BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 22, 2011

I FELL IN LOVE !!!!!


dalam ni, aku bukan lah nak menceritakan tentang cinta insani. tapi cinta warna-warni sebagai seorang pelajar di UniKL MICET.. haish..

ramai yang mengatakan aku bernasib buruk bila dapat bilik yg paling tinggi di block C.. wah ! memang  tak di nafikan.. penat wo0o.. tinggi tuh ! tapi, ada something yang buat aku suka pasal ketinggian blok ni.. berada di atas bukit, dan aras tertinggi, menghidangkan aku dengan pemandangan-pemandangan yang takkan pernah ada di aras-aras bawah... :)

see? fullamak aih.. cun gila.. actually, gambaq ni aku snap depan toilet.. tiap kali sebelum p mandi or ....... kompem aku duk p snap gambar dulu.. bak kata orang, smbil nyelam, minum air dulu secawan.. :p

i fall in love with this sun !

lebih kurang cam yang atas.. right? kesa hape.. cantek ! suke ati aku la nak upload kan? :p

ni plak kat padang.. :) sebelah surau...

lagi....

lagi lagi... dan lagi !

and the sky is blue ! just now, purple right? ;)
 lau tu semua gambaq2 pemandangan, now nk tunjuk plak ape yg aku buat kat aras tertinggi ni... rutin harian akhir-akhir ni.. towards the final exam... wonder what?
sebelum study... sekitar pukul 5 petang..

semasa study.. :p non-stop bersama lab report yang tertunggak.. lau stop pun just untuk mandi dan solat.. makan? sambil buat report pon boleh makan la.. :p

pukul 5.50 pagi sudah ! masa utk meninggalkan dunia dan tidoq ! haishh... setelah hampir separuh hari bertapa di meja dan kerusi yang langsung tak empuk ni but sangat berjasa.. :)

selain tu, aktiviti dan rutin harian aku juga tertumpu pada movie dan class.. termasuk last event yang aku dan classmate organized kan.. ade la beberapa keping gambar yang tak seberapa.. :)

meja? kerusi? bukan nak buat saspen. tapi nk tunjuk yang kitorang da campak semua kerusi yang ada oi.. sila bersila.. but nak guna meja? please urself.. :))

amoi ! depan sana ada longkang ! lompat !

pembantu-pembantu dari negara seberang yang terlalu happy bila aku duk snap gambar dorang.. haish !

buruh-buruh yang di import dari beberapa negara luar.. :)

ha ! lunch ready ! nyum nyum... :)
muka-muka kepenatan.. :p



........ inspect element :p ..........

sepet ! :p





for your information, those yang kat atas tu semua adalah classmate aku. dan event tersebut adalah " MICET 3rd Dean's Cup Debate " .. and class aku yang dipertanggungjawabkan untuk jadi event organiser.. and that day, everything's smooth ! as smooth as a bed of roses. wah ! but, what a tired day.. balik tuh, terus tidoq kot ! haish...

Wednesday, October 12, 2011

selitkan senyum dalam tangis mu, sahabat... :)

bismillah...

setibanya daku dipersimpangan ujian yang melanda,
ketandusan yang mengundang dahaga,
gelap yang mendambakan cahaya,
tangis yang merindukan bahagia,
perdengarkanlah daku ayat-ayat kasihNya..

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman ( surah Ali Imran : 139"

dikala diri dihantui rasa berdosa,
dikala diri di lambung gelora takutkan azabNya,
janganlah kau lepaskan tangan ini untuk terus melangkah beriringan,
menuju ke jalan yang pasti..
bersama, berdua..
buat selamanya..

phase-phase di atas dikarang khas oleh ku buat salah seorang lecturer di kampus ni yang baru kehilangan anak angkatnya yang telah pun menyahut panggilan Ilahi.. bukan berniat untuk menambahkan kesedihan namun hanyalah menyampaikan khabar gembira bahawa Dia senantiasa berada di sisi kita buat selamanya..

hidup hanyalah buat sementara..
hurff.. ternyata sangat singkat perjalanan ini.. jelas terbukti bila aku mengimbas kembali detik-detik aku kehilangan orang yang tersayang ( arwah nenek, arwah paksu, kwn baik aku dan juga beberapa saudara mara ).. namun persoalannya, kenapa hati ini terlalu sukar untuk menerimanya sebangai satu peringatan?

