BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 28, 2011

duhai bakal suamiku...



pernah ada yang bertanya, " kak long kamu hantaran RM 10,000.00 sahaja sebab dia cuma ada SPM.. kamu nanti dah bergelar engineer, kompem-kompem la lagi mahal hantarannya kan? "

ada juga yang bertanya, " siapa yang bakal menjadi suami mu? kompem-kompem la yang sekufu dengan kemahiran kamu kan? "

malahan, ada juga yang menyatakan, " permata adalah untuk permata... selayak nya bertahta di atas sebuah mahkota.. "

namun, ketahuilah duhai bakal suami ku..
cinta ku bukan untuk di ukur dengan nilai ringgit mu.. bukan juga dengan nilai emas permatamu.. yang aku perlukan cuma dirimu.. yang ikhlas mencintai aku walau siapa pun diriku...

aku tak pernah meletakkan harga di atas diriku untuk kau miliki sebagai penghias pelamin hidupmu...malahan tidak jua di pihak ibu bapa ku.. aku menyedari kekurangan diri.. tidak selayaknya aku bergandingan dengan mu sebagai permaisuri jiwa dan dunia mu..

tak perlu dikau menyuntingku dengan gunungan emas, kilauan permata, bukuan wang ringgit... namun cukuplah sekadar sepasang telekung solat dan sejadah.. yang bakal mengikat kita dengan lebih erat lagi.. bukan untuk keduniaan semata, namun yang utama adalah akhirat sana... bukan niat ku untuk menetapkan syaratnya sedangkan ku tahu mahar itu wajib namun berlandaskan kemampuanmu.. walaupun dikau mampu untuk menyediakan aku istana, aku tetap memilih teratak usang yang dibina bersama.. walaupun dikau mampu menyediakan aku puluhan dayang yang membantu, mohon ku padamu, izinkan aku berkhidmat kepadamu dengan tulang empat kerat ku..walaupun dikau mampu menyediakan aku sebuah kehidupan mewah, aku tetap memilih sederhana bersamamu.. maafkan aku andai aku menolak pemberianmu kelak.. yang ku mahu cuma sebuah cinta mu yang ikhlas mencintai ku kerana cinta Nya.. bukan kerana aku adalah aku yang kau puja..kerana aku pasti akan meninggalkan mu di dunia.. namun akan ku nantikan kau di 'sana'...

wahai kekasih...
penat sudah aku lalui kehidupan yang penuh dengan dugaan dan godaan ini... penat sudah aku jalani sebuah kehidupan yang berlandaskan kehendak fitrahku.. sudikah dikau memimpin tanganku, untuk ku berjalan seiringan dengan mu menuju ke jalanNya, sayang? gusar di hati mendesak daku meminta dikau menghadirkan diri sebagai yang halal buat ku.. adakah keterlaluan permintaan ku ini demi menghalalkan segala rasa di hati? tak tertahan rindu yang mendesah.. sayang yang terlimpah.. kasih yang tercurah.. dan impian yang menggugah..

Saturday, September 17, 2011

semangkuk sup and sebuku roti..

lagi- lagi tajuk makanan.. erk.. maaf la.. tu breakfast aku while updating this blog.. di depan tingkap bilik bersama-sama lappy.. well.. hari ni kan hari ahad.. so, ni la rutin aku di hujung minggu..

termenung sendiri bila memikirkan masa depan.. haish ! ada yang bertanya, jadi engineering student ni best tak?yeah.. sejujurnya best.. ade banyak lab.. tapi yang tak best nya bila kene buat lab report.. pening woi ! n lagi best lau korang ambik engineering kerana itu adalah minat and cita-cita korang.. seingat aku la, aku tak pernah list kan bidang engineering sebagai cita-cita aku.. so, termenung je la yang aku boleh buat sambil memikirkan jalan keluar bagi masalah ni..

kawan-kawan?
alhamdulillah.. dorang memang tip top.. best giler kot.. ye la.. aku da tua.. dorang pulak muda setahun.. so, aku dianggap kakak.. tu yang merapatkan kami..

lecturer?
erk.. no commentas.. so far, so nice la.. :p ( takot dibuang U jek lau kutuk-kutuk golongan ni.. )

cafe?
ha ! yang ni menimbulkan ke-confuse-san sket..kadang-kadang harga makanan kat cafe ni ok ok la.. tak mahal, tak murah.. tapi pada kadang-kadang yang lain, giler mahal woi ! dorang bagi harga makanan hotel 5 bintang mane tah.. yang jadik mangsa nya, purse aku ni ha.. terpakse menipiskan diri setelah satu demi satu not ringgit aku keluarkan.. hadoiyai... hampeh tol la..

