assalamualaikum.. (^-^)
insya Allah, entry kali ini berkaitan dengan kemelut jiwa remaja.. (^-^) harap bermanfaat.. **enjoy reading!**
*************************
segalanya bermula di hari itu..
aku bangun seawal pagi, tiba-tiba hati terasa kosong.. mata dikalih mencari paparan jam di atas meja study.. bru pkul 4.00am? hurm.. awal lagi.. ** termenung sendiri **
hurff...
lantas, handphone di capai.. terus di-activate-kan BIS (BlackBerry Internet Service)
laju jari jemari menaip di atas screen leper nih.. satu demi satu ayat terbina.. tanpa disangka, linangan air mata mula membasahi bantal.. aduyai.. hati terasa kehilangan sesuatu.. lemas dengan rasa ini.. seperti ditarik deep into the ocean..
OK ! dah jumpa laman web yang dicari.. sebuah blog daripada penulis terkenal, Pn Fatimah Syarha. beliau sangat terkenal dengan blog, novel, malah buku-buku motivasi.. satu demi satu untaian tazkirahnya menjadi halwa mata ini..
sekali lagi..
air mata membasahi pipi..
sebagai remaja yang melalui proses pembesaran.. aku juga punya naluri ingin bercinta dan menyinta.. tak dinafikan tuntutan fitrahku juga meronta.. aku tahu itu hanya mengundang kemungkaranNya.. namun, hati ini terlalu degil dalam mengakui bahawa aku sedang berbuat dosa.. aku menghalalkan segalanya. semua kerna CINTA !
aku biarkan dia mengulit diri ini sehingga syahwat menguasai, sedangkan selama ini aku terlalu menjaga batas insani. aku biarkan dia mengawal hidupku, sedangkan selama ini aku sudah cukup arif dengan hala tuju ku. aku turuti segala kehendaknya sehingga meletakkan keluarga sebagai yang kedua, sedangkan selama ini aku tak pernah mengabaikan keluarga. namun kerna dia, aku lakukan segalanya.
siapa dia yang bernama hawa? pantas menggoda hingga aku terbuai lena.
siapa dia yang bernama hawa? sehingga agama mula ku lupa !
siapa dia yang bernama hawa? sehingga akhlak ku menjadi sebegini hina!!!
Ya !
aku buta kerna kecantikan yang kau tayangkan !
aku buta dengan haruman yang kau layangkan !
aku menurut sahaja kehendakmu yang bertunjangkan permainan syaitan !
****************
aku..
aku yang bernama muhammad aliff mula menjebakkan diri dengan dia, siti hawa hanya kerna nafsu yang menggila. kecantikan hawa buat aku merasa akulah lelaki yang paling bertuah dalam memilikinya. hawa juga tak kurang hebatnya dalam menggoda. hotel-hotel sekitar ibu kota menjadi saksi bisu lempiasan nafsu kami berdua. bukan sekali.. Ya Allah.. bukan sekali kami melakukan perkara itu. malah, kerap ! sangat kerap ! hingga tiada lagi rasa malu. yang ada hanya cinta palsu.
namun, semalam merupakan titik tolaknya. bilamana hawa mula menyatakan rasa bosannya terhadap ku. GILA KE? macam mana dia boleh bosan dengan aku sedangkan selama ini segala kehendaknya aku turuti. permintaannya aku cuba sedaya upaya untuk penuhi. rela aku hadap maggi tiap-tiap hari demi menampung bajet kami ke hotel lagi. dia tak nampak ke semua tu? semua godaan wanita lain aku ketepikan. namun semudah itu dia katakan bosan? PEREMPUAN GILA !
semalaman aku menangis. bukan kerna tidak merelakan pemergian hawa. namun kerna tiba-tiba hatiku menyeru nama Dia. Dia Tuhan yang Satu, Allah....
semak kepala ni memikirkan satu persatu dosa yang dilakukan.
lagi semak bila memikirkan hutang piutang yang aku tanggung semata-mata kerna hawa ( hutang dengan kawan-kawan kerna citarasa tinggi si hawa)
DAMN HAWA! DAMN!
******************
dalam keadaan kusut masai, aku melangkah longlai ke shower. sempat mata ini melirik pada jam dinding. oyeah. baru pukul 4.30 pagi. awal lagi.
lantas, tuala ditarik dan aku meloloskan diri kedalam shower room. segar. terasa segar dengan jatuhan air dingin yang menyapa diri. saat itu, satu persatu memori aku dan hawa bermain di mata. AH! tipu andai aku katakan hati ini tiada lagi cinta untuk si dia. 3 tahun kami bersama. sengalanya kami kongsikan berdua. namun kini? DAMN!
