BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label cerpen islamik. Show all posts
Showing posts with label cerpen islamik. Show all posts

Monday, December 24, 2012

tersalah cinta..


assalamualaikum.. (^-^)
insya Allah, entry kali ini berkaitan dengan kemelut jiwa remaja.. (^-^) harap bermanfaat.. **enjoy reading!**

*************************

segalanya bermula di hari itu..

aku bangun seawal pagi, tiba-tiba hati terasa kosong.. mata dikalih mencari paparan jam di atas meja study.. bru pkul 4.00am? hurm.. awal lagi.. ** termenung sendiri **

hurff...

lantas, handphone di capai.. terus di-activate-kan BIS (BlackBerry Internet Service)
laju jari jemari menaip di atas screen leper nih.. satu demi satu ayat terbina.. tanpa disangka, linangan air mata mula membasahi bantal.. aduyai.. hati terasa kehilangan sesuatu.. lemas dengan rasa ini.. seperti ditarik deep into the ocean..

OK ! dah jumpa laman web yang dicari.. sebuah blog daripada penulis terkenal, Pn Fatimah Syarha. beliau sangat terkenal dengan blog, novel, malah buku-buku motivasi.. satu demi satu untaian tazkirahnya menjadi halwa mata ini..

sekali lagi..
air mata membasahi pipi..

sebagai remaja yang melalui proses pembesaran.. aku juga punya naluri ingin bercinta dan menyinta.. tak dinafikan tuntutan fitrahku juga meronta.. aku tahu itu hanya mengundang kemungkaranNya.. namun, hati ini terlalu degil dalam mengakui bahawa aku sedang berbuat dosa.. aku menghalalkan segalanya. semua kerna CINTA !

aku biarkan dia mengulit diri ini sehingga syahwat menguasai, sedangkan selama ini aku terlalu menjaga batas insani. aku biarkan dia mengawal hidupku, sedangkan selama ini aku sudah cukup arif dengan hala tuju ku. aku turuti segala kehendaknya sehingga meletakkan keluarga sebagai yang kedua, sedangkan selama ini aku tak pernah mengabaikan keluarga. namun kerna dia, aku lakukan segalanya.

siapa dia yang bernama hawa? pantas menggoda hingga aku terbuai lena.
siapa dia yang bernama hawa? sehingga agama mula ku lupa !
siapa dia yang bernama hawa? sehingga akhlak ku menjadi sebegini hina!!!

Ya !
aku buta kerna kecantikan yang kau tayangkan !
aku buta dengan haruman yang kau layangkan !
aku menurut sahaja kehendakmu yang bertunjangkan permainan syaitan !

****************
aku..
aku yang bernama muhammad aliff mula menjebakkan diri dengan dia, siti hawa hanya kerna nafsu yang menggila. kecantikan hawa buat aku merasa akulah lelaki yang paling bertuah dalam memilikinya. hawa juga tak kurang hebatnya dalam menggoda. hotel-hotel sekitar ibu kota menjadi saksi bisu lempiasan nafsu kami berdua. bukan sekali.. Ya Allah.. bukan sekali kami melakukan perkara itu. malah, kerap ! sangat kerap ! hingga tiada lagi rasa malu. yang ada hanya cinta palsu.

namun, semalam merupakan titik tolaknya. bilamana hawa mula menyatakan rasa bosannya terhadap ku. GILA KE? macam mana dia boleh bosan dengan aku sedangkan selama ini segala kehendaknya aku turuti. permintaannya aku cuba sedaya upaya untuk penuhi. rela aku hadap maggi tiap-tiap hari demi menampung bajet kami ke hotel lagi. dia tak nampak ke semua tu? semua godaan wanita lain aku ketepikan. namun semudah itu dia katakan bosan? PEREMPUAN GILA !

semalaman aku menangis. bukan kerna tidak merelakan pemergian hawa. namun kerna tiba-tiba hatiku menyeru nama Dia. Dia Tuhan yang Satu, Allah....

semak kepala ni memikirkan satu persatu dosa yang dilakukan.
lagi semak bila memikirkan hutang piutang yang aku tanggung semata-mata kerna hawa ( hutang dengan kawan-kawan kerna citarasa tinggi si hawa)

DAMN HAWA! DAMN!

******************

dalam keadaan kusut masai, aku melangkah longlai ke shower. sempat mata ini melirik pada jam dinding. oyeah. baru pukul 4.30 pagi. awal lagi.
lantas, tuala ditarik dan aku meloloskan diri kedalam shower room. segar. terasa segar dengan jatuhan air dingin yang menyapa diri. saat itu, satu persatu memori aku dan hawa bermain di mata. AH! tipu andai aku katakan hati ini tiada lagi cinta untuk si dia. 3 tahun kami bersama. sengalanya kami kongsikan berdua. namun kini? DAMN!

*******************

usai bersiram, laju langkah kaki ini menuju ke ruangan solat. sejadah ku hamparkan. solat tahajud ku dirikan. Ya Allah.. moga ketenangan membaluti hatiku.. solat taubat ku susuli.. berderai air mata ini tak tertahan.. melimpahi segala nya.. terlalu banyak dosa ku lakukan. terasa jijik dengan diri sendiri.. Ya Allah.. moga Kau ampunkan diri ini...




to be continue...





Thursday, December 29, 2011

monolog 3 : bagaimanakah keadaannya nanti? ( bapa , hati , dan akal )



kelihatan seorang bapa tua yang terbaring lesu.. menatap dinding ruang kamarnya.. secara lahiriah, dia di situ.. namun, fikirannya, terbawa jauh memikirkan nasib keluarga..

bapa : aku sudah tua.. badan ku seringkali rasa tidak berdaya.. namun tanggungjawab ku masih belum terlaksana sepenuhnya.. Ya Allah.. apakah mungkin aku sempat melaksanakan segalanya?

akal : jangan di risaukan tentang kematian, wahai tuan.. mati itu pasti datang.. namun, sementara hidup, uruskan segalanya sebaik mungkin.

hati : mungkin kau tidak faham apa yang di rasakan oleh tuan, wahai akal.. tidak kah kau lihat bahawa keluarga nya sangat bergantung kepadanya? anak-anak nya masih lagi belajar di sekolah rendah, menengah, dan universiti. isterinya tua dan mempunyai penyakit yang tak mungkin dapat di ubati. dirinya sendiri ada banyak masalah yang harus diteliti.. apakah kau tidak melihat perjalanan hidupnya selama ini?

bapa : tak perlu di ungkapkan segalanya hati. biar kan saja segalanya terpendam, tersusun rapi..

akal : bukan aku buta. bukan aku lupa. namun, segalanya belum pasti. oh tuan.. jangan kau menyerah kepada yang tak pasti. teruskan langkah kaki mu. kuatkan semangat mu. bukankah banyak yang bergantung kepada mu? justeru itu, bangkitlah. lawan segala rasa yang merusuh diri..

bapa : itu yang sedang aku lakukan, duhai akal.. melangkah dan terus melangkah.. namun kini, aku dapat rasakan segalanya bakal berakhir nanti..

akal : segalanya akan berakhir , wahai tuan.. tiada yang kekal selain Allah Azza Wajjala.. bukan kah itu fakta yang dikau sendiri ajarkan kepada putera-putera dan puteri-puteri mu?

bapa : aku merisaukan keadaan mereka setelah ketiadaan ku nanti.. andai aku pergi meninggalkan mereka, aku hanya meninggalkan mereka begitu sahaja.. tanpa harta.. aku bukan berharta, wahai hati dan akal.. kalian sendiri menyaksikan kehidupan ku selama ini.. bagaimana harus mereka meneruskan kelangsungan hidup?

akal : mereka sudah besar, tuan.. mereka boleh selesaikan segalanya sendiri..