bilik?
bilik untuk semester ni adalah yang terbaik kot.. di tingkat yang tertinggi.. di tepi toilet ( which is memudahkan aku bersiram dan memekak karaoke dalam tuh dengan bahagianya pada bila-bila masa yang aku nak ) and terletak di  tepi sekali ( which is ok jugak. sebab angin banyak woo.. tade la panas sangat ).. berbanding dengan bilik aku sebelum ni yang sangat panas.. alhamdulillah... cuma yang menyukarkan adalah pendakian anak-anak tangga tuh.. penat woi ! tinggi tuh !

kelas?
kelas aku cam biasa lah.. agak bersepah.. dan agak malang nasib ni bila jadual aku agak padat.. plus kelas jauh-jauh dan tinggi-tinggi.. bila aku ceritakan kepada mak aku, she simply said " bagus la tu. awak pon semakin gemuk. kurus sikit nanti. exercise. " erk... (=.=")  gemukkah aku? adoiyai.. mekasih ma di atas pujian itu.. sangat membantu ...

outing?
erk.. yang ni menjadi perbualan utama sebenarnya.. semester ni aku agak banyak outing.. lebih-lebih lagi dengan tahap stress yang semakin menjadi-jadi.. keluar untuk release stress... rempit? tu sudah menjadi sebahagian daripada jadual aku.. motor adik angkat aku tu jugak menjadi mangsa.. sasaran aku samada tampin atau alor gajah.. tu jek.. nanti insya Allah aku akan kembangkan lagi jajahan takluk tu ke negeri-negeri atau daerah-daerah lain.. yeah !

assignment?
erk.. jangan tanya bab ni.. terlalu banyak kot.. sampai masa untuk tidur terpaksa di kurangkan.. ( tapi lau da tido, kompem tak bangun-bangun.. ) ni mata ni da sama jenis macam mata panda.. bengkak and lebam.. hadoiyai.. kurang nilai hantaran kahwin aku lau keadaan ni berterusan.. ( tu pun kalau ada yang berkenan ). bab ni selalu buat aku mengeluh sendiri.. betapa aku ingin melarikan diri daripada rutin ni.. Ya Allah.. tunjukkan lah daku jalan Mu.. amin..

stok makanan?
yang ni aku selalu update ! 2 minggu sekali aku akan keluar update stok-stok makanan aku.. pilihan utama, kompem-kompem la maggi, instant soup, butterscotch, loaf bread, oat krunch, gula and sometimes bliss.. sebenarnya ada lagi.. lau di list kan, berjela kot.. kalau camtu, lebih baik aku snap jek gambar receipt tu and upload dalam ni.. kan?

hurff...
ni la bende yang aku duk menungkan pepagi ni.. bersendiri menikmati semangkuk sup dan sebuku roti.. roomate aku semua duk terbungkang lagi... terus memikirkan benda-benda yang sama.. rotation and circle of life.. penat? tak.... aku tak penat.. selagi aku tak capai apa yang aku kejar, aku takkan penat.. malah, itu yang terus inspire diri ni untuk terus melangkah..

kenapa mesti aku ceritakan semua ni? entah la.. aku sendiri takde sebab yang pasti kecuali merepek di pagi hari... :p chill fellas.. hepi - hepi all day ! but jangan lupe assignment and test yang menanti ! :)

diari luka wanita itu...

dalam kelelahan,
dia menghembuskan nafas-nafas rindu..
selajur ingatan menggamit memori-memori indah yang pernah tercipta diantara dua jiwa..
 bersama 'si dia' yang satu..
dalam kegelapan mata yang terpejam,
dia di hanyutkan mimpi-mimpi kekasih..
tewas dengan kasih yang di tagih.. tersentak dia terjaga..
 menitis air mata tak semena..
rindu yang terpendam tak tertahan jua..
hanya kepada Nya dia meluahkan..
esak tangis memohon kekuatan..
izinkan dia melupuskannya dari ingatan..
namun luka di hati akan terus tersimpan..
bersama lautan kasih yang tiada bersempadan...

kerinduan ini..

kepedihan itu terasa menjalar dihati..
meniti masa-masaku dengan penuh onak duri..
sakit itu meresap ke seluruh jiwa ini..
merindui dirimu hingga ke mimpi-mimpi..