*******************
usai bersiram, laju langkah kaki ini menuju ke ruangan solat. sejadah ku hamparkan. solat tahajud ku dirikan. Ya Allah.. moga ketenangan membaluti hatiku.. solat taubat ku susuli.. berderai air mata ini tak tertahan.. melimpahi segala nya.. terlalu banyak dosa ku lakukan. terasa jijik dengan diri sendiri.. Ya Allah.. moga Kau ampunkan diri ini...
to be continue...
Monday, December 24, 2012
tersalah cinta..
Posted by Donna Damia at Monday, December 24, 2012 0 comments
Labels: cerpen berangkai, cerpen islamik, islamic cerpen
Saturday, November 24, 2012
sunan dan tuah..
bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum semua.. (^-^)
well actually, entry kali ni bukan berunsur ilmiah. namun hanya memenuhi kehendak untuk menulis setelah otak ni dipaksa-paksa mentelaah buku-buku pelajaran. sekarang kan saya sedang berjuang di medan perang yang bergelar final exam.. =')
just recently, ada sesuatu telah berlaku.. ingat lagi tak gambar ikan peliharaan saya yang comel tu? si sunan dan si tuah ! alaaa.. dalam entry sebelum ni.. ='). errr... sebenarnya, baru semalam, 23 november, selepas waktu zohor, ikan-ikan saya dah mati.. (T-T).. sebab, housemate saya tersalah tukar air ikan itu dengan air paip.. bukan salah housemate saya juga.. dia cuma berniat nak menolong.. and saya pun lupa nak pesan yang ikan-ikan tu cuma boleh hidup dalam air RO (reverse osmosis) atau air mineral.. perkara dah jadi.. so sekarang ni kena strong coz kehilangan dua (2) makhluk Allah yang sangat comel.. yang ada cuma kenangan mereka dengan kucing-kucing yang nakal ni.. hehe..
take a look... (^-^)
si nakal dan si nakal mengacau si comel dan si comel yang sedang relax.. haish.. |
Posted by Donna Damia at Saturday, November 24, 2012 0 comments
Labels: kucing dan ikan
Thursday, November 15, 2012
towards the end of 4th semester..
Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah, entry kali ni hanyalah sekadar mengisi masa dalam mencari mood study untuk next coming final exam..
buat pengetahuan semua, pada semester kali ini, saya tak lagi menjadi penghuni hostel di MICET but currently become penghuni Taman Jati, Taboh Naning.. fuh fuh.. mula-mula duduk luar setelah 3 sem berturut-turut menjadi penghuni tetap hostel, honestly, agak kelam kabut.. byk benda nak handle.. include, beli tilam, beli meja study, beli tikar, beli langsir ( sbb tingkap boleh nampak luar ), beli rak baju and beli macam-macam lah.. banyak duit habis.. termasuk lah beli motor.. ( yang sangat comel .. muehehe~~ )
tetapi...
duduk kat luar ni banyak cabarannya.. include, cabaran internet yang sangat laju.. (pakai TM Strimmix).. well.. setiap kali on laptop untuk study, automatically, ter-log in facebook, twitter, blog, youtube dan sebagainya.. fuh fuh.. itu sangat besar ujiannya.. haish.. di antara cabaran yang lain adalah, macam mana nak sampai on-time ke kelas, macam mana nak pergi kelas bila hujan, macam mana nak handle duit, dan macam-macam lagi.. muehehe~~
towards the end,
masa last minute, barulah terkejar-kejar nak siapkan assignment and all.. masa ni la baru nak cari bahan, masa ni lah baru nak buat calculation, masa ni lah baru nak pergi site-survey.. fuh fuh.. sangat mencabar.. but fun !! :D
ini ikan saya ! :D warna merah : sunan warna biru : tuah |
erk.. ini kucing saya .. (-__-") tak boleh biarkan dia satu bilik dengan ikan-ikan.. (-__-") |
this is my favourite corner ! with lots of lovesss! :D |
muehehe~~ ni la rupa paras study corner saya ! :D ( i know its too "serabut" but what else can i do? imma engineering student ! :D ) |
Posted by Donna Damia at Thursday, November 15, 2012 0 comments
Sunday, September 30, 2012
demi hati ini... dan demi iman ini..
Bismillahirrahmanirrahim...