hati : akal.. tuan masih lagi mempunyai puteri yang belum di kahwinkan. yang menggusarkan nya adalah " siapa yang bakal menjaga puteri-puteri ku? bagaimana pula dengan ciri-ciri meraka? adakah mereka layak?" dan tuan memikirkan tentang putera nya " putera ku bakal memikul tanggungjawab yang besar. mampukah mereka menjalankannya sebaik-baiknya? bagaimana pula dengan keluarga? adakah mereka dapat bersikap adil? "

akal : aku tahu tentang itu. namun, bukan kah tuan sudah mendidik anak-anaknya sebaik mungkin? lihat saja anak nya itu.. ada yang berjaya di nobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah, ada juga yang sudah menghabiskan ijazah, tak kurang juga yang masih menuntut di universiti.. lantas, apa lagi yang kurang?

hati : tanya lah tentang keimanan mereka, duhai akal..

akal : ............ ( tertunduk mencari jawapan ).. aku tak punya jawapan untuk soalan itu, duhai hati..

hati : kau sendiri bijak dalam memerhati , wahai akal.. yang mungkin saja soleh atau solehah itu tidak semuanya.. itu yang di risaukan oleh si bapa..

bapa : benar kata hati.. sesungguhnya itu yang paling merunsingkan aku.. 

akal : tuan.. adakah kamu cukup solat 5 waktu? 

bapa : ya..

akal : adakah kamu berpuasa sepanjang bulan ramadhan? 

bapa : ya..

akal : adakah kamu hidup sebagai seorang hamba kepada Nya? yang sentiasa meletakkan Dia dalam setiap urusanmu?

bapa : ya.. Dia adalah segalanya bagi ku..

akal : lantas, apa yang kamu runsing kan? kamu adalah seorang bapa.. yang semestinya akan di jadikan contoh buat putera dan puteri mu.. berdoalah tuan.. semoga Allah membuka hati zuriat mu yang masih lagi tertutup itu.

bapa : doa itu tak pernah aku lupakan wahai akal..

hati : dan aku saksinya, wahai akal..

akal : maka, bersangka baik lah wahai tuan.. kamu sudah berusaha dan beristiqamah.. maka, serahkanlah urusan selebihnya kepada Dia.. bukan kah hidayah itu milik Allah swt?

bapa dan hati : kata kamu ada benarnya, duhai akal..

akal : semoga Allah memudah segala urusan mu, wahai tuan..

wallahualam..

insya Allah, gambar ini seringkali memberi inspirasi dalam kehidupan ku.. andai jatuh ku melelahkan, gambar ini bakal mengingatkan ku tentang pengorbanan seorang ayah.. sejujurnya dan seikhlasnya , Abah.. saya sangat sayangkan abah.. jangan tinggalkan saya..

monolog 2 : wajarkah pengorbanan itu? ( hati, akal dan si gadis )

di kala malam semakin menggelap.. cengkerik semakin riang menyanyi.. gadis itu masih lagi tertunduk membilang jari.. titisan air mata nya berderai membasahi pipi.. kala itu juga, dia sedang menahan sebak di hati..


akal : oh tuan.. berhentilah dikau dari menangis.. bukankah itu hanya akan memudaratkan mu?

hati : biarkan tuan, duhai akal.. biarkan dia melayan esak tangis nya buat seketika. bukan kah manusia lebih lega setelah selesai menangis?

gadis : maafkan aku jika aku membebankan kamu berdua. cuma, tangis ini bukan kerana kesakitan ku, bukan kerana derhaka ku.. namun, kerna kerisauan ku di atas permintaan ibu bapa ku..

hati : aku memahami mu, wahai tuan. berat yang dikau rasakan, berat juga yang ku tanggung. aku tahu apa yang kau ingin kan. berbeza pula dengan keinginan kedua ibu bapa mu..

akal : bersabarlah wahai tuan.. bukan kah dikau seorang yang sabar..?

gadis: cuma terkadang rasa terkilan itu menujah diriku, wahai hati dan akal.. semestinya , dalam keadaan begini, sukar untukku mengelakkan diri dari rasa itu.. dan aku takut jika aku mengguris hati mereka..

hati : aku tahu itu , wahai tuan. sebolehnya dikau mahu menjaga hati kedua ibu bapa mu. namun, terkadang dikau tetap juga memberontak dalam tingkah laku mu. maafkan aku wahai tuan.. namun, perbuatan mu itu agak keterlaluan dan mungkin saja mereka terguris. 

akal : betul apa yang di katakan oleh hati itu, wahai tuan .. mohon lah keampunan daripada mereka sebelum mereka semakin terguris dek dikau.. bukan kah dikau anak yang taat?

gadis : aku masih tak mampu untuk berdepan dengan mereka, duhai akal..

akal : maka, bila dikau akan bersedia wahai tuan?

gadis : aku tidak tahu..

akal : sanggup kah dikau menyaksikan kehilangan mereka tanpa dikau sempat menuturkan kata-kata kemaafan?

gadis : tak mungkin aku sanggup !

hati : ketepikan ego mu,wahai tuan..

akal : ego itu takkan membawa kebahagiaan, wahai tuan.. sebaliknya membawa kehancuran.. 

gadis : namun, bagaimana pula dengan pilihan dan keinginan mereka?

akal : bukan kah dikau tahu bahawa redha Allah terletak pada redha nya ibu bapa mu? dan ayatul Quran, surah Al-Baqarah ayat 216 telah menjelaskan bahawa " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui." 

gadis : maka aku harus mengikuti kata mereka?

akal : sebaiknya, beristikarahlah dikau.. jika itu yang diilhamkan olehNya, maka turutilah segalanya.. dan redhailah segalanya.. semoga pengorbanan dikau itu membuahkan hasil yang lebih daripada pilihan dikau, wahai tuan.. amin..

wallahualam..


monolog 1 : cinta insani vs cinta Ilahi..... ( hati, akal dan si gadis )

di suatu hari yang  tenang.. bersama angin yang menghembus lembut dan desiran dedaun yang bergeser sesama sendiri.. di situ, adanya seorang gadis bertudung duduk menyendiri.. berteleku melayan hatinya yang resah mencari jawapan apa yang yang sedang terjadi.. pergolakan hebat yang memerlukan satu jawapan yang pasti..

hati : wahai tuan, terima sahaja cinta lelaki itu. dia nampaknya kaya dan berpengaruh. bukankah itu tiket kesenangan hidup di dunia ini?

akal : jangan tuan ! itu bukan yang kau kejar. bukan kah dikau mencari keredhaan Nya? bukan dia yang patut menjadi pilihan mu.. jangan kau menggadaikan kehidupan di sana nanti demi kesenangan yang sementara ini.

hati : tapi bukankah dia bersumpah bahawa dia mencintaimu, wahai tuan?

gadis : namun aku memerlukan suami.. bukan nya lelaki yang mencintai..

hati : dan dia bakal menjadi suami mu suatu hari nanti jika kau menerimanya kini. kalian hanya bercinta. bukan kah itu perkara biasa pada zaman ini?

akal : jangan kau ikut hati mu, wahai tuan ! cinta itu terlarang tanpa ikatan yang sah. mahukah dikau mencampakkan diri mu kedalam lembah zina yang hina?

gadis : zina? apakah maksud mu akal?

akal : zina itu ada banyak cabangnya, wahai tuan.. zina hati yang merindu.. zina mata yang memandang.. zina anggota yang menyentuh.. kaki yang melangkah.. mulut yang mengucapkan kata.. dan telinga yang mendengar.. bukan kah telah dinyatakan seperti yang Allah tegaskan dalam Q>S17:32 " Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"


gadis : hurm.. terima kasih di atas peringatan itu wahai akal. hampir saja aku terlupa.


hati : wahai tuan. mahukah kamu menjadi wanita yang kelihatan tidak laku dan ketinggalan zaman? dikau cantik. menarik. punya susuk badan yang cantik. senyum mu menggetarkan hati lelaki. suara mu meruntuhkan tembok keimanan mereka. bukan kah itu satu kelebihan untuk kau menjadi yang terhebat dalam kalangan mu?


akal : namun, bukankah itu semua untuk suami mu tuan? jangan kau ikutkan hati muda mu.. jangan kau dedahkan apa yang sepatutnya tersimpan.. jangan kau kejar gelaran duniawi.. kelak, kau sendiri yang bakal hancur nanti.. itukah yang kau cari , wahai tuan?