pernahkah sayang, kau ketahui siapa dirimu?
kepada diriku yang terus merindu?
mungkin sahaja kau buat tak tahu..
namun di sini aku terus menunggu...

hilangnya dirimu disaat cinta membugar..
rindu yang memekar..
indah mimpi telakar...
namun semuanya semakin memudar...

disini aku tertunduk sendiri..
terus menerus merindui dirimu lagi..
kau berlalu dan terus pergi..
lupakah tanpa dirimu aku tak mampu berdiri?

kau menghulurkan salam bertanya khabar..
namun kusambut nya dengan hambar...
walaupun sebenarnya di hati, gembiranya tak tergambar..
kerna luka itu ibarat selumbar...

ku lalui hari ku dengan penuh kepura-puraan..
gelak tawa berulam senyuman..
tiap saat ku nantikan kehadiran..
dirimu kasih dengan bisikan..




semangkuk maggi and secawan nescafe...



tajuk yang menyelerakan.. ( bagi seorang student yang malas pergi cafe la kan? bagi mereka yang loaded dengan makanan, ape la sangat maggi ni.. right? ) haha.. jam menunjukkan pukul 6.45 ptg.. aku baru bangun tidur.. kepenatan semalaman jelajah seluruh KL and Selangor.. untuk apa? semata-mata untuk menghantar kawan aku alias adik angkat.. 

perjalanan dari melaka ke KL terasa singkat sebab ade nye highway.. oh menteri jalanraya.. mekasih buat highway untuk saya ! wee... :)
namun, yang menjadi halwa mata bertukar menjadi satu kesakitan bila aku mula melalui jalan-jalan yang tak pernah tenggelam dek malam.. contoh, jalan ampang, jalan bukit bintang, jalan tun abdul razak dan sebagainya.. muda mudi selamba melakukan aksi-aksi holywood ( kissing and hugging ) di tepi-tepi jalan.. wow.. sangat advance.. cayya la malaysia ! jimat duit aku.. tak perlu aku pergi ke mana-mana negara barat demi menyaksikan aksi-aksi dan drama-drama romeo juliet tuh.. ( but honestly ini adalah satu kata-kata perli okek? )

mata bengkak, hati bernanah??
yes ! sangat menyakitkan bila muda mudi itu ada juga dari kalangan orang melayu.. korang nak cakap aku conservative ? orthodox? paranoid? terpulang la.. sikit pon tak kesah.. yang aku kesahkan, masa depan anak cucu aku nanti.. kalau di zaman aku pon perkara itu sudah menjadi perkara biasa, apalagi di zaman mereka nanti.. risau bila memikirkan nya.. nauzubillah.. semoga tika itu anak cucu aku dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tidak..

yang menarik pandangan aku, ada sebuah bar and club di sekitar jalan bukit bintang yang menggantungkan bendera Malaysia ; Jalur Gemilang.. namun di dalam nya muda mudi bertindak dan behave macam kurang bertamadun.. maaf andai ada yang terasa.. and maaf jugak kalau post kali ini agak terjerumus ke arah satu pertuduhan yang conservative.. but ask yourself please, bertamadun kah anda jika anda berkelakuan seperti kaum-kaum jahiliah dahulu kala? arak menjadi minuman, sex menjadi permainan, maruah di lambung-lambung melangit namun ketanah jua tempat jatuhnya.. ini ke di katakan pemodenan? moden sangat ke sampai maruah anak bangsa tergadai dengan hiburan yang berlebihan? Astaghfirullah.. pedih hati dan perasaan ni memikirkan segalanya..

jam menunjukkan pukul 1.45 pagi, 17th September 2011.. masih lagi di sekitar Bukit Bintang.. tersergam indah bangunan shopping complex Pavillion.. itu bisa sahaja di jadikan kebanggaan.. barangan berjenama dan mahal memang terkumpul di situ.. bayangkan kalau satu bangunan terbakar or di letupkan.. agak-agaknya, siapa yang merana? haha.. jawab sendiri okek? leave it as a rhetorical question.. :p
tika ini aku dan sahabat aku, merangkap classmate aku memerhatikan suasana sekitar.. 80% manusia yang kami perhatikan malam ini adalah foreigner.. wow.. terasa seperti bersiar siar di Victoria Park pulak.. dan di sini yang menyedihkan makhluk-makhluk foreigner ni bawak adat mereka yang kurang enak dipandang pulak.. ade ke patut mereka duduk bercinta melebih-lebih sehingga tahap 18sx di tepi-tepi jalan.. pakaian? erk.. tayah cakap la..sepanjang perjalanan kami, aku and ana jek yang bertudung.. yang lain? erk.. paham- paham je la.. adoiyai.. adakah aku terlalu kekampungan? or adakah aku terlalu berlagak islamic sehingga aku merasakan bahawa aku tidak dapat menerima keadaan ini? conservative sangat kah aku? erk.. mungkin sahaja penduduk KL sudah terbiasa dengan gaya hidup tersebut, namun bagi aku, aku prefer sederhana la oit..