"ateh.. jangan bawak motor lelaju lagi , ok? abah dengan ma tak nak dengar berita awak accident lagi lepas ni. jaga diri elok-elok.. belajar elok-elok.. abah tunggu awak balik raya haji nanti.."
dan pada ketika itu , diri ni dah menangis dah..
**whoaaa~!!! nak balik rumah ~!!**
pesan ma pula :
"ateh.. jaga diri elok-elok.. jangan makan lambat-lambat..kalau ada apa-apa, terus beritahu ma abah.. jangan diamkan je.. jangan rahsiakan lagi.. risau ma abah kat rumah tu.. "
dan pada ketika tu jugak, diri ni rasa bersalah sangat sebab merahsiakan tentang peristiwa yang terjadi pada tarikh 24 sept 2012 ( accident di simpang ke campus yang mengakibatkan diri ni terpaksa MC dalam tempoh yang agak lama ).. dalam hati : ma.. abah.. ateh bukan sengaja merahsiakan.. just tak nak ma abah risau.. :((
by the way..
bukan nak cerita tentang accident.. cuma nak cerita tentang hati ni.. =')
insya Allah, hati ni ( dan juga tuan empunya diri ) dah berazam untuk bangkit semula demi keluarga tercinta ! dan yang paling penting, untuk agama yang dipuja..
Maka Ya Allah..
permudahkanlah segalanya untuk ku..
demi agama Mu..
demi keluarga ku...
amin Ya Rabb..
wallahualam..
Posted by Donna Damia at Sunday, September 30, 2012 0 comments
Sunday, April 29, 2012
detak hati itu..
bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah..
tika kaki ini pincang dalam mengatur langkah, ku mohon hidayahMu agar dapat menuntun ku kembali ke jalanMu..
Ya Rabbul Izzati..
tika hati ini goyah dengan ujianMu, ku mohon agar Kau tabahkan dan kuatkan iman di dada ku agar ku tetap mengharapkan redhaMu..
Ya Rahman..
tika mata ini mengalirkan tangis kekecewaan, ku mohon agar Kau ingatkan diri ini tentang ujian yang di hadapi oleh para Nabi suatu ketika dahulu agar kembali sinar jihad dalam diri ku..
Ya Rahim..
tika diri ini diperkatakan buruk oleh teman di sekeliling, ku mohon agar Kau suburkan hati ini dengan kecintaan terhadap mereka agar diri ini tidak melatah dengan situasi itu walau hati ini membentak bengkak berdarah..
Ya Ilahi..
demi Mu, hidup dan matiku hanyalah untuk Mu..
hati dan jiwaku, ku hamparkan buat agama Mu..
cinta dan rinduku hanyalah buat Mu, RasulMu, dan agama Mu..
andai jauh ku terpesong, tariklah hati ini kembali dengan kebesaran Mu...
amin...
Posted by Donna Damia at Sunday, April 29, 2012 0 comments
Labels: puisi islamik, sesalan hati, tangis taubat
cinta ku buat "mu".... =')
bismillahirrahmanirrahim... =')
Posted by Donna Damia at Sunday, April 29, 2012 0 comments
Labels: cinta remaja, kekuatan dari ibu bapa, parenting, student lifestyle
Thursday, February 2, 2012
insan bernama kekasih..
tajuk yang catchy.. dan insya Allah input yang boleh di guna pakai buat semua kekasih yang di kasihi di luar sana..
kehadiran cinta itu tidak bersyarat pada lelaki terhadap wanita atau wanita terhadap lelaki sahaja.. tetapi cinta itu sangat luas cabangnya.. jangan sempitkan ia dengan cinta nafsu semata..
bagaimana hendak mengenalpasti cinta? insya Allah ada caranya..
-cinta itu tidak terlafaz sebelum akad yang menghalalkan segalanya..
-cinta itu tidak memaksa juga di paksa..
-cinta itu bukan semata kerna nafsu yang menggila..
-bukan juga terletak pada elok paras si teruna atau si dara..
-cinta itu bukan hanya buat mereka yang berlainan jantina..
-malah cinta itu untuk semua..
-yang paling utama adalah CINTA ILAHI TERHADAP HAMBANYA..
- CINTA RASUL TERHADAP UMATNYA..
-cinta ibubapa terhadap anak-anaknya..