gadis : namun, aku masih muda, akal.. aku juga teringin di kasihi dan mengasihi.. ingin ku rasa di pujuk oleh lelaki..


akal : maka, mohon lah kepada bapa mu untuk mengahwin kan dirimu dengan seorang lelaki yang selayaknya..


gadis : mustahil bapaku akan mengahwinkan diriku. dia menginginkan aku belajar hingga ke peringkat master. bukahkah perjalanan itu masih jauh lagi?


akal : namun  itu adalah tanggungjawabnya sebagai bapa. terangkanlah kepadanya tentang risiko jika terus membiarkan diri mu begini. mahukah dia melihat mu hanyut dalam desakan hati remaja mu?


hati : bukan aku yang bersalah. namun ini adalah desakan dunia. bukankah manusia sememangnya di lahirkan berpasangan? dan manusia itu memiliki fitrah yang senantiasa menginginkan belaian kaum yang berlainan. bagai adam menginginkan hawa.


gadis : aku juga begitu , duhai hati dan akal.. aku hanya lah manusia lemah yang terkadang tersungkur dalam langkah harianku..


akal : jangan kau putus asa, wahai tuan yang sangat ku kasihi.. tak sanggup aku melihat mu di baham neraka nanti.. bersabarlah dikau dalam meniti hari. bukankah sabar itu separuh daripada iman..? kembali lah dikau kepada bapa mu.. mohon lah agar dia mengahwinkan mu sebelum dikau menghampiri zina.. mohonlah agar dia mengerti.. beristikarahlah dikau wahai tuan.. agar ini adalah pilihan terbaikmu.. mohonlah segalanya kepadaNya.. luahkah segala yang terpendam itu kepadaNya.. moga Dia senantiasa memberkatimu , wahai tuan.. moga kasih dan cintaNya  kepada mu mampu menguburkan keinginan mu itu barang seketika..


gadis dan hati : ............... ( tertunduk mengakui cinta yang mereka lupa.. cinta yang di ingatkan oleh akal namun seringakali dilupai oleh hati remaja dan insani.. CINTA ILAHI.. )


wallahualam...




Monday, November 7, 2011

jadikanlah aku wanita itu..

di akhir zaman ini, aku memerhatikan kaum ku iaitu kaum hawa semakin jauh di hanyut arus globalisasi.. kononnya bertunjangkan kemodenan.. terlalu sedikit yang cuba menongkah arus tersebut.. tersisa sendu di dalam hati bila memikirkan bahawa aku juga hampir hanyut di buai arus yang mengasyikkan.. lebih-lebih lagi dalam dunia remaja ku kini.. cinta remaja menjadi saksi lalai nya diriku..hurff..

dikala ku keseorangan, Al-Quran menjadi penghias sepi yang melanda.. ku baca surah An-Nisa.. di terangkan di dalamnya, pembelaan terhadap wanita.. namun mengapa kini wanita tidak lagi menghiraukan maruah diri nya? yeah.. tiada manusia yang sempurna.. sentiasa ada derhakanya terhadap Sang Pencipta.. namun, mengapa terlalu nyata? bukan kah telah dinyatakan lelaki yang baik untuk wanita yang baik? timbul pula persoalan dalam diriku.. adakah aku layak untuk mengimpikan seorang lelaki yang baik sedangkan aku tidak berada dalam katogeri itu?telah tertulis dalam surah an-Nur ( ayat 26 ) tentang ini..



namun dinyatakan juga, bagi mereka yang cuba untuk berubah itu lebih baik daripada yang mengetahui mereka melakukan kesalahan namun tidak mencuba untuk merubahnya..jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam.. namun mengapa kita sering terlupa wahai wanita? bukan kah kita penghias dunia? pelengkap fitrah manusia?

terdiam aku mengimbas kembali apa yang berlaku dewasa kini.. wanita bukan lagi dilindungi.. malah di pijak maruahnya di kaki.. di jadikan sex symbol kepada lelaki.. dengan sewenang-wenangnya menonjolkan segala yang dimiliki.. dimanakah sifat pemalu yang seharusnya kaum adam kagumi? mengapa harus kita buka pakaian malu itu? lantas memakai pakaian yang terlalu membangga diri di atas kecantikan yang nyata bukan hakiki.. yang nyata kecantikan itu akan hilang di telan masa nanti.. jika di zaman jahiliah dulu kaum wanita di bela oleh Rasulullah SAW, tapi mengapa kini wanita sendiri yang rela diperlakukan sebegitu? malah bangga bila ada yang memuji.. hurff.. tertanya pada diri.. adakah aku juga sebegini?

masa cuti ku yang ada, ku susuli kisah-kisah para srikandi Islam di zaman Rasulullah SAW dahulu.. kisah-kisah para mujahidah dambaan mujahid.. kisah bakal bidadari kepada yang syahid.. indahnya kisah berteraskan Islam sebagai Ad-Deen.. indahnya bersulam lembut sikap mereka namun tak lemah di gugah.. tegas dalam berpendirian.. tak gentar di barisan depan dalam medan perperangan..

imbas kembali ..

KAULAH BINTI AL-AZWAR AL-KINDI..
seoarang wanita yang anggun mempersonakan mana-mana mata yang memandang.. puteri kepada Al-Azwar, seorang pahlawan Islam yang terbunuh ketika mempertahankan Rasulullah SAW.. saudaranya Dhirar Al-Azwar juga merupakan pahlawan Islam yang terkenal.. Kaulah di besarkan dalam keluarga yang mulia dan terkenal ini..namun sebagai seorang gadis, Kaulah telah mencipta nama sebagai seorang pejuang Islam yang masyhur.. keberaniannya dalam menentang tentera Rom ( peperangan pertama yang di lalauinya untuk membebaskan saudaranya,Dhirar ) telah membuka mata Khalid Al-Walid tentang dirinya yang sangat mengagumkan.. dan itu bukan satu-satu nya peperangan yang di sertai oleh Kaulah.. terdapat banyak lagi peperangan lain.. Kaulah.. dikau membuktikan bahawa wanita itu bukan lemah.. namun umpama hembusan api bila di gugah..

NAI'LAH BINTI AL-FARAFISHAH..
seorang jelitawan di zaman dahulu.. tinggi lampai.. malah bijak dalam berbahas.. pandangannya cukup bernas.. kepada Saidina Uthman dia dikahwinkan.. indah rupanya , malah indah lagi akhlak nya.. sangat setia kepada suaminya.. di zaman pemerintahan Saidina Uthman dahulu, telah berlaku fitnah besar dalam masyarakat Islam.. perpecahan berlaku.. pergaduhan sesama Islam menyusul.. ada ketika seorang lelaki memberontak menghayunkan pedang kearah Saidina Uthman.. namun Nai'lah segera menahannya dengan tangan yang kosong.. terpotong jari jemarinya.. namun apalah daya kudrat nya tika itu pabila ramai pemberontak yang terlalu ingin membunuh si suami.. malam itu juga si suami terbunuh.. malahan mayat nya di kerat-kerat.. setelah kematian si suami, datanglah rombongan meminang Nai'lah dari Mua'wiyah bin Abu Sufyan.. namun, rela dia mematanhkan semua gigi nya sehingga nampak hodoh sekali.. lantas dia berkata " Demi Allah, aku tidak akan membenarkan lelaki lain menjamahku, ditempat yang dijamah oleh Uthman sama sekali!".. Ya Nai'lah, dikau lah pembakar semangat wanita dalam memperjuangkan hak suami.. dan semoga aku juga mampu untuk berbakti dan setia terhadap suami ku kelak sebagaimana yang telah kau garisi sebagai salah satu panduan untuk para muslimah..

