BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Monday, April 8, 2013

hari-hari terakhir sebelum kematian.. ( mengikut pandangan para ulama Islam )


Tanda-tanda kematian menurut ulama' benar dan wujud. Cuma ketakwaan sahaja yang dapat membezakan kepekaan kita terhadap tanda-tanda tersebut.
Terdapat banyak tanda atau dalil yang menunjukkan kepada kita bahawa Allah Subhanahu Wata'ala tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda yang diberikan itu adalah supaya kita umat Islam sempat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah. Tanda-tanda ini hanya diperlihatkan untuk orang Islam sahaja.


100 hari sebelum kematian- ia merupakan tanda pertama daripada Allah kepada hambanya dan hanya disedari orang yang dikehendakinya. Tanda-tanda ini lazimnya berlaku selepas Asar di mana seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan merasa getaran seakan-akan menggigil contohnya seperti daging lembu yang baru dipotong. Jika diperhatikan dengan teliti kita akan dapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa kemungkinan ini adalah tanda-tanda kematian, getaran itu akan hilang secara tiba-tiba.
Sebenarnya inilah peluang terbaik untuk kita memanfaatkan masa yang ada untuk menyiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa sebagai bekalan sesudah mati.
Sebaliknya bagi yang tidak menyedari keadaan ini, tanda tersebut akan berlalu begitu sahaja di mana masa yang ada tidak dimanfaatkan sebaik mungkin malah seseorang itu terus leka dan hanyut dengan dunianya tanpa mengingati mati.


40 hari sebelum kematian- tanda ini juga lazimnya berlaku selepas waktu Asar, di mana bahagian pusat seseorang terasa berdenyut-denyut. Waktu ini daun yang bertulis nama orang berkenaan akan gugur daripada pokok yang terdapat di atas Arasy Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas individu tersebut. Antaranya ia akan mula mengikutnya sepanjang masa bahkan terjadi juga di mana malaikat ini akan memperlihatkan wajahnya sambil lalu dan jika keadaan ini terjadi dan mereka ternampak, maka mereka akan jadi bingung seketika.


7 hari sebelum kematian- tanda ini hanya diberi kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan iaitu orang yang ditimpa sakit yang tidak berselera untuk makan, tiba-tiba berselera untuk makan atau pun seseorang yang tidak berdaya untuk bergerak, tiba-tiba mampu berjalan dan melakukan sesuatu kerja dengan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa.


3 hari sebelum kematian- pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan dan disedari maka sebaik-baiknya ia berpuasa supaya perutnya tidak mengandungi najis dan ini akan memudahkan pengurusan yang akan memandikannya kelak.
Ketika itu, mata hitam juga tidak lagi bersinar dan bagi orang yang sedang sakit, hidungnya kelihatan jatuh secara perlahan-lahan dan ia dapat dikesan jika seseorang itu melihatnya dari bahagian sisi. Begitu juga dengan telinganya yang kelihatan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur masuk ke dalam, telapak kakinya terlunjur juga perlahan-lahan dan jatuh ke hadapan serta sukar ditegakkan.


Satu hari sebelum kematian- juga akan berlaku sesudah Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak lagi berkesempatan menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda terakhir- bakal berlaku keadaan di mana seseorang merasakan suatu keadaan sejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang seterusnya naik kembali ke halkum. Ketika ini hendaklah seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri sementara kedatangan malaikat maut mencabut nyawa.

Saturday, September 3, 2011

sah ! aku milikmu kini..


setelah tangan itu kau sambut... setelah kata-kata keramat itu kau ucapkan.. maka sah lah daku menjadi milikmu.. namun, ingin ku katakan kepada mu tentang beberapa perkara yang harus kau tahu.. sebelum aku menjalankan tanggungjawabku sebagai yang halal untuk mu yang bergelar suami...

wahai suami,
andai aku berbuat salah, janganlah kau menaikkan tanganmu sebelum kau mengatakan salah ku.. izinkan aku ketahui di manakah salah ku agar takkan ku ulang lagi..

wahai suami,
andai aku berkata-kata yang menyakitkan,janganlah dikau pergi menyisihkan diri mu daripadaku.. barangkali aku tidak sengaja.. ku mohon agar kau teguri silapku.. agar dapat ku rayu keampunan darimu..