-cinta di antara adik beradik, sanak-saudara, rakan-rakan, juga cinta yang menyeluruh terhadap segalanya..
cinta itu bukan subjektif.. cinta itu objektif..
kamu yang buat keputusan samada ingin dicintai atau mencintai..
cinta itu boleh dipupuk.. namun, terkadang ia hadir tanpa sedar..
selagi kita bergelar manusia yang berfitrah, selagi itu cinta akan terus mengetuk pintu hati itu..
terpulang kepada individu untuk mengelak atau menerima..
namun, cinta itu bisa hilang jika tidak di jaga..
aplikasi cinta yang mudah..
cinta itu umpama kereta kamu..
bukankah kereta itu perlu di gilap agar tidak berdebu?
dikala hujan menujah, bukankah wiper di gunakan untuk menepis air hujan yang mengaburkan pandangan?lantas menghilangkan fokus pemanduan?
dan seringkali kereta di hantar service untuk mendapatkan prestasi yang diinginkan..
begitu juga cinta..
cinta juga perlu dijaga.. di belai.. di gilap.. malah bila ada badai melanda, cinta itu perlukan perhatian penuh agar ia terus di hati.. kekal hingga ke kehidupan abadi.. =)
cinta yang suci adalah cinta antara dua manusia yang bertemu dan berpisah hanya kerna Allah swt.. bukan kerna alasan-alasan duniawi.. cinta itu adalah cinta pasangan suami isteri.. namun, cinta jenis ini semakin menghilang.. kenapa?
kerna....
-pasangan itu terlanjur mencintai pasangannya sebelum perkahwinan yang menghalalkannya..
-pasangan yang sudah kerapkali bertemu dan bermadu kasih bersama..
-pasangan yang berkahwin tanpa menelaah ilmu agama terlebih dahulu..
-pasangan yang kerapkali berhubung hanya kerna rinduu yang menujah..
-dan yang paling zalim adalah pasangan yang sudah hidup sebagai suami isteri sebelum masanya..
lihatlah bagaimana kita menghancurkan nilai cinta suci.. cinta yang tulus itu sangat susah untuk di cari pada masa kini.. kenapa tidak?
kerna......
-cinta yang tidak ternilai itu adalah di antara sepasang suami isteri yang saling mencintai hanya kerna Allah swt.. dan kasih mereka terhadap pasangan mereka tidak melebihi kasih mereka terhadap Allah dan Rasul.. =)
-cinta jenis ini biasanya dikecapi oleh mereka yang menikah kerna aturan ibu bapa/orang tua dan mereka ikhlas menerima baik buruk pasangannya.. bukan di cari sendiri atau bercinta sebelumnya lagi.. =)
-cinta yang tak pernah ketemu.. cinta yang tak pernah merindu.. cinta itu hanya hadir selepas lafaz sakinah terlafaz indah di bibir si suami.. =)
dalam Al-Quran telah menggariskan panduan demi panduan untuk di jadikan rujukan hidup.. menyentuh tentang hubungan cinta ini,dalam Al-Quran ada menggariskan tentang cinta yang adil, iaitu dalam surah An-Nur..
kamu inginkan pasangan yang baik?insya Allah, boleh.. itulah janjiNya.. seperti yang termaktub dalam surah tersebut, ayat 3..
"penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; penzina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina laki-laki, atau dengan laki-laki musryik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang mukmin"
namun, ayat ini disambung pula dengan ayat 5 dari surah yang sama..
"kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu ( dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. )
dirumuskan di sini, seperti yang di janjikanNya, insya Allah kita layak dapat yang terbaik jika kita juga adalah yang baik.. namun, jika kita tidak cukup baik, itu tidak mengapa.. insya Allah, taubat mampu merubah segalanya.. bukankah itu janji Dia Yang Maha Adil lagi Maha Mangetahui segalanya? =)
sekian.
wallahualam... =)
Posted by Donna Damia at Thursday, February 02, 2012 0 comments
Labels: cinta, cinta islamik, cinta remaja, islamic thought
Tuesday, January 17, 2012
istikharah cintaku..
apakah benar apa yang ku rasai?
sebutir cinta yang mula bertapak di hati?
atau ini hanyalah sebuah ujian daripada Ilahi?
menguji keimanan di hati ini..
juga menguji fitrah insani...
apakah benar cinta ini harus ku miliki?
atau harus ku jauhkan diri?
gusar andai cinta insani memakan diri..
gusar andai murkaNya menghukum diri..
tak sanggup ku mengumpul dosa-dosa zina yang harus ku jauhi..
apakah benar degupan jantung ini menagih kehadirannya disisi?
kenapa harus ku merindui insani yang jelas belum halal untuk diri ini?
ya Allah Ya Ilahi..
berat pula ujian Mu kali ini..
ku mohon Kau tabahkan hati ini dalam menjalani..
di keheningan malam ku bersendiri mengabdikan diri buat Kekasih Sejati..
