, iaitu dalam surah An-Nur..
kamu inginkan pasangan yang baik?insya Allah, boleh.. itulah janjiNya.. seperti yang termaktub dalam surah tersebut, ayat 3..
"penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; penzina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina laki-laki, atau dengan laki-laki musryik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang mukmin"
namun, ayat ini disambung pula dengan ayat 5 dari surah yang sama..
"kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu ( dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. )
dirumuskan di sini, seperti yang di janjikanNya, insya Allah kita layak dapat yang terbaik jika kita juga adalah yang baik.. namun, jika kita tidak cukup baik, itu tidak mengapa.. insya Allah, taubat mampu merubah segalanya.. bukankah itu janji Dia Yang Maha Adil lagi Maha Mangetahui segalanya? =)
sekian.
wallahualam... =)
Posted by Donna Damia at Thursday, February 02, 2012 0 comments
Labels: cinta, cinta islamik, cinta remaja, islamic thought
Sunday, November 27, 2011
Ya Rabb.. Izinkan aku mencintainya...
Ya Allah..
terlalu lemah hati ini di kala mataku memandangnya..
sungguh indah pekerti ciptaanMu itu..
terbias tulus agamaMu di wajahnya..
membuat ku terpaut terus terkaku membisu..
sungguh, desah hatiku meresahkan kalbu...
cahaya imannya terpancar menerangi sekitar..
membalut kegelapan yang melanda..
tanpa sedar, dirinya mentarbiah daku erti cinta sebenar..
cinta yang suci hanya buat Rabbul Izzati..
Pemilik hati dan diri ini...
namun Ya Rabb...
aku mohon kepadaMu...
izinkan aku mencintainya..
pecintaMu yang tak pernah kenal erti jemu...
izinkan aku menjadi yang halal buatnya..
semoga lelah nya bersandar padaku...
cinta yang kurasakan ini bukan nya berlandaskan nafsu..
kerna dulu, dia takkan mungkin menjadi pilihanku...
namun dengan akhlaknya, dia mengajarku...
cinta keranaMu lebih indah berbanding nafsu..
kini aku setuju..
kerna rasa ini lebih indah berbanding cinta-cinta masa lalu ku..
Posted by Donna Damia at Sunday, November 27, 2011 0 comments
Labels: cinta islamik, cinta remaja, puisi islamik
Tuesday, November 8, 2011
cinta cyber ?
hurmm.. ramai anak remaja kini yang terjebak dengan cinta cyber.. namun, adakah cinta cyber itu cinta sejati? kekal kah? boleh di percayai kah? kadang-kadang hati ini terfikir, jika dulu masa zaman mak ayah saya bercinta, mereka cuma menggunakan surat sebagai peganti diri, kini, remaja sudah dilambung arus teknologi yang berkembang dengan semakin pesat.. contohnya penggunaan internet.. ha! tercipta lah macam-macam laman sesawang yang memudahkan sistem networking mereka.. contohnya , facebook, myspace, twitter, friendster, flicker, yahoo messenger, dan sebagainya.. canggih, right? dari situ mereka mula berkenalan dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu. namun, apakah natijahnya ? hurmm..
wahai remaja, sememangnya perkenalan itu indah, namun lagi indah jika tiada unsur-unsur penipuan. tahukah anda bahawa berapa ramai sudah wanita menjadi mangsa rogol kepada teman yang di kenalinya dalam laman sesawang? terlalu ramai.. setiap hari, ada sahaja kes yang di laporkan.. malah, sekitar bulan puasa tahun ini, Malaysia di gemparkan dengan penyalahgunaan laman facebook sebagai peganti kad jemputan untuk PARTI SEX BEBAS.. see? jangan lah terpedaya dengan kemudahan yang ada, wahai remaja.. fikir dulu baik buruknya..
dalam maya, seseorang itu boleh sahaja menipu anda dengan mengatakan dia belum lagi berkahwin, atau mempamerkan wajah yang jelita, susuk badan yang menawan.. namun, siapa tahu jika dia sebenarnya sudah berpunya? anak tiga atau lima? gambar yang jelita atau hensem itu adalah hasil edit shaja? atau badan yang menawan itu adalah badannya 10 tahun yang lalu? hurmm.. menyeramkan bila berjumpa.. bagi yang sudah berkahwin tuh, tak payah la nak ber-facebook sangat.. bantu suami lagi bagus.. kan? atau yang suami tu, jika teringin mencari yang lain, cari lah yang sebaiknya.. bukan dalam maya.. walaupun tidak salah, namun dikhuatiri yang di jumpa itu hanyalah "wanita jadian" sahaja.. siang, dia bernama salim, malam dia bernama salma.. erk...