wahai suami,
andai aku mengabaikan tanggungjawabku, kejutkan lah aku dari lenaku.. jangan kau biarkan aku terus hanyut dalam duniaku tanpa kesedaran itu.. izinkan aku berbakti kepadamu selayaknya bakti Siti Khadijah kepada Penghulu Ummah ya Rasulullah s.a.w..walaupun sang suami di kutuk , di caci, namun sebagai isteri, dia terus setia di sisi..

wahai suami,
andaiku melambat-lambatkan tugasku dengan alasan kepenatan seharian, kau bacakan lah daku kisah mengenai beratnya tugas puteri Rasulullah yang tercinta , Fatimah Az-Zahra.. walau badannya kurus dan tak berdaya namun tak pernah sekali dia merungut membentak.. Jadilah dikau seperti Saidina Ali yang senantiasa berada di sisi dan menghulurkan kata-kata semangat menguatkan diri..

wahai suami,
andai aku mulai memandang kepada yang lain selainmu, ingatilah daku tentang cerita mengenai Na'ilah binti al-Farafishah.. yang mana setianya kepada Saidina Othman melebihi segalanya.. sehingga sanggup dia mematahkan semua giginya lantas kelihatan teramat hodoh.. lantaran itu dia berkata " aku bersumpah tidak akan ada lelaki lain yang dapat menjamah ku di tempat yang pernah di jamah oleh Othman.." walaupun tika itu, Othman bukan lagi di sisi.. demi menyahut panggilan Ilahi.. wahai suami, izinkan aku juga setia kepadamu seperti seorang srikandi..

wahai suami,
andai semangat ku mulai luntur, basahi lah hati ini dengan kisah-kisah para srikandi Islam dalam menghadapi dugaan dari Ilahi.. dendangkan lah daku syair Al-Khansaa yang merelakan semua puteranya syahid walaupun harus hidup bersendiri.. atau Zinnirah yang merelakan mata nya di tusuk sehingga hilangnya indah dunia kerana agama demi sebuah cinta Hakiki.. hatta Sumayyah yang tegas dalam menegakkan agama mulia ini.. wahai suami.. naikkan lah semangat ini dengan sirah-sirah teragung demi sebuah cinta kita yang mengharapkan redha Ilahi..

wahai suami,
andai ada masanya kita di uji. lantas, izinkan lah aku mencontohi tingkah Rumaisa.. dalam kesedihan kehilangan seorang putera, masih lagi mampu beliau menguntumkan senyum kepada si suami.. sesudah laksana nya tanggungjawab seorang isteri, di katakan olehnya " barang " yang di pinjam kan sudah dipulangkan kembali.. ketahuilan si suami, anak nya kini bersama Ilahi..

wahai suami,
andainya aku pergi dahulu sebelum mu, aku ingin kau tahu bahawa sepanjang kisah kasih di antara kita berlangsung, aku senantiasa mendoakan agar kita bersatu di dunia dan akirat kelak.. semoga aku dapat mengikuti jejak Ainul Mardhiah yang menantikan kekasihnya tanpa jemu di syurga sana.. yang menjadi rebutan jutaan mujahadah.. demi sebuah kebahagiaan hakiki bersama sang bidadari..

wahai suami..
hanya satu kupinta darimu..
walaupun diri ku kau dua kan..
walaupun diri ku di gantikan..
aku mohon kepadamu agar kau sentiasa meredhai jejak kasih ini..
hingga akhir nanti..


Thursday, September 1, 2011

kisah kau , aku juga dia..



jauh sudah aku melangkah..
pergi meninggalkan sebuah kisah yang mungkin dulu amat bermakna..
dimana kita bersama menganyam cita dan cinta..
di bawah sepohon rendang yang terukir nama kita bertiga..

kau katakan dunia itu bukan milikmu..
ingin kau kejar sebuah restu..
maafkan aku tika itu aku tidak tahu..
apakah maksud sebenar dirimu..

dia katakan cinta itu yang di cari..
pada siapakah dikau menagih janji?
aku terdiam sendiri..
adakah kau sudah punyai peganti?

aku tertunduk membisu terkaku..
merangka apakah yang aku mahu..
aku mengira masa dengan jemariku..
adakah masih jauh perjalanan ku?

di situ...
kau meluahkan tentang perjuanganmu mencari restu Ilahi..
menyelongkar dunia pun engkau sanggup demi keredhaan hakiki...
kini aku baru mengerti..
bila melihat raut wajah mu yang berseri...