pesanan aku?

 woi woi ! consider la siket ! hang pa duk KL woi! center of MALAYSIA !! hang pa buat perangai buruk, SELURUH MALAYSIA dapat nama woi! ni negeri-negeri yang masih belum kronik lagi sosiologi nya cam mane pulak? PIKIR LA WOI ! orang luar akan sampai ke KL dahulu sebelum pergi negeri-negeri lain.. dan semestinya mereka akan tengok perangai hang pa.. apa hang pa nak mereka pikir yang MALAYSIA ni cuma sebuah negara ISLAM yang bertopeng sahaja? konon-konon islam tp penduduk nya lebih barat daripada barat sendiri? Astaghfirullahalazim.. tolong lah fikirkan nya semula.. memang la nampak mustahil untuk mengubah suasana tu.. ye.. memang sangat susah kalau tak ada yang cuba untuk mengubahnya.. bukan nya bermaksud korang kene pergi dewan parliment, discuss ramai-ramai then pergi pulak kepada Majlis Raja-Raja , pastu kene dapatkan pulak persetujuan Yang DiPertua untuk mengharamkan pusat hiburan but, korang kene betulkan hati sendiri jek.. kalau semua dah betul kan hati sendiri, semua akan kembali ke jalan yang sebenar,, right? everything start from the first step.. mana ada bende yang tiba-tiba membesar tanpa ada yang mula.. even kamu - kamu- dan kamu yang baca blog ni pon tercipta daripada satu sel sahaja.. then combined and fertilized dengan ovum.. mana ada korang tetiba jadi korang yang umur 20 30 40 tahun tanpa starting kan? adoiyai...

kerisauan ni bukan lah terluah kerana ingin kan sebuah publicity yang menunjukkan bahawa aku jenis yang islamic or what-so-ever but honestly kerana aku masih mempunyai rasa sayang kepada insan bernama saudara seagama..complicated? susah nak faham? simply said, i do care about others because i love them as human called muslim.. anak-anak bangsa yang melambangkan keadaan negara.. buruk akhlak nya, buruk jugak la imej nya.. hurff...

pulangnya aku ke MICET tepat pukul 7.46 pagi... bertolak drp pandan jaya ke alor gajah.. subuh? nak tau aku subuh kat mana? tika itu jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pg.. aku, huda dan ana je yang tinggal dalam kereta setelah menghantar labai.. time nak balik tu, kami sekali lagi tersesat.. sesat kali ni membawa kami ke surau.. bijak tak? haha.. kat surau tuh, da pukul 7 pagi kot.. hampeh tol..pada masa yang sama, surau tu sedang menjalankan aktiviti hujung minggu mereka.. iaitu KULIAH SUBUH ! tirai muslimah di buka yang membenarkan para muslimin memandang telus ke arah tempat muslimah.. aku dengan ana plak baru masuk surau tu. kami yang paling muda di situ. semua mata memandang kami. agak malu la jugak. lebih-lebih lagi mata penceramah pon memandang kami. aku and ana just ambik telekung dan terus menuju ke luar surau. solat di luar sahaja. terpaksa. sebab takot mengganggu kuliah tu. and erk..................... ade sorang makcik tu tegur kami.. " lewat subuh ye? " adoiyai... anne anne.. terkena pulak kau...... :p




Friday, September 16, 2011

pemergian itu..

hilang tak semestinya berganti.. dan patah tak semestinya tumbuh yang baru.. lebih-lebih lagi hilangnya barang kesayangan.. fuh ! menyirap kot.. sedih, kecewa, kesal n everything combined jadik satu.. kalau tak dibendung, boleh pecah hati ni menanggung semua rasa dalam satu masa..






kehilangan itu mengajar satu erti kesabaran..