ZAINAB BINTI ALI..
dia lah cucu Rasulullah.. hasil perkahwinan Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali.. dialah contoh seorang wanita yang sangat tabah...menjadi saksi peperangan Karbala yang memakan korban yang ramai.. sebelum peperangan Karbala, berlakunya satu pemperontakan yang menentang pemerintahan Saidina Ali.. dalam pemberontakan itu, seramai 10,000 orang Islam terbunuh.. kebanyakannya adalah sahabat, penghafal Al-Quran, pencatit sejarah dan sebagainya.. namun, peperangan Karbala lebih menyayat hati.. apabila dia menyaksikan sendiri saudara kandungnya , Husain yang dibunuh dengan kejam.. malah kepalanya di potong dan di jadikan bahan ejekan oleh Yazid bin Mua'wiyah.. hancurnya hati seorang wanita menyusuli ranjau kehidupan yang begitu getir.. menyaksikan sendiri kematian ahli keluarganya yang di bunuh tanpa perikemanusiaan.. semoga Allah mengembirakan kamu di akhirat kelak wahai cucu Penghulu Ummah..

banyak lagi kisah para srikandi Islam yang ingin ku ketengahkan..namun banyak lagi kerja ku yang menuntut perhatian ku juga.. terlalu berharap untuk di beri kesempatan untuk menjadi seperti mereka.. menjalani kehidupan semata-mata keranaNYA.. namun, sukar rasanya untuk berbuat sedemikian di dunia akhir zaman ini.. lihat sahaja di sekeliling kita.. terlalu kecil jumlah wanita yang menitikberatkan tentang auratnya.. apatah lagi cara hidupnya.. namun semua ini tidak mustahil jika ada kemahuan di hati kita.. sesungguhnya DIA senantiasa ada untuk mereka yeng memerlukannya.. kepada DIA aku memohon kekuatan untuk mengubah hala tuju hidup ini.. bukan untuk diri ini sahaja, namun untuk setiap wanita yang bergelar muslimah di luar sana.. semoga DIA mempermudahkan segalanya.. insya Allah wa amin..

Wednesday, October 12, 2011

selitkan senyum dalam tangis mu, sahabat... :)

bismillah...

setibanya daku dipersimpangan ujian yang melanda,
ketandusan yang mengundang dahaga,
gelap yang mendambakan cahaya,
tangis yang merindukan bahagia,
perdengarkanlah daku ayat-ayat kasihNya..

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman ( surah Ali Imran : 139"

dikala diri dihantui rasa berdosa,
dikala diri di lambung gelora takutkan azabNya,
janganlah kau lepaskan tangan ini untuk terus melangkah beriringan,
menuju ke jalan yang pasti..
bersama, berdua..
buat selamanya..

phase-phase di atas dikarang khas oleh ku buat salah seorang lecturer di kampus ni yang baru kehilangan anak angkatnya yang telah pun menyahut panggilan Ilahi.. bukan berniat untuk menambahkan kesedihan namun hanyalah menyampaikan khabar gembira bahawa Dia senantiasa berada di sisi kita buat selamanya..

hidup hanyalah buat sementara..
hurff.. ternyata sangat singkat perjalanan ini.. jelas terbukti bila aku mengimbas kembali detik-detik aku kehilangan orang yang tersayang ( arwah nenek, arwah paksu, kwn baik aku dan juga beberapa saudara mara ).. namun persoalannya, kenapa hati ini terlalu sukar untuk menerimanya sebangai satu peringatan?

berdiri nya aku di MICET ini hanyalah salah satu perjalanan yang bagi aku tidak membawa makna yang lebih daripada menghadiri kelas ( untuk ilmu dunia semata ) dan beberapa sesi rohani ( yang terlalu sedikit ). kepada siapakah aku harus letakkan kesalahan ini? pihak MICET? or aku sendiri? hurff.. again.. let it be another rhetorical question..

being here is totally not my choice.. jika aku di beri pilihan, semestinya aku takkan pernah berada disini.. inginku keluar bebas di luar sana.. bukan kebebasan dari sudut sosial namun dari sudut mencari pilihan-pilihan jalan hidup sendiri.. tanpa bergantung kepada tali-tali yang bergayutan menjadikan aku puppet bernyawa.. namun, kerna harapan mereka yang tersayang ( ibu dan bapa ) , di sini lah aku menghabiskan masa ku selama 3 tahun.. berbaloikah? sedangkan ku tahu, bila-bila masa sahaja aku bakal di jemput kembali.. dan tika itu, sempatkah aku memilih jalan hidupku sendiri? jalan yang bakal menyiramku dengan ilmu-ilmu agamaNya,lantas secara tak langsung menyemai benih-benih keimanan yang di harap terus subur dengan kehijauan cinta yang membunga kan bibit-bibit keinsafan.. sehingga membugarkan zuhud yang di cita.. mampukah aku memilikinya pada suatu hari nanti?

jika kata-kata ini di lafazkan kepada mereka yang mengenaliku di luar sana , semestinya mereka akan mentertawa dan terus ketawa.. mana mungkin seorang gadis sepertiku mengimpikan segalanya seperti di atas sedangkan aku jenis yang easy going, suka bergurau senda, sukar untuk serious dan sebagainya.. namun islamik? hurmm.. macam tak tally kot bagi mereka.. namun , siapakah mereka untuk judge aku? adakah mereka benar-benar mengenaliku? pernahkah mereka hidup dalam kehidupan ku? pernahkah mereka melalui mana-mana jalan yang sama dengan jalanku?

katakan lah apa jua.. aku tetap aku.. yang mana mungkin aku berubah kerna kata-kata yang tidak berasaskan pada titik kebenaran.. yang jauh sekali dari titik-titik keikhlasan semata kerna Dia.. ketahuilah sahabat, kamu tidak pernah melalui mana-mana jalan hidupku.. hentikanlah kata nista mu.. aku bukan seperti yang kamu lihat kini.. yang tergambar melalui tingkah laku ku yang banyak ku selindungkan demi sebuah kehidupan yang ku nantikan.. mungkin saja kamu boleh mengatakan segalanya tentang ku.. siapakah kamu? hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya.. izinkan aku untuk terus menyembunyikan siapakah aku yang sebenarnya.. dan ku mohon, hentikanlah kata-katamu itu..

dikala hati ini menyatakan cinta, inginku katakan aku cintakan kamu sebagai sahabat..
dikala hati ini menyatakan rindu, ingin ku katakan aku rindu kepadamu sebagai yang setia..
dikala diri lemah tak bermaya, inginku katakan aku perlukan mu..
namun semuanya takkan ku lakukan selagi kamu terus menghukum ku dari kerna luaranku..
selagi belum kau cuba selami dasar di sebalik diri ini..

tidak ku minta kau menjauhi diri...
kerna kau masih ku sayangi..
tidak ku berniat untuk menyakiti hati..
kerna kau tetap ku perlukan disisi..

dalam tangis luka yang kau guris di hati ini, aku berjanji bahawa aku akan terus tersenyum menanti mu setiap hari.. ditaburi bibit kemanisan dalam ukhwah kita sesama muslimah.. yang tiada batasan untuk bersama berkasihan buat selamanya.. walau pertemuan ini hanya buat sementara, namun di hati ini, kau tetap menempah tempat yang teristimewa.. hingga ke akhirnya.. insya Allah wa amin..


Saturday, August 13, 2011

selagi aku terdaya...

“ Maafkan daku.”  Hanya ini yang mampu ku luahkan kini. Kelu lidah memandang kalian. Terasa   titis-titis mutiara tangis hangat mengalir lesu di pipiku. Lemah kakiku melangkah pergi meninggalkan kalian yang sememangnya segalanya bagi ku. Terasa pedih menular ke dalam setiap salur darahku. Hanya satu yang kuharapkan... semoga perpisahan ini bukanlah untuk selamanya. Semoga adanya pertemuan untuk kita kembali bertaut menyemai kasih, menyuburkan ukhwah dengan pasuan cinta membugar di sana..

Imbas kembali...

Malam 1 ramadhan, rumah ibu bapaku, Kuantan Pahang..

“ Ma, boleh Ateh buat satu permintaan dengan Ma?” , kata ku setelah melabuhkan punggungku di sebelah ibuku yang sedang membaca novel kegemarannya. Itulah hobi wanita kesayanganku ini.

“Apa yang awak nak?” . Ringkas ibuku membalas pertanyaanku dengan pertanyaan juga. Matanya masih lagi menatap lembaran novel tersebut.