disitu jua ..
dia menyatakan tentang cinta sejati..
terdetik hati adakah aku bakal diganti?
sedangkan aku lah sahabat mu yang selalu setia di sisi..
rupanya dia mengejar cinta Ya Rabbul Izzati..
terdiam aku lagi sekali..
betapa hebatnya cinta si Dia terhadap sahabat ku ini..

aku masih lagi terpaku mengira detik yang berlalu..
jalan manakah yang harus ku tuju?
apakah ada penduan untuk ku?
demi mengikuti jejak langkah mu?

di situ..
kau dan dia menguntum senyum padaku..
kuntuman harapan membugar terasa di kalbu..
kau dan dia menghulurkan tangan memimpin ku..
bersama beriringan ke jalan yang satu..

tersedar aku di kala terjatuh sendiri..
kini kau dan dia bukan lagi di sisi..
meninggal kan aku untuk berdikari..
betapa inginku katakan yang aku perlukan kalian sekali lagi..


Saturday, August 20, 2011

~ wahai jodohku.. ketahuilah dikau bahawa aku menanti mu ~

seandainya kamu jodohku, yang telah di tetapkan Nya untuk menjadi pembimbing ku, maka, ketahuilah kamu bahawa nama mu sentiasa ku sebut dalam doaku.. di setiap siang dan malam ku.. dari terbit fajar hingga ke tenggelam mentari..

................ Ya Allah, Ya Tuhanku.. seandainya dirinya telah Kau tetapkan menjadi temanku, maka ku pohon kepada Mu, dekat kan hati kami.. redhailah rasa di hati ini.. izinkanlah kami menghalalkan segala rindu yang terasa, kasih yang membugar.. izinkanlah aku menjadi yang halal bagi nya, dan dia menjadi yang halal bagi ku.. izinkanlah aku menjadi ibu kepada zuriatnya dan dia menjadi bapa kepada zuriatku.. izinkanlah aku menjadi sebahagian daripada kisah hidupnya, dan dia menjadi setiap kisah hidupku yang mendatang.. seandainya aku telah Kau tetapkan untuk menjadi temannya, maka pohonku kepada Mu agar jadikanlah aku yang terbaik untuknya, yang setia hanya kepada dia, yang taat kepada perintahnya sebagai suami, yang membahagiakan dia, dan yang mencintainya insan hanyalah dia.. dan seandainya dia telah Kau tetapkan menjadi temanku, aku pohon kepada Mu, izinkanlah dia untuk membimbing ku kepada jalanMu.. dengan penuh keredhaan Mu, dengan penuh kasih Mu, dan dengan penuh nur hidayah Mu.. dan izinkanlah kami untuk hidup bersama selamanya selagi hayat dikandung badan di dunia ini bahkan di akhirat kelak.. kumpulkan lah kami di syurga Mu , Ya Rabb.. janganlah Kau sisihkan kami dari jalanMu itu, ya Allah.. anugerahkanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.. bantulah kami dalam mendidik mereka dengan didikan agama yang teragung ini.. agar dapat kami lahirkan mujahadah dan serikandi yang tega berdiri hanya kerana agama Mu..tidak sesekali gentar di gugah, tidak sesekali menyerah.. aku pohon kepada Mu, limpahkanlah kami dengan cinta Mu, ya Allah................

wahai jodohku..
seandainya kamu yang aku cari selama ini, ketahuilah kamu yang aku nantikan untuk membimbingku ke jalannya.. kamulah yang aku impikan untuk sama-sama mencipta sebuah keluarga bahagia.. kamulah yang aku doakan selama ini.. walau dimana pun dikau berada, hatta di hujung dunia sekalipun, aku akan tetap disini.. menanti mu dengan penuh rasa kasih yang membugar mesra menyapa hati yang resah ini.. dan andai dikau yang ku nantikan, maafkanlah diri ini.. aku bukanlah seorang wanita yang sempurna buat mu.. aku bukanlah wanita yang memiliki kecantikan impian setiap lelaki.. dan mungkin sahaja aku bukanlah wanita yang kau cari.. tapi aku yakin, seandainya dikau jodohku, dikaulah pelengkap hidupku.. yang bakal menyempurnakan hidup dan impian ini.. yang bakal menyerikan warna-warna hidup ku nanti.. dan sejujurnya dengan penuh keikhlasan, aku ingin kamu ketahui juga bahawa diri ini sentiasa mencintaimu serta menerima kamu seadanya tanpa sedetik keraguan walau kita tak pernah bertemu sebelumnya..

wahai kamu..
aku akan tetap berdoa kepada yang satu..
semoga kau dan aku akan menyatu..
hingga ke akhir waktu..