sabar ke? kompem la kene bersabar kan.. da nama pon hilang, bukan boleh nak carik ganti lagi.. kalau ade peganti pon, same ke? NOPE!! second, third or even 100th pon, takkan sama dengan yang FIRST... sebab tu la ramai jek yang sasau kalau kehilangan barang pertama yang di sayanginya..

kenapa aku come out dengan tajuk ni?

simple ! sebab aku pon baru jek kehilangan sesuatu yang berharga.. apa bende tu? hurm.. simply said, macam kompas la.. :)) penunjuk arah... :p yang ada iras dengan gula-gula kapas.. lembut tak membebani, juga manis kekal sehingga akhir.. kenkadang bende tu macam machine.. machine yang memudahkan segala kerja aku.. dan kadang-kadang, macam sehelai kertas kosong.. yang aku boleh corakkan apa sahaja yang aku nak..or even a recorder.. yang record everything pasal aku... most of the time, bende tu sebijik macam hamster or anak kucing yang comel gler.. manja sangat.. mintak dibelai.. dan selalu jek buat aku tergelak dengan keletah nya...




tiada manusia yang boleh mengelakkan kehilangan.. biar pon di cuba pelbagai cara untuk mengelakkan nya, namun ianya tetap juga akan menghampiri dan merenggut segala rasa dalam sekelip mata.. apa yang boleh kita lakukan di kala itu? smile ! n chill ! ( even its just a pretending ).. n im good at it..pretending that im ok even that time this tears were rolling non-stop going down on my cheeks.. lol.. a good pretender always know how to change her mood within a blink.. n selalu jek si pretender bagus macam aku ni buat orang lain confuse.. am i ok or not? is it the truth or a lie? see? :p






hati , jiwa , dan perasaan.. tiga ( 3 ) benda yang selalu berkait rapat dengan emosi.. namun ada lagi satu yang paling utama.. Pencipta Yang Esa.. Dia yang menentukan perjalanan setiap hambaNya.. dan sudah termaktub bahawa setiap yang bernama manusia itu akan terus di uji hingga ke akhirnya.. dan selagi aku bergelar hambaNya, akan terus patuh menjalani hidup ini walau seringkali kaki ku melencong ke persimpangan yang lain.. tewas dalam kebanyakan ujianNya.. jatuh dalam dugaanNya.. fuh ! hopefully im strong enough dalam ujianNya kali ini.. even hancur tak tercantum lagi hati ni..



pemergian dan kehilangan itu sebenarnya sudah di jangka kan.. namun tak pula sangka ianya akan terjadi secepat ini.. aku pula tak sempat untuk get prepared.. salah aku jugak kan coz tak buat early preparation.. hurmm.. just dont know what to say except " insya Allah ni adalah ujian yang terbaik buatku "

Saturday, September 3, 2011

sah ! aku milikmu kini..


setelah tangan itu kau sambut... setelah kata-kata keramat itu kau ucapkan.. maka sah lah daku menjadi milikmu.. namun, ingin ku katakan kepada mu tentang beberapa perkara yang harus kau tahu.. sebelum aku menjalankan tanggungjawabku sebagai yang halal untuk mu yang bergelar suami...

wahai suami,
andai aku berbuat salah, janganlah kau menaikkan tanganmu sebelum kau mengatakan salah ku.. izinkan aku ketahui di manakah salah ku agar takkan ku ulang lagi..

wahai suami,
andai aku berkata-kata yang menyakitkan,janganlah dikau pergi menyisihkan diri mu daripadaku.. barangkali aku tidak sengaja.. ku mohon agar kau teguri silapku.. agar dapat ku rayu keampunan darimu..

wahai suami,
andai aku mengabaikan tanggungjawabku, kejutkan lah aku dari lenaku.. jangan kau biarkan aku terus hanyut dalam duniaku tanpa kesedaran itu.. izinkan aku berbakti kepadamu selayaknya bakti Siti Khadijah kepada Penghulu Ummah ya Rasulullah s.a.w..walaupun sang suami di kutuk , di caci, namun sebagai isteri, dia terus setia di sisi..

wahai suami,
andaiku melambat-lambatkan tugasku dengan alasan kepenatan seharian, kau bacakan lah daku kisah mengenai beratnya tugas puteri Rasulullah yang tercinta , Fatimah Az-Zahra.. walau badannya kurus dan tak berdaya namun tak pernah sekali dia merungut membentak.. Jadilah dikau seperti Saidina Ali yang senantiasa berada di sisi dan menghulurkan kata-kata semangat menguatkan diri..