“Boleh Ateh curi masa Ma sebentar?”. Pintaku sambil memandang tepat kearahnya.

Sambil menutup dan mengetepikan novelnya, ibuku memandangku dengan penuh tanda tanya. Barangkali pelik dengan tingkahku.

“Kenapa ni?” soalnya. “Ada buat salah ke?”

“Eh! Mana ada la, Ma. Cuma Ateh rindukan Ma. Dah lama tak balik rumah.” Cepat - cepat aku menidakkan kerisauan ibuku itu. Sambil memandang kasih raut tuanya, tanganku mencapai tangannya yang mula berkedut. Ku usap penuh kasih dan berkata “Ateh sayangkan Ma. Walau apa pun yang bakal terjadi, Ateh mohon, janganlah Ma lupakan lima perkara.”

“Lima perkara? Awak ni kenapa tetiba merepek ni? Dah buang tebiat ke?” balas ibuku.

Sudah dapat ku duga reaksi ibuku itu. Sememangnya ibuku bersikap demikian. Kerisauannya yang mendalam terkadang terluah dalam kata – kata berunsur gurauan. Bukan bermaksud untuk menyakiti, namun lebih kepada mencipta ruang kemesraan dalam sesi luahan si anak kepada ibunya.

“Aish! Tak sayang Ateh eh?” soalku sambil pura – pura merajuk. Ku pandang lantai alas kaki ku.
Mengharapkan kata – kata pujukan daripada ibuku.

Gelak tawa ibuku tercetus. Lucu agaknya dengan kaletah ku.

“Siapa tak sayang anak?” Sambil memandangku dengan pandangan mengusik.

Tersentuh hati ini dengan kenyataannya. Damainya hati ini mendengar pengakuan ikhlas itu yang
selama ini sering dilanda resah gelisah.

“Ma. Tolong janji dengan Ateh, bahawa Ma takkan melupakan lima perkara yang Ateh nyatakan tadi.” Pinta ku.

“Bagitahu dan jelaskan dulu kepada Ma, apakah lima perkara tu sebelum Ma berjanji.” Dengan lembut ibuku membalas usapan tanganku.

“Hurm.. Ateh harap Ma takkan salah faham dengan apa yang bakal Ateh katakan sebentar lagi. Ateh Cuma harap agar Ma takkan melupakan lima rukun Islam yang merangkumi ucapan syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.  Ucapan syahadah itu sememangnya semua orang mampu melakukannya. Namun solat, itu sangat berat untuk dilaksanakan oleh keluarga kita. Ateh mintak maaf kalau Ateh menyinggung perasaan Ma. Tapi Ateh takut. Ateh takut jika ada diantara kita yang pergi mengadapNya tanpa sempat untuk melafazkan taubat yang meruntun jiwa. Hidup itu indah, Ma. Namun, cinta dan kasih –Nya lebih indah dan mendamaikan. Selagi kita bertunjangkan kehidupan berlandaskan nama ‘hidup’ semata – mata, maka hilanglah rasa indahnya pada nur kasihNya, Ma”
 Dengan penuh berhati – hati, aku menyingkap maksud sebenar yang telah lama aku pendamkan.

Sejujurnya, agak memalukan untuk ku akui bahawa keluargaku bukanlah sebuah keluarga yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Aku sendiri terkapai – kapai dalam mencari cahaya kasih dan keredhaan Ilahi. Aku mahukan perkara yang sama untuk ahli keluargaku. Aku mahukan perubahan yang nyata dalam keluargaku. Berat sangat ke permintaanku ini?

Ibuku memandangku dengan pandangan yang sukar untuk ku ungkaikan apakah maksud sebenarnya. Rasa serba salah mula menyelubungi hati ini. Adakah aku sudah mengguris hati ibuku dengan permintaanku itu? Ya Allah, aku mohon Kau lembutkan hati ibuku untuk kembali ke jalanMu.

“Apa sebenarnya maksud awak, Ateh?” soal ibuku dengan nada yang seakan – akan terkejut.

“Ma. Walaupun kita beragama Islam, Ateh perhatikan keluarga kita tak mempraktikkan Islam itu sebagai Ad-Din. Yang bermaksud Cara Hidup. Ada lima perkara asas dalam Islam yang sepatutnya menjadi tonggak utama dalam kehidupan. Dan dalamnya ada tiang agama, yakni tiang itu adalah solat. Maafkan Ateh skali  lagi , Ma. Ateh tak berniat untuk berlagak pandai atau alim dalam perkara sebegini. Kerana, Ateh juga lahir dalam rumpun keluarga ni. Apa yang Ateh cuba ketengahkan sekarang cuma Ateh teringin melihat perubahan positif dalam keluarga kita. Bukan lagi kehidupan bebas sepertimana sebelum ini.”

Sememangnya keluarga ku tidak menitikberatkan tentang solat. Aku sendiri mempelajari solat daripada buku – buku dan ustazah – ustazah di sekolah ku dahulu. Telah lama aku pendamkan hasrat untuk mengubah cara hidup keluargaku. Namun baru kini aku mempu meluahkannya setelah mencapai usia 20 tahun. Semakin jauh aku terpisah daripada keluarga ku , semakin dalam jurang antara kami. Dan semakin jauh mereka daripada jalan yang diredhai-Nya.

Aku mempunyai seorang kakak yang berusia 25 tahun. Yang kini berkerja sebagai salah seorang eksekutif di sebuah syarikat ternama di Johor. Cara hidupnya kini lebih barat daripada orang barat sendiri. Hurff.. Hanya keluhan yang mampu aku luahkan. Terasa sangat mustahil untuk aku menegurnya kerana dengan jelas hubungan kami bagaikan Israel dan Islam. Namun begitu, kasih ku kepadanya terlalu menebal di hati.

Ibuku terdiam membisu. Terdetik di jiwa, adakah aku patut hentikan permintaan ku ini atau meneruskannya? Namun ini adalah peluang terakhirku untuk membetulkan jalan hidup keluargaku. Kerana, esok, iaitu hari pertama puasa, aku akan berangkat kembali ke kampusku. University Kuala Lumpur, MICET, di Alor Gajah, Melaka. Kuantan dan Melaka bukanlah dua tempat yang dekat.

“Ma. Dalam siri buku Laksamana Sunan hasil karya Ramlee Awang Murshid yang selama ni Ma baca ada mengatakan ‘mati itu pasti, hidup itu insya Allah’. Betul kan? Sememangnya mati itu pasti akan mendatangi semua orang , Ma. Namun yang membezakan cuma masa, tempat, dan tarikh. Bukan umur yang menjadi batu ukuran. Andai ditakdirkan Ateh dulu yang pergi mengadap Ilahi, Ma atau Abah takkan dapat menghalangnya. Atau cuba untuk menawarkan diri sebagai penganti. Masing -masing bersama takdir hidup masing – masing yang telah lama tertulis di Loh Mahfuz. Kita hanyalah umpama pemain sinetron kehidupan. Yang cuba untuk melonjakkan diri masing-masing dalam kehidupan yang singkat ini.”

Aku cuba untuk selami mata ibuku yang mula bergenang. Maafkan Ateh, Ma. Ateh terpaksa meneruskan kata-kata ini walaupun ianya seumpama menghiris hatimu kepada kepingan-kepingan luka.

“Ma. Ateh sayangkan Ma, Abah, Kak Long dan adik. Ateh tak nak terpisah daripada kalian. Namun Ateh sedar kehidupan di dunia ini terlalu singkat untuk Ateh menyemai kasih diantara kita. Ateh mahukan kehidupan bahagia kita bersama di syurga kelak. Andai permintaan Ateh itu terlalu tinggi dan sukar untuk Ma penuhi, maafkan Ateh. Cuma Ateh mohon, fikirkanlah dahulu permintaan daripada anakmu ini.”

Sebak hatiku tika air hangat mula membasahi pipinya. Terlalu beratkah permintaan ku itu? Ku sapu air matanya. Lantas aku peluk erat tubuh tua ibuku dengan penuh rasa kasih. Terasa hangat tika pelukanku dibalasnya.