pesanan ikhlas drp seorang remaja juga.. =)
![]() |
| bear sy juga mengalami masalah yang sama.. cinta facebook.. haish.. |
Posted by Donna Damia at Tuesday, November 08, 2011 0 comments
Labels: cinta remaja, gejala cinta cyber, keruntuhan akhlak remaja
Saturday, November 5, 2011
~ kalau la si dia tahu ~
kala ini aku terfikirkan apakah yang bakal si dia lakukan jika dia mengetahui yang aku mencintainya, namun aku takkan mungkin dapat terus bertahan dalam sebuah ikatan yang tidak termaktub kesasihannya dalam syariah.. kalau lah si dia tahu bahawa aku tidak yakin dengan cinta ini kerana cinta kami takkan mungkin di restui tanpa sebuah ikatan yang sah.. maka, jika dia tahu, aku mahu dia mengetahui sebab sebenar kenapa aku menjauhinya..
demi keluarga, aku harus menyisihkan kamu.. demi impian ibu dan bapa ku, aku harus mengetepikan tentang perasaan ku.. bukan kerna aku tidak menghargai kehadiran mu namun mereka yang harus aku utama kan.. bukan kamu..
lihat sahaja rangka kronologi perjalanan hidup ku.. mereka yang berada di sisi ku di setiap jatuh dan bangun ku.. bukan kamu.. mereka yang memimpin tangan ini untuk langkah pertama ku... bukan juga kamu.. mereka yang mengajarku perkataan pertama ku.. dan semestinya mereka lah orang pertama yang menyaksikan tidurku, jagaku, makanku, minumku, serta segalanya yang berlaku dalam hidupku..
yeah.. kamu hadir tika aku mencari makna kehidupan.. lantas aku meletakkan kamu sebagai sumber inspirasiku.. namun aku terlupa.. layakkah kamu? yang cuma hadir sekejap sahaja.. mungkin bagimu itu adalah segalanya, namun bukan bagi ku.. adakah aku kejam? yeah.. aku kejam pada diriku sendiri apabila aku mentaati arahanmu sedangkan kamu bukan yang halal bagi ku.. aku cuba menyenangkanmu dalam resahmu sedangkan itu bukan tanggungjawab ku.. sampai terkadang aku terlupa siapakah yang sebenarnya harus ku taati , yang harus aku senangi.. betapa cinta mengubahku..
dikala kamu baca entry ini, aku tahu kamu terluka.. namun, tanyalah pada diri sendiri, adakah itu kewajipan ku untuk melaksanakan segalanya sedangkan tiada sebarang hubungan yang halal di antara kita..? adakah ini yang kamu mahukan? kesetiaan seorang gadis terhadapmu tapi mengabaikan harapan keluarga hanya kerana mu? atau kesetiaan seorang isteri yang sememangnya akan mematuhi segala arahan mu selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak? siapakah yang kau cari? gadis yang mentaatimu dengan sewenang-wenangnya atau isteri yang menjadikan kamu segalanya untuk dirinya? tannya lah hati kecil mu.. ketemui lah jawapannya..
cinta takkan bawa kita ke daerah bahagia selamanya.. kelak kita akan ketandusan di tengah-tengah perjalanan.. adakah itu yang kamu mahu? maaf.. cinta dan setiaku hanya untuk 'si dia' yang bernama suami.. bukan kamu... maaf jika aku menyakiti mu dengan perilaku ku akhir-akhir ini.. keluarga ku lebih memerlukan ku.. jika ini di jadikan sebab untuk kamu meninggalkan ku, aku relakan kamu pergi... kerna ku tahu, stiap yang berlaku itu ada hikmah nya.. mungkin saja kamu bukan jodohku dan aku tidak di ciptakan dari rusukmu.. namun ketahui.lah, perjalanan hidupku pernah tercatit nama mu.. dan takkan ku padam hingga akhir waktu.. biarkan kenangan itu terus di situ.. biarkan ia terus berlalu..
bukan niatku untuk menyakiti mana-mana pihak. ketahuilah, aku juga terluka dengan keputusan ini. namun, aku harus kuatkan diri demi sebuah kejayaan yang di impikan. bukan dunia yang ku kejar.. namun akhirat sana. terjadi nya pelbagai peristiwa di antara kita. yang tak kan mungkin aku lupakan, namun ketahuilah dikau, kejadian itu mengajarku erti perhubungan yang sebenar.. dan itu membuatku lebih tabah dalam menjalani kehidupanku tanpa dirimu.. sebuah kehidupan demi keluarga ku yang tercinta dan Dia yang selayaknya ku cinta.. Dia yang Maha Esa.. yang Maha Pengasih. yang takkan mungkin meninggalkan ku di saat aku perlukanNya.. takkan mungkin mengabaiku di saat jatuhku..