wahai suami,
andai aku mulai memandang kepada yang lain selainmu, ingatilah daku tentang cerita mengenai Na'ilah binti al-Farafishah.. yang mana setianya kepada Saidina Othman melebihi segalanya.. sehingga sanggup dia mematahkan semua giginya lantas kelihatan teramat hodoh.. lantaran itu dia berkata " aku bersumpah tidak akan ada lelaki lain yang dapat menjamah ku di tempat yang pernah di jamah oleh Othman.." walaupun tika itu, Othman bukan lagi di sisi.. demi menyahut panggilan Ilahi.. wahai suami, izinkan aku juga setia kepadamu seperti seorang srikandi..

wahai suami,
andai semangat ku mulai luntur, basahi lah hati ini dengan kisah-kisah para srikandi Islam dalam menghadapi dugaan dari Ilahi.. dendangkan lah daku syair Al-Khansaa yang merelakan semua puteranya syahid walaupun harus hidup bersendiri.. atau Zinnirah yang merelakan mata nya di tusuk sehingga hilangnya indah dunia kerana agama demi sebuah cinta Hakiki.. hatta Sumayyah yang tegas dalam menegakkan agama mulia ini.. wahai suami.. naikkan lah semangat ini dengan sirah-sirah teragung demi sebuah cinta kita yang mengharapkan redha Ilahi..

wahai suami,
andai ada masanya kita di uji. lantas, izinkan lah aku mencontohi tingkah Rumaisa.. dalam kesedihan kehilangan seorang putera, masih lagi mampu beliau menguntumkan senyum kepada si suami.. sesudah laksana nya tanggungjawab seorang isteri, di katakan olehnya " barang " yang di pinjam kan sudah dipulangkan kembali.. ketahuilan si suami, anak nya kini bersama Ilahi..

wahai suami,
andainya aku pergi dahulu sebelum mu, aku ingin kau tahu bahawa sepanjang kisah kasih di antara kita berlangsung, aku senantiasa mendoakan agar kita bersatu di dunia dan akirat kelak.. semoga aku dapat mengikuti jejak Ainul Mardhiah yang menantikan kekasihnya tanpa jemu di syurga sana.. yang menjadi rebutan jutaan mujahadah.. demi sebuah kebahagiaan hakiki bersama sang bidadari..

wahai suami..
hanya satu kupinta darimu..
walaupun diri ku kau dua kan..
walaupun diri ku di gantikan..
aku mohon kepadamu agar kau sentiasa meredhai jejak kasih ini..
hingga akhir nanti..


Thursday, September 1, 2011

kisah kau , aku juga dia..



jauh sudah aku melangkah..
pergi meninggalkan sebuah kisah yang mungkin dulu amat bermakna..
dimana kita bersama menganyam cita dan cinta..
di bawah sepohon rendang yang terukir nama kita bertiga..

kau katakan dunia itu bukan milikmu..
ingin kau kejar sebuah restu..
maafkan aku tika itu aku tidak tahu..
apakah maksud sebenar dirimu..

dia katakan cinta itu yang di cari..
pada siapakah dikau menagih janji?
aku terdiam sendiri..
adakah kau sudah punyai peganti?

aku tertunduk membisu terkaku..
merangka apakah yang aku mahu..
aku mengira masa dengan jemariku..
adakah masih jauh perjalanan ku?

di situ...
kau meluahkan tentang perjuanganmu mencari restu Ilahi..
menyelongkar dunia pun engkau sanggup demi keredhaan hakiki...
kini aku baru mengerti..
bila melihat raut wajah mu yang berseri...

disitu jua ..
dia menyatakan tentang cinta sejati..
terdetik hati adakah aku bakal diganti?
sedangkan aku lah sahabat mu yang selalu setia di sisi..
rupanya dia mengejar cinta Ya Rabbul Izzati..
terdiam aku lagi sekali..
betapa hebatnya cinta si Dia terhadap sahabat ku ini..

aku masih lagi terpaku mengira detik yang berlalu..
jalan manakah yang harus ku tuju?
apakah ada penduan untuk ku?
demi mengikuti jejak langkah mu?

di situ..
kau dan dia menguntum senyum padaku..
kuntuman harapan membugar terasa di kalbu..
kau dan dia menghulurkan tangan memimpin ku..
bersama beriringan ke jalan yang satu..

tersedar aku di kala terjatuh sendiri..
kini kau dan dia bukan lagi di sisi..
meninggal kan aku untuk berdikari..
betapa inginku katakan yang aku perlukan kalian sekali lagi..