“Dah lewat sekarang Ma. Hampir pukul 12 tengah malam. Ma tidur la, ok? Nanti nak bangun sahur pulak.” Ujar ku setelah ku rungkaikan pelukan itu.

Ibuku sekadar mengangguk dan sejurus meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu. Bapaku masih lagi belum pulang. Ku menoleh kearah pintu bilik adikku yang tertutup rapat. Khairul Adha bin Azmi, pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah sains di Kuantan. Tidak di nafikan, adikku lebih menyerlah daripada ku dalam bidang akademik. Malah dalam sukan juga, adikku dikenali ramai kerana keaktifannya dalam seni mempertahankan diri, iaitu silat dan juga sukan rugby. Sebagai kakak, aku berbangga dengan pencapaiannya. Namun, masih terkesan dalam diriku dan hatiku peristiwa dia menenkingku hanya kerana aku menegur sikapnya yang mengabaikan solat. Sejak peristiwa itu, hubungan kami tidak lagi seakrab dulu. Dia mula menjarakkan diri daripadaku. Malah tega hatinya menggelarku “ ustazah-wanabe”.

Dengan langkah berhati -  hati, aku buka pintu biliknya. Melangkah masuk dengan pandangan mata yang dipaku kearah sekujur tubuh yang dibalut selimut. Barangkali adikku kesejukan. Aku melabuhkan punggung disebelahnya. Tangan ku membelai lembut rambut adik yang ku kasihi ini. Dia lah tempat aku meluahkan segala masalah ku dahulu. Keakraban kami menyinari rumah ini. Gelak tawa kami umpama alunan ritma yang takkan mungkin terpadam. Kenakalan kami sering mengundang senyum tawa ibu dan bapa kami. Namun itu cerita dulu. Kini, Adha dan aku umpama orang asing yang tinggal sebumbung. Terlalu aku rindukan kemesraan itu. Terlalu aku rindukan usik dan tawanya.

“Adha, andai masa dapat Ateh putarkan, Ateh nak sangat balik semula ke masa kita kecik-kecik dahulu. Sama-sama kita mengejar ayam. Tunggang kambing biri-biri Pak Long dan berlagak konon –kononnya koboi menunggang kuda. Masih Ateh ingat masa Pak Long tarik telinga kita dan hadapkan kita kepada Ma dan Abah. Marah betul orang tua tu kan?”

Aku berkata-kata sendirian. Adha masih lagi lena diulit mimpi. Menitis air mataku tika ini. Sungguh tak dapat aku nafikan betapa dalamnya kasih ku kepada adikku ini. Ya Allah, janganlah Kau tutupi mata hatinya untuk melihat rona sinar kasih-Mu. Amin...

Aku perhatikan ruang biliknya. Tergantung medal-medal kemenangannya. Ada juga gambar-gambar saat kemenangan yang membanggakan. Kelincahannya dalam silat takkan ada siapa pun yang dapat menafikannya. Dan rugby? Terlalu pantas dia berlari. Masih segar dalam ingatan, saat aku menghadirkan diri untuk menonton dan memberi semangat kepadanya dalam perlawanan rugby kebangsaan dahulu. Setelah memperolehi kemenangan, dia berlari kearahku sambil menjulang piala kemenangan. Seluruh pasukannya mendatangi kami sorakan girang. Adha memelukku lantas mengatakan kemengangan itu adalah untukku yang tak pernah jemu memberi sokongan. Wahai adikku, ketahuilah bahawa, dikau satu-satunya adikku. Kepada siapa lagi harus aku mencurahkan kasih, melambungkan harapan berserta talian doa? Ateh takkan pernah lupa mendoakan kau, Adha.
Ku belai rambutnya untuk kali terakhir. Lanttas bangkit menuju ke pintu. Di saat pintu itu ku buka, sekali lagi aku memandang adikku. Tolehan kasih beserta rindu seorang kakak kepada adiknya.

Pagi 1 ramadhan, rumah ibu bapaku..

“Ma.. Abah... Ateh pergi dulu, k? Maafkan Ateh andai ada silap dan salah. Ateh mohon agar Ma dan Abah halalkan makan minum Ateh selama ini. Doakan Ateh di perantauan nanti.” Kataku sambil menyalami tangan mereka. Ku kucup kedua-dua tangan tua itu.

“Mak ayah mana yang mendendami anak sendiri? Abah dan Ma sentiasa mendoakan awak. Awak tu jangan lupa call Ma and Abah bila dah sampai nanti. Jaga diri elok-elok. Belajar betul-betul. Jangan ponteng-ponteng lagi.” Pesan Abah tika mengangkat beg ku kedalam teksi.

Hanya senyuman yang dapat aku berikan. Ku tatap raut wajah mereka sepuas hati. Terlalu berat rasanya untuk berpisah dengan mereka. Entah kenapa hatiku menggesaku untuk terus berada di rumah. Di sisi mereka. Namun, desakan kuliah dan tugasanku di kampus lebih memberat di pundak ini.

“Tak boleh ke balik esok je,Ateh? At least, berbuka dulu dengan family. Petang ni, kak long kamu balik. Dia pun dah lama tak balik Kuantan. Nanti boleh pergi beli baju raya sama-sama” Pujuk Ma. Lembut suaranya. Tingkahnya agak berlainan pagi ini. Nampak berat untuk melepaskan ku pergi.

“Tak boleh, Ma. Ateh ade banyak assignment yang tak siap lagi. Lagi pon ada test minggu ni. Kalau boleh, Ateh pun tak nak balik lagi. Rindu Ma and Abah tak terlepas lagi” ujarku sambil memaut mesra tangannya.

Diriku dipeluk ibu. Dapatku rasakan sendu yang terbuku dalam dirinya. Pelukannya kejab terasa.

“Ma.. Maafkan Ateh atas segala kata-kata Ateh semalam. Tapi Ateh mohon, janganlah Ma lupakan yang lima itu. Ateh tak berkesempatan lagi meluahkan permintaan itu kepada Abah. Harap ada kesempatan untuk Ateh menyampaikannya satu hari nanti.” Esakan mula kedengaran di cuping telinga ku. Dalam dakapan ibuku, aku sekali lagi meluahkan harapan yang menggunung. Demi keredhaan Ilahi, aku inginkan keluarga ku bersatu di atas jalan-Nya. Bersama berpimpingan mencari sinar syurgawi yang menerangi hati para nabiya dan syuhada.

“Kalau itu yang awak mahukan, Ma cuba. Maafkan Ma kerana mengabaikan tanggungjawab Ma sebagai ibu kepada awak. Ma lupa tanggungjawab Ma sebagai penyambung warisan Islam yang sepatutnya dibentuk sedari kecil. Tugas seorang ibu bukan hanya melahirkan zuriat dan membesarkannya, tapi mendidiknya dengan unsur-unsur Islam jua. Sekarang terbalik pula. Awak yang mengajar Ma erti kehidupan. Bahagia hati seorang ibu yang memiliki anak seperti awak. Tapi rugi bagi Ma yang mengabaikan awak. Sebutir permata dalam keluarga. Maafkan Ma, sayang.”

Sayu suara ibuku menerpa pendengaran ini. Ya Allah, syukur ku hanya untuk-Mu. Kau sudah membuka mata hati ibuku demi cahaya hidayah dan kasih-Mu. Pinta ku kini cuma Kau buka hatinya untuk sujud kepada-Mu di setiap harinya. Jauhkanlah ibuku daripada kelalaian lagi. Bantulah ibuku dalam hidup dan matinya. Dunia dan akhiratnya. Amin....

Aku ungkaikan pelukan itu. Ku tatap mata ibuku yang bergenang tangis. Lantas hanya senyuman yang mampu ku hadiahkan untuk tangisan keinsafan itu. Syukur ku panjatkan buat Ilahi.