berdiri nya aku di MICET ini hanyalah salah satu perjalanan yang bagi aku tidak membawa makna yang lebih daripada menghadiri kelas ( untuk ilmu dunia semata ) dan beberapa sesi rohani ( yang terlalu sedikit ). kepada siapakah aku harus letakkan kesalahan ini? pihak MICET? or aku sendiri? hurff.. again.. let it be another rhetorical question..

being here is totally not my choice.. jika aku di beri pilihan, semestinya aku takkan pernah berada disini.. inginku keluar bebas di luar sana.. bukan kebebasan dari sudut sosial namun dari sudut mencari pilihan-pilihan jalan hidup sendiri.. tanpa bergantung kepada tali-tali yang bergayutan menjadikan aku puppet bernyawa.. namun, kerna harapan mereka yang tersayang ( ibu dan bapa ) , di sini lah aku menghabiskan masa ku selama 3 tahun.. berbaloikah? sedangkan ku tahu, bila-bila masa sahaja aku bakal di jemput kembali.. dan tika itu, sempatkah aku memilih jalan hidupku sendiri? jalan yang bakal menyiramku dengan ilmu-ilmu agamaNya,lantas secara tak langsung menyemai benih-benih keimanan yang di harap terus subur dengan kehijauan cinta yang membunga kan bibit-bibit keinsafan.. sehingga membugarkan zuhud yang di cita.. mampukah aku memilikinya pada suatu hari nanti?

jika kata-kata ini di lafazkan kepada mereka yang mengenaliku di luar sana , semestinya mereka akan mentertawa dan terus ketawa.. mana mungkin seorang gadis sepertiku mengimpikan segalanya seperti di atas sedangkan aku jenis yang easy going, suka bergurau senda, sukar untuk serious dan sebagainya.. namun islamik? hurmm.. macam tak tally kot bagi mereka.. namun , siapakah mereka untuk judge aku? adakah mereka benar-benar mengenaliku? pernahkah mereka hidup dalam kehidupan ku? pernahkah mereka melalui mana-mana jalan yang sama dengan jalanku?

katakan lah apa jua.. aku tetap aku.. yang mana mungkin aku berubah kerna kata-kata yang tidak berasaskan pada titik kebenaran.. yang jauh sekali dari titik-titik keikhlasan semata kerna Dia.. ketahuilah sahabat, kamu tidak pernah melalui mana-mana jalan hidupku.. hentikanlah kata nista mu.. aku bukan seperti yang kamu lihat kini.. yang tergambar melalui tingkah laku ku yang banyak ku selindungkan demi sebuah kehidupan yang ku nantikan.. mungkin saja kamu boleh mengatakan segalanya tentang ku.. siapakah kamu? hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya.. izinkan aku untuk terus menyembunyikan siapakah aku yang sebenarnya.. dan ku mohon, hentikanlah kata-katamu itu..

dikala hati ini menyatakan cinta, inginku katakan aku cintakan kamu sebagai sahabat..
dikala hati ini menyatakan rindu, ingin ku katakan aku rindu kepadamu sebagai yang setia..
dikala diri lemah tak bermaya, inginku katakan aku perlukan mu..
namun semuanya takkan ku lakukan selagi kamu terus menghukum ku dari kerna luaranku..
selagi belum kau cuba selami dasar di sebalik diri ini..

tidak ku minta kau menjauhi diri...
kerna kau masih ku sayangi..
tidak ku berniat untuk menyakiti hati..
kerna kau tetap ku perlukan disisi..

dalam tangis luka yang kau guris di hati ini, aku berjanji bahawa aku akan terus tersenyum menanti mu setiap hari.. ditaburi bibit kemanisan dalam ukhwah kita sesama muslimah.. yang tiada batasan untuk bersama berkasihan buat selamanya.. walau pertemuan ini hanya buat sementara, namun di hati ini, kau tetap menempah tempat yang teristimewa.. hingga ke akhirnya.. insya Allah wa amin..