Wednesday, August 17, 2011

mata sang lelaki dan wanita..

alangkah indahnya dunia kalau semua wanita menutupi dirinya sebaik-baiknya. so then, takde la kes rogol, cabul, buang anak merata-rata or what-so-ever..


tak dinafikan wanita itu cantik tanpa hijab. dengan leher jinjang, pipi mulus, rambut ikal mayang yang di hiasi dengan pelbagai accessories, or even baju yang fashionable mengikut bentuk badan. wow ! wanita memang ciptaan terindah. tapi...... sayangnya yang terindah itu menjadi pacuan syaitan demi memerangkap kan lelaki.. di akhirnya, dua- dua belah pihak memerangkap dan terperangkap..

indahnya dunia itu cuma sementara. kadang-kadang kita lupa kecantikan itu tidak bersifat kekal selamanya. ini lah yang di jadikan modal bagi mereka yang suka mendedahkan lagi terdedah dengan aurat mereka dengan menyatakan " sementara masih cantik ni la aku perlu pamerkan segala 'aset' "

erk.... perlukah??

wahai wanita..
lagi indah dirimu jika bersalut hijab yang utuh..
yang hanya disingkap oleh yang halal bagimu..

so , the conclusion is,
tak perlu la kot untuk kamu mendedahkan segala nya sebelum tiba masanya.. janganlah kamu menyeksa pandangan lelaki bahkan kaum wanita juga dengan fashion-fashion yang ternyata tidak ada kesesuaiannya.. jangan jadikan dirimu sebagai sex symbol kepada dunia ini..

wanita adalah hiasan dunia..
dan hiasan yang terindah adalah wanita solehah..
sekian..


Monday, August 15, 2011

lelaki o0o0oo lelaki...

nowadays, boleh di katakan semua lelaki memandang wanita bukan kerana hati wanita tersebut.. mostly kerana bentuk badan, dan rupa paras.

ade jek lelaki yang cakap, " nope, i tak pandang pon pempuan kerana bentuk badan or rupa paras mereka" tapi after that bile ade jek pempuan seksi yang lalu, confirm mereka menoleh sampai terlupa sahabat yang di depan tadi. see? this is the fact. guys cant resist that.

ade satu kisah yang aku baca dalam akhbar tak lama dulu, berkaitan dengan kes penceraian kerana si suami tak puas ati bile si isteri tidak memiliki bentuk badan yang diimpikannya. salahkah si isteri kalau badan dia sekeping ( kurus ) hingga memang tidak menampakkan mana-mana bahagian yang tak patut tu? sehingga tidak seksi katanya? atau yang terlalu gemuk sehingga nampak bulat sahaja? berbanggakah si suami kalau ada lelaki lain yang memandang isterinya dengan pandangan yang bernafsu hanya kerana seksi dan bertubuh badan menarik? hm.. pelik tapi benar.. itulah dunia. ade lelaki lebih berbangga memiliki isteri yang cantik dan seksi. bukan nya isteri yang bertutup dan sopan.

ketahuilah lelaki...
perempuan/ wanita ini dijadikan dari rusuk kiri mu..
melengkapi dirimu..
bukannya utk kamu jadikan mereka trofi yang boleh kamu tayangkan sesuka hati..
biarlah dia hanya menjadi yang halal bagimu.. supaya hanya kamu saja yang tau apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik hijabnya. bukan untuk kamu bandingkan dengan perempuan lain di luar sana. fikir la elok2.. wanita juga mempunyai perasaan. kadang2 bila kamu bandingkan mereka dengan perempuan lain, dia juga merasakan luka. cuba kalau mereka pula yang merendahkan kamu? amacam? dapat kamu bersabar?

wanita umpama butiran permata yang bertaburan dalam gudang kaca. kadang-kadang, ada kaca yang seiras permata, dan ada juga permata yang seiras kaca. pilih lah yang terbaik untukmu. yang sewajarnya menjadi "ummi" kepada zuriatmu. yang sewajarnya menjadi anak kepada ibu dan bapamu. yang semestinya mengetahui dengan jelas tanggungjawabnya sebagai yang halal kepadamu..