“Ateh doakan semoga keimanan itu kekal hingga ke helaan terakhir kita semua, Ma. Untuk pengetahuan Ma, Abah, selama ini, sejak Ateh mula mengenali agama ini, hanya itulah doa Ateh. Dan Ateh berjanji, selagi Ateh terdaya, akan Ateh lafazkan doa itu di setiap solat dan sujud Ateh. Takkan mungkin Ateh lupa mendoakan kesejahteraan kita sekeluarga di sisi-Nya.”

Dengan senyuman, aku berlalu. Meninggalkan mereka yang ku sayang. Sepanjang perjalanan aku memikirkan tentang kepulangan ku kali ini. Walaupun kepulangan ku hanya untuk dua hari, namun, bagi ku inilah kepulangan yang paling bermakna. Akhirnya, dengan izin Allah s.w.t yang maha Mendengar setiap permintaan hamba-Nya, aku mampu melafazkan harapanku di hadapan ibuku. Dan aku pasti, ibuku telah pun menceritakan segalanya kepada bapaku. Dapat ku baca reaksi mukanya tika aku melafazkan doa di hadapan mereka sebentar tadi.

Teksi yang ku naiki terus membawa ku ke Terminal Makmur. Dari situ, aku menaiki bas S.P Bumi yang terus menghala ke Melaka Central, Melaka. Rakan kuliah ku akan menjemputku dari terminal tersebut.



7 ramadhan, uniKL MICET, Alor Gajah Melaka...

Sudah seminggu umat Islam menunaikan ibadah puasa. Begitu juga aku. Entah kenapa puasa pada tahun ini kurasakan tidak seperti biasa. Kekosongan melanda diri. Rindu kepada keluarga meluap-luap di hati. Setiap hari, aku pasti akan menelefon mereka. Bertanya khabar. Bergurau mesra. Dan berita yang paling menggembirakan ku sepanjang hidup ini adalah berita daripada ibuku mengenai dia, kak long dan Adha sudah mula menunaikan solat. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.. Kau sudah pun memakbulkan doaku. Semoga keimanan dan taubat itu berkekalan hingga ke penghujung jalan mereka, Ya Allah..

Cuma..... Bapaku... Bapaku masih lagi belum menyertai mereka. Sejujurnya aku agak terkilan, namun, mungkin bapaku masih lagi memerlukan masa. Perubahan itu tidak sewajarnya di lakukan secara mendadak. Risau juga, cepat mereka berubah kearah kebaikan, cepat juga mereka bosan dan terus berpaling lagi. Untuk aku, aku tetap akan berdoa untuk nur hidayah keinsafan keatas mereka semua.

“ Syahadah! Are you coming or not? Be hurry la babe. It’s  getting late already! Hayya! Bersiap pun lambat ke?” suara Amira melaungkan nama ku dari luar bilik. Astaghfirullahalazim.. Aku terlupa! Aku sepatutnya keluar bersama mereka untuk ke bazaar ramadhan.

“Maaf Mira. Saya terlupa. Sebentar ya? Saya pakai tudung.” Kataku sambil tergesa-gesa mencapai tudung.

“Masya Allah. Umur belum 40, dah nyanyuk? Malanglah siapa yang jadi suami kau nanti.” Balas Amira sambil gelakkan aku. Aduh! Kerapkali aku di gelar nyanyuk. Semakin nyanyuk lah aku nanti. Kata-kata itu kan doa?

“Sudah.. Sudah.. Jangan nak merepek la Mira. Saya dah siap ni. Jom.” Ujar ku. Malas nak panjangkan perbualan kalau dia sudah masuk bab-bab suami ni. Kalau di layan, sampai maghrib la kami terus berdebat.

Aku terus berlalu menuruni tangga. Menuju ke kereta yang terletak di belakang blok asrama ku ini. Amira mengekoriku dari belakang sambil memainkan kunci keretanya di jari. Dan aku pula mula memicit kepala ini. Ya Allah, apakah ini ujian-Mu? Sakit ini walaupun sudah kerap ku rasakan namun kali ini kesakitannya lebih daripada biasa.

Tiba-tiba aku terjatuh. Rebah tanpa daya. Dapat ku dengar suara Amira menjerit memanggil namaku. Namun pandangan ku mula menggelap....






7 ramadhan,malam, Hospital Kerajaan Melaka (HKM)...

“ Excuse me, are you Cik Syahadah’s  friend? Where’s her family? Saya perlu berjumpa family Cik Nur Syahadah dengan segera. Kondisi beliau agak membimbangkan.” Seorang doctor cina menyapa Amira yang sedang menangis di satu sudut di hospital tersebut.

“ Ya. Saya kawan Syahadah. Dia roommate saya di university. Bagaimana keadaan dia doctor? Parah sangat ke? Kenapa dia boleh tiba-tiba pengsan? Dia sakit apa doctor? Tolong rawat dia doctor. Saya merayu pada doctor. Tolong lah rawat kawan saya tu.” Rayu Amira dengan tangisan yang masih mengalir di pipi. Hilang rasa malunya untuk menangis demi aku. Sungguh besar kasihnya terhadap seorang teman.

“ Cik Syahadah tak pernah bercerita kah tentang penyakitnya selama ini? Mengikut rekod kami, Cik Syahadah sudah 3 tahun menjalani rawatan untuk tumour di otaknya. Sememangnya kami tidak menggalakkan pembedahan kerana tumour itu terlalu hampir dengan modulla oblongata beliau. Sedikit kesalahan sahaja boleh mengakibatkan lumpuh seumur hidup atau mati dalam pembedahan. Terlalu besar risiko yang harus beliau sanggupi. Kerana itu, beliau memilih untuk menjalani beberapa terapi. For your information, she stopped her theraphy session with us since January this year. Its mean, its been 8 months she’s giving up with her medication. And daripada hasil pemeriksaan kami sebentar tadi, kami dapati tumour tersebut semakin membesar dan sudah pun mengganggu bahagian yang lain. Sekarang, Cik Syahadah dalam pemeriksaan rapi. Kami tempatkan beliau di unit rawatan intensif. She’s comma. I’m sorry to tell you that.” Walaupun penjelasan itu tidak terlalu terperinci, tapi cukup untuk buat air mata Amira semakin deras mengalir..

“Tolong selamatkan kawan saya doctor” rayu Amira.

“Saya akan cuba sebaik mungkin, cik. Sekarang, saya perlu bercakap dengan keluarga Cik Syahadah.” Kata doctor tersebut

“Keluarga dia dalam perjalanan, doctor. Mereka dari Kuantan.” Jawab Amira

“Baiklah kalau begitu. If they’re here, please tell them to see me in room 13. I got to go now.”

“Doktor, boleh tak saya nak tengok kawan saya sebentar?” pinta Amira.

“Boleh. Cik dibenarkan.”Kata doctor tersebut sambil berlalu meninggalkan Amira.






7 ramadhan, malam,bilik ICU HKM...

Sejuk terasa menyelubungi ruangan yang menempatkan aku kini. Amira menapak masuk kepadaku. Yeah.. Aku sedang koma. Namun, dapat kurasakan kehadirannya. Amira adalah teman ku sedari hari pertama aku di MICET. Terlalu banyak kenangan yang kami kongsi bersama.

“Syahadah... Kenapa kau merahsiakan semua ini daripada aku? Kau lupa ke janji yang diantara kau dan aku, tiada satu pun rahsia. Jangan tinggalkan aku, Syahadah.” Rayu Amira sambil menggenggam tanganku hampir ke pipi nya.

 Dapat ku rasakan air hangat menitis di tanganku. Ingin ku jawab segala pertanyaannya. Namun, aku tidak berdaya. Maafkan aku, Amira. Bukan niatku mengkhianati persahabatan kita. Cuma aku tak sanggup dilayan dengan baik semata-mata kerana simpati. Bukan kerana kau atau persahabatan ini tidak bermakna bagi aku. Maafkan aku jika perbuatan ku mengundang sayu di hatimu, teman.

“ Syahadah. Tolong cepat sembuh. Jangan kau tinggalkan aku. Kawan-kawan kita menanti kau untuk sama-sama beraya. Family kau pun dah on the way datang Melaka. Kau sanggup ke tengok mereka menangis kerana kau?” Rayu Amira lagi. Sayu hati ini mendengar rayuannya.