Posted by Donna Damia at Saturday, November 05, 2011 0 comments
Labels: cinta remaja
Wednesday, September 28, 2011
duhai bakal suamiku...
ada juga yang bertanya, " siapa yang bakal menjadi suami mu? kompem-kompem la yang sekufu dengan kemahiran kamu kan? "
malahan, ada juga yang menyatakan, " permata adalah untuk permata... selayak nya bertahta di atas sebuah mahkota.. "
namun, ketahuilah duhai bakal suami ku..
cinta ku bukan untuk di ukur dengan nilai ringgit mu.. bukan juga dengan nilai emas permatamu.. yang aku perlukan cuma dirimu.. yang ikhlas mencintai aku walau siapa pun diriku...
aku tak pernah meletakkan harga di atas diriku untuk kau miliki sebagai penghias pelamin hidupmu...malahan tidak jua di pihak ibu bapa ku.. aku menyedari kekurangan diri.. tidak selayaknya aku bergandingan dengan mu sebagai permaisuri jiwa dan dunia mu..
tak perlu dikau menyuntingku dengan gunungan emas, kilauan permata, bukuan wang ringgit... namun cukuplah sekadar sepasang telekung solat dan sejadah.. yang bakal mengikat kita dengan lebih erat lagi.. bukan untuk keduniaan semata, namun yang utama adalah akhirat sana... bukan niat ku untuk menetapkan syaratnya sedangkan ku tahu mahar itu wajib namun berlandaskan kemampuanmu.. walaupun dikau mampu untuk menyediakan aku istana, aku tetap memilih teratak usang yang dibina bersama.. walaupun dikau mampu menyediakan aku puluhan dayang yang membantu, mohon ku padamu, izinkan aku berkhidmat kepadamu dengan tulang empat kerat ku..walaupun dikau mampu menyediakan aku sebuah kehidupan mewah, aku tetap memilih sederhana bersamamu.. maafkan aku andai aku menolak pemberianmu kelak.. yang ku mahu cuma sebuah cinta mu yang ikhlas mencintai ku kerana cinta Nya.. bukan kerana aku adalah aku yang kau puja..kerana aku pasti akan meninggalkan mu di dunia.. namun akan ku nantikan kau di 'sana'...
wahai kekasih...
penat sudah aku lalui kehidupan yang penuh dengan dugaan dan godaan ini... penat sudah aku jalani sebuah kehidupan yang berlandaskan kehendak fitrahku.. sudikah dikau memimpin tanganku, untuk ku berjalan seiringan dengan mu menuju ke jalanNya, sayang? gusar di hati mendesak daku meminta dikau menghadirkan diri sebagai yang halal buat ku.. adakah keterlaluan permintaan ku ini demi menghalalkan segala rasa di hati? tak tertahan rindu yang mendesah.. sayang yang terlimpah.. kasih yang tercurah.. dan impian yang menggugah..
Posted by Donna Damia at Wednesday, September 28, 2011 0 comments
Labels: cinta, cinta islamik, cinta remaja
Wednesday, August 31, 2011
mimpi yang kau janjikan bahagia..
harapan..
terlalu tinggi aku lambungkan ia..
merentasi tingginya kemampuan insani..
lupakah aku pada hinanya diri?
lupakah aku pada kebenaran cerita hidup ini?
di manakah letaknya aku di mata hatinya?
cinta..
indahnya nama mengukir senyum..
membuat aku terbuai di lambung rindu..
melakar impian indah belaka..
menganyam lena tanpa mungkin tersedar..
hati ini..
ya Allah.. terlukanya rasa..
meratap pedih hancurnya lena, dikejut tak semena ..
pecah berderai sekeping hati yang satu..
mengira langkah dia berlalu..
Ya Allah Ya Ilahi..
tabahkah lah diri menghadapi kenyataan hidup ini..
ubatilah luka di hati dengan nikmat Mu ya Rabbul Izzati..
jangan Kau biarkan aku sendiri..
walaupun belum tentu aku inginkan peganti..
Ya Allah Ya Rahim..
kasihilah diri ini dengan kasih Mu yang suci..
yang takkan pernah meninggalkan ku di kala aku sendiri..
yang tak mungkin Kau menghindar di kala aku menangisi..
yang sentiasa ada, takkan berlalu pergi..
![]() |
| jangan kau toleh untuk memandangku walau sekilas cuma sesudah engkau melangkah pergi.. jangan kau tanya apa yang bakal ku lalui setelah engkau tegar minggalkan diri ini.. |
Posted by Donna Damia at Wednesday, August 31, 2011 0 comments
Labels: cinta remaja, puisi, puisi islamik