tahajud ku hamparkan buat Nya yang ku rindui..
juga terselit istikharah demi memohon petunjuk Ilahi..
apakah harus ku menjauhi atau bertahan di sini?
desakan fitrah cinta terlalu merusuh di dalam hati..
dia yang bernama lelaki..
telah menggongcang dunia ku ini..
mendiami di satu sudut kecil dalam hati..
mencuri ruangan yang ku ikrarkan buat Kekasih Sejati..
betapa berdosanya ku rasai..
terlontar persoalan dalam diri..
kenapa harus dia muncul dalam mimpi-mimpi?
adakah itu ilham daripada Ilahi?
atau cuma mainan mimpi daripada syaitan yang menggoda tanpa henti?
ku mohon petunjukMu wahai Ya Rabbi..
apakah yang sedang ku jalani?
kenapa harus ku merindui?
apakah dia pemilik rusuk ku ini?
apakah aku di ciptakan untuk nya sebagai bidadari?
atau sekadar cebisan memori yang mematangkan diri?
istikharah cintaku ini buatnya bernama lelaki..
ku mohon petunjuk dariMu Ya Ilahi..
andai benar kami di takdirkan untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri..
maka, halalkan kerinduan ini dengan lafaz sakinah yang murni..
andai benar kami di takdirkan untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri..
maka, ku mohon, Kau bukakan pintu hatinya untuk menerima ketentuan ini..
Posted by Donna Damia at Tuesday, January 17, 2012 0 comments
Labels: cinta islamik, puisi islamik, puisi taubat
Wednesday, January 11, 2012
air mata ini hanya untukMu Ya Ilahi..
ya Ilahi,
diri ini terasa lemah tidak terdaya menanggung rasa yang menduga..
pedih menular dalam hati kecil ini..
dia mendustai cinta yang ku anggap suci..
dia mendustai janji-janji yang ditaburi..
menitik air mata tika ku cuba memahami..
apakah ini bermakna aku tidak tercipta dari tulang rusuknya yg selama ini ku kasihi?
Ya Ilahi..
ampunkan diri ini kerna menangis demi lelaki..
ampunkan diri ini kerna menagih cinta insani..
bantulah aku dalam penyerahan jiwa dan raga ku hanya buatMu, ya Rabbi..
bantulah aku untuk hidup hanya untuk Mu dan keluarga yang di cintai..
bukan buat insan bernama lelaki..
lebih-lebih lagi dia yang pernah menyakiti..
izinkan aku terus hidup bersendiri Ya Rabbul Izzati..
izinkan aku hidup hanya bertunjangkan matlamat mengejar keredhaan Mu yang di impi..
calonkan lah aku sebagai bidadari syurgawi..
Ya Allah , Ya Rahim..
sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengasihi..
hanya Engkau yang Maha Memahami isi hati ini..
redhailah perjalanan hidupku walau ku terpaksa sendiri..
redhailah perjalanan hidupku ini tanpa lelaki..
izinkan ku menolak tepi kehendak fitrahku sendiri..
pengorbanan ini tulus ku ikrarkan buat Mu Ya Ilahi..
tak ingin lagi ku terjatuh di sakiti..
biarkan aku terus berbakti kepada keluarga yang lebih menyayangi..
juga agama yang memerlukan diri ini..
Ya Ilahi..
disaat hati ini tergores dilukai oleh insani..
daku tersedar cinta Mu yang tak pernah melukai..
di saat hati ini di tusuk sembilu kasih lelaki..
daku tersedar bahawa selama ini daku leka mengulit mimpi..
izinkan daku untuk mencintaiMu setulus hati..
andai ku harus mati, biarkan cinta ini terus menemani..
izinkan rindu ini hanya buatMu dan Rasul Mu, Ya Rabbi..
izinkan cinta ini hanya buat agama , keluarga dan para saudari..
tak ingin lagi ku menangis kerna lelaki..
biarlah air mata ini hanya untukMu Ya Ilahi..
Posted by Donna Damia at Wednesday, January 11, 2012 0 comments
Labels: cinta Ilahi, puisi islamik, puisi taubat
Sunday, January 8, 2012
the curse by lee su ann , form 5 literature..
assalamualaikum... :)this is the novel yang digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 di malaysia.. :) tujuan sy upload di sini, just sebagai rujukan buat adik-adik yang masih bersekolah ( there's a request upon this ) semoga berguna buat kalian.. =)
Form 5 the curse
Posted by Donna Damia at Sunday, January 08, 2012 0 comments
Labels: form 5 literature