bismillahirrahmanirrahim... =')
setelah lama tak update blog ni, tiba-tiba hati terdetik untuk update pula.. insya Allah, yang mana baik, ambil lah utk dijadikan pedoman.. yang mana buruk, terlebih dahulu jari disusun memohon kemaafan.. =')
sebagai pelajar, semestinya kita akan terikat dengan tuntutan assignment, class, tutor, labs, test dan sebagainya.. namun sebagai anak pula bagaimana? adakah setelah bergelar pelajar, kita boleh ketepikan tanggungjawab kita sebagai anak?
ingin di kongsikan bersama..
khilaf saya sebagai anak.. terleka dengan dunia di kampus sehingga terlewat dalam menelefon ibunda di kampung..walaupun cuma 4 hari tidak mendengar khabar, itu sudah cukup meruntunkan perasaan ibunda tercinta.. hati ibu itu tidak dapat menahan rindu buat anak di perantauan.. Ya Allah.. berdosanya diri ini kerna membiarkan si dia yang tercinta derita merindui ku..
terkesan dengan kejadian itu, ingin saya kongsikan pula senario-senario perilaku remaja kita dewasa kini.. cuba kita ambil masa 5minit untuk muhasabah diri kita.. saya pasti, ramai di antara kita yang sedang bercinta.. indah nya dunia percintaan, kan? setiap yang berlaku dalam hidupnya, pasti kita tahu.. begitu juga dengan apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, pasti kita akan melaporkan kepadanya.. hatta hendak ke tandas juga , kita akan inform kepada si dia terlebih dahulu.. kerana apa? kerana khuatir dia memikirkan kemana hilangnya kita.. waktu makan , kita pasti akan mengingatkannya supaya jangan lupa makan.. Subhanallah.. "caring"nya kita.. =') nampak comel je.. kalau si dia demam, kita lah yang paling risau. selang seminit, pasti laju sahaja jari-jemari ini menaip mesej kata-kata risau untuk nya.. nampak tak situasi ini sangat comel? tapi, siapakah "si dia" itu ek? ibu bapa kita kah? adik beradik kita kah? atau saudara mara kita? siapakah "si dia" yang mendapat perhatian istimewa itu? suami atau isteri kita kah? =') tepuk dada, tanya lah iman.. pasti akan ketemu jawapannya..
setelah "si dia" kita jaga sampai sebegitu rupa, bagaimana pula ibu bapa kita? bukankah ibu bapa kita yang membesarkan kita sedari kecil hingga dewasa? semestinya ibu bapa kita lebih istimewa daripada si dia, kan? =') hari ini sudahkah kita mesej kata-kata rindu kepada kedua ibu bapa kita? sudahkah kita ingatkan mereka dengan waktu makan mereka? bagaimana pula kalau mereka demam? risaukah kita? =') tanyalah diri sendiri wahai pembaca.. kerna diri sendiri takkan menipu dalam memberi jawapan itu..
tanya juga pada diri kita.. adakah menjadi kewajipan kita untuk mengambil berat tentang "si dia" yang hanya kita kenali buat sementara.. lebih-lebih lagi, tiada ikatan yang sah pula.. andai itu yang dikatakan tanggungjawab kepada pasangan yang bercinta, adakah kita sudah benar-benar melaksanakannya? sedangkan tanggungjawab kepada ibu bapa pun terabai, ada hati pula kita hendak grab tanggungjawab yang lain.. risau yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran.. =')
mungkin ada sahaja yang bakal menjawab bahawa di hati, kita memang berniat untuk mengambil "si dia" sebagai yang halal dalam hidup kita nanti.. maka, tak salah kalau praktik kan semua itu sedari sekarang.. tetapi pembaca, saya tertanya-tanya, "bilakah NANTI itu ek?" hari esok kah? atau lusa? bukankah nanti itu hanya lah perkataan yang entah akan wujud atau tidak? kerna kita takkan tahu adakah kita masih akan hidup untuk minit yang seterusnya.. barangkali lagi 5 minit, ajal kita akan tiba.. maka, kenapa mesti membazirkan minit yang tersisa buat mereka yang belum ada apa-apa dengan kita? kenapa tidak kita habiskan masa yang ada buat agamaNya, dan keluarga tercinta? bukan kah itu lebih bermanfaat? ingatlah wahai pembaca... "cinta pertama itu adalah milikNya.. cinta kedua pula buat rasulNya.. cinta ketiga, semestinya buat ibu bapa yang membesarkan kita.. yang keempat, biarlah buat suami/isteri yang halal di sisiNya"...
sekadar berkongsi sahaja..
wallahualam..
sekian, assalamualaikum... =')
|
jasa ayahanda yang membesarkan takkan mungkin terbalas hingga ke syurga.. Ya Allah.. kasihilah bapaku melebihi kasihnya kepada ku sedari kecilku hingga dewasa.. kasihilah dirinya sebagaimana dikau mengasihi insan-insan terpilih di sisiMu.. amin.. |
|
adapun seorang ibunda takkan pernah memilih emas permata jika dibandingkan dengan kasih dan perhatian anak-anaknya.. Ya Allah.. jangan Kau dekatkan bonda ku dengan azab api neraka Mu melainkan dengan nikmat syurgaMu.. Ya Allah, kumpulkan kami kembali dalam penuh rahmatMu di syurga nanti.. amin Ya Rabb.. |
|
kasih bonda membuka pintu syurga.. bahagia hingga ke akhirnya.. namun, kasih "si dia" yang masih belum halal memungkinkan terbukanya pintu neraka buat kita.. nauzubillah.. mampukah kita menahan azab api nerakaNya? Ya Allah, jauhkan kami daripada golongan mereka yang ketepikan perintahMu.. jauhkan kami dari kemurkaanMu, Ya Allah.. |