Keluarga ku dalam perjalanan ke Melaka? Astaghfirullahalazim. Adakah aku menyusahkan mereka? Ya Allah, ampuni aku. Sebenarnya, keluarga aku juga tak pernah mengetahui tentang penyakit ku ini. Ku pendamkan segalanya sendiri. Tak sanggup aku menggusarkan hati mereka memikirkan tentang diriku. Pengorbanan mereka bersama ku sedari kecil hingga dewasa sudah cukup membuatku rasa bersalah di atas tiap-tiap perkara yang menyusahkan mereka selama ini.


7 ramadhan, Kuala Pilah Negeri Sembilan....

“Abah, lambat lagi ke sampai ke HKM?” desak Adha.

“Sabarlah. Lagi 2 jam , sampailah kita.” Jawab Abah. Ringkas bernada resah. Hati tuanya turut mendesak agar perjalanan itu dapat dipercepatkan.

“Adha! Sabar boleh tak? Kak Long pun nak cepat sampai. Tapi, janganlah desak Abah. Better kamu  doa semoga Ateh ok.” Tegas kak long. Sikapnya yang matang menampakkan ketenangannya. Walaupun, dalam hati, hanya Allah yang tahu.

Semua yang ada dalam kereta itu terdiam. Sedari petang tadi, ketika Ma menyambut panggilan daripada Amira, hanya tangisan menemaninya. Kerisauan menujah hatinya. 'Ya Allah. Selamatkanlah anakku. Jangan Kau ambil dia sebelum aku. Izinkanlah permataku terus menyinar di muka bumi-Mu ini.' bisik hati Ma...

“Awak kenapa diam?” soal Abah kepada ibuku.

“Saya risaukan anak kita tu. Awak tak risau ke?” giliran ibuku pula menyoal.

“Saya risau. Tapi nak buat macam mana lagi? Budak tu sakit tapi sorok. Bertuah punya anak.” Bebel Abah.

“Eh abang ni! Anak tu tengah sakit, awak nak bebel pula?” getus ibuku.

“Mana ada saya membebel. Ayah mana yang tak risau anak dia sakit? Ateh tu manja dengan saya sejak kecil lagi. Mustahil saya tak risau. Dalam hati ni, meraung pun tak ada siapa yang dengar. Anak yang saya jaga dari kecil sampai besar depan mata. Hantar belajar ke menara gading. Anak yang bagi saya umpama permata dalam keluarga. Kalau bukan kerana permintaan dia hari tu, kita takkan sedar ketelanjuran kita dalam mengejar dunia. Betapa kita mengabaikan dia selama ni. Kepulangan dia hari tu bukan semata-mata kerana rindu. Tapi membawa hasrat yang menggunung tinggi. Hasrat yang kita tak pernah terfikir.” Panjang lebar bapaku merungkai persoalan ibuku.

Di belakang kereta terdengar esak tangis kak long dan Adha. Mungkin sahaja tersentuh dengan keprihatinan bapaku atau mungkin kerana tersedar dari lena di hanyut dunia yang sementara ini.

Ibuku terdiam di tepi. Adha cuba mencelah perbualan itu.

“Adha ada banyak buat salah dengan Ateh. Adha takut Adha tak sempat untuk minta maaf dengan Ateh. Adha rindukan Ateh. Malam Ateh balik rumah tu, Ateh ada masuk bilik Adha. Tapi Adha buat-buat tidur. Ateh menangis dalam bilik tu. Ateh cakap Ateh rindukan Adha. Ateh rindukan zaman kemesraan kami. Sebenarnya Adha pun rindukan Ateh. Dah lama Adha tak bertegur sapa dengan Ateh. Adha buat Ateh macam orang asing dalam rumah sendiri. Betapa kejamnya Adha. Padahal semua itu berpunca daripada teguran Ateh yang suruh Adha pergi menunaikan solat. Ateh tak salah pun. Ma, Abah, Kak Long... Berdosanya Adha melayan Ateh macam tu. Ateh tak pernah ketepikan Adha. Daripada kecil hingga besar, apa yang Adha inginkan, pasti Ateh penuhi. Ateh sanggup berlapar untuk Adha. Adha sayang Ateh. Adha tak nak kehilangan Ateh.”

Esakan Adha semakin kedengaran. Penyesalannya jelas tersuluh. Rintihan yang memilukan hati mereka yang mendengar.

Kak long terdiam memandang ke luar tingkap sambil membayangkan senyuman manis Ateh yang seringkali menyapanya pulang. Namun, seringkali juga kak long mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan senyuman yang dihulurkan. Tetapi, Ateh tetap juga tak pernah berputus asa dalam mendalami ukhwah di antara mereka. Kasih Ateh jelas tergambar. Pernah kak long mencuri dengar suara Ateh mengalunkan surah Yasin di dalam bilik. Lunak dan tegas suara adiknya itu. Ternyata alunan itu mengetuk pintu hatinya. Ya Allah.. Kenapa harus aku mengetepikan insan seistimewa Ateh selama ini? Kini, setelah hampir kehilangannya, barulah ku sedar betapa beruntungnya mempunyai adik sebegitu.

“Abang, tolong singgah ke petronas sebentar. Saya nak ke toilet.” Tiba-tiba suara ibuku memecahkan  dan lamunan kesunyian dalam kereta itu.

“Hmm.. Baiklah..” jawab Abah lantas membelok ke persimpangan petronas tersebut.

Dan.........

DUMMMMMM!!!!!!!!!!!!
“Ya Allah!!!”

..................................................................................................................................................................

Hanya pekikan dan laungan sahaja yang kedengaran selepas itu. Disusuli dengan kehadiran ambulance selepas beberapa minit. Orang ramai mula mengerumuni kawasan kejadian. Kereta Perdana V6 milik bapaku bertembung dengan sebuah treller yang sedang meluncur keluar daripada sebuah persimpangan yang bertentangan.

Kesemua ahli keluargaku meninggal di tempat kejadian. Aku? Aku masih lagi menunggu kehadiran mereka di ward ICU Hospital Kerajaan Melaka. Dalam keadaan koma, dapat aku rasakan kehilangan itu. Ingin ku meraung sekuat hati, namun apakan daya. Aku sendiri terlantar tanpa sejalur pun kekuatan. Lemah segalanya. Fizikal dan mental. Terlalu berat di rasakan ujian-Mu kali ini, Ya Allah...


27 ramadhan, ICU HKM....

Saban hari aku dilawati teman kampus ku. Meniupkan semangat kedalam diri ini. Namun, semuanya ternyata sia-sia. Aku masih lagi belum bangun dari koma ini. Untuk apa harusku berjuang melawan kesakitan ini? Aku sudah tak punya keluarga. Sudah 20 hari aku di tinggalkan sendiri. Yang pasti, tiada lagi kasih Ma, Abah.. Tiada lagi usikan Adha.. Dan tiada lagi ketegasan Kak Long. Syawal bakal menjelang, dan aku tak pula kuat untuk menghadapinya sendiri. Maka...... relakan ku pergi....

1 syawal.. ICU HKM...

“Nurse, nanti you buat record kematian pesakit. Then you call family dia. Inform mereka tentang kematian dan minta mereka tuntut janazah.”

Seorang doktor mengarahkan nurse disitu. Namun nurse itu kelihatan terpinga-pinga sambil memandang raut wajah doktor itu.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?” soal doktor tersebut dengan kepelikan.

“Keluarga arwah sudah meninggal, doktor. Ketika mereka dalam perjalanan ke Melaka untuk ziarahi arwah. Arwah sebatang kara. Yang ada cuma rakan kuliah sahaja.” Jelas nurse tersebut.

Doktor itu kehilangan kata-kata. Bertapa malangnya nasib arwah. Di tatap wajah arwah Nur Syahadah binti Azmi itu dengan perasaan bercampur baur. Antara simpati dan kagum. Selajur bibirnya bergerak perlahan-lahan melafazkan ayat suci Al-Quran, Al-Fatihah kepada arwah. Semoga mereka sekeluarga dipertemukan di alam sana.