BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 3, 2011

sah ! aku milikmu kini..


setelah tangan itu kau sambut... setelah kata-kata keramat itu kau ucapkan.. maka sah lah daku menjadi milikmu.. namun, ingin ku katakan kepada mu tentang beberapa perkara yang harus kau tahu.. sebelum aku menjalankan tanggungjawabku sebagai yang halal untuk mu yang bergelar suami...

wahai suami,
andai aku berbuat salah, janganlah kau menaikkan tanganmu sebelum kau mengatakan salah ku.. izinkan aku ketahui di manakah salah ku agar takkan ku ulang lagi..

wahai suami,
andai aku berkata-kata yang menyakitkan,janganlah dikau pergi menyisihkan diri mu daripadaku.. barangkali aku tidak sengaja.. ku mohon agar kau teguri silapku.. agar dapat ku rayu keampunan darimu..

wahai suami,
andai aku mengabaikan tanggungjawabku, kejutkan lah aku dari lenaku.. jangan kau biarkan aku terus hanyut dalam duniaku tanpa kesedaran itu.. izinkan aku berbakti kepadamu selayaknya bakti Siti Khadijah kepada Penghulu Ummah ya Rasulullah s.a.w..walaupun sang suami di kutuk , di caci, namun sebagai isteri, dia terus setia di sisi..

wahai suami,
andaiku melambat-lambatkan tugasku dengan alasan kepenatan seharian, kau bacakan lah daku kisah mengenai beratnya tugas puteri Rasulullah yang tercinta , Fatimah Az-Zahra.. walau badannya kurus dan tak berdaya namun tak pernah sekali dia merungut membentak.. Jadilah dikau seperti Saidina Ali yang senantiasa berada di sisi dan menghulurkan kata-kata semangat menguatkan diri..

wahai suami,
andai aku mulai memandang kepada yang lain selainmu, ingatilah daku tentang cerita mengenai Na'ilah binti al-Farafishah.. yang mana setianya kepada Saidina Othman melebihi segalanya.. sehingga sanggup dia mematahkan semua giginya lantas kelihatan teramat hodoh.. lantaran itu dia berkata " aku bersumpah tidak akan ada lelaki lain yang dapat menjamah ku di tempat yang pernah di jamah oleh Othman.." walaupun tika itu, Othman bukan lagi di sisi.. demi menyahut panggilan Ilahi.. wahai suami, izinkan aku juga setia kepadamu seperti seorang srikandi..

wahai suami,
andai semangat ku mulai luntur, basahi lah hati ini dengan kisah-kisah para srikandi Islam dalam menghadapi dugaan dari Ilahi.. dendangkan lah daku syair Al-Khansaa yang merelakan semua puteranya syahid walaupun harus hidup bersendiri.. atau Zinnirah yang merelakan mata nya di tusuk sehingga hilangnya indah dunia kerana agama demi sebuah cinta Hakiki.. hatta Sumayyah yang tegas dalam menegakkan agama mulia ini.. wahai suami.. naikkan lah semangat ini dengan sirah-sirah teragung demi sebuah cinta kita yang mengharapkan redha Ilahi..

wahai suami,
andai ada masanya kita di uji. lantas, izinkan lah aku mencontohi tingkah Rumaisa.. dalam kesedihan kehilangan seorang putera, masih lagi mampu beliau menguntumkan senyum kepada si suami.. sesudah laksana nya tanggungjawab seorang isteri, di katakan olehnya " barang " yang di pinjam kan sudah dipulangkan kembali.. ketahuilan si suami, anak nya kini bersama Ilahi..

wahai suami,
andainya aku pergi dahulu sebelum mu, aku ingin kau tahu bahawa sepanjang kisah kasih di antara kita berlangsung, aku senantiasa mendoakan agar kita bersatu di dunia dan akirat kelak.. semoga aku dapat mengikuti jejak Ainul Mardhiah yang menantikan kekasihnya tanpa jemu di syurga sana.. yang menjadi rebutan jutaan mujahadah.. demi sebuah kebahagiaan hakiki bersama sang bidadari..

wahai suami..
hanya satu kupinta darimu..
walaupun diri ku kau dua kan..
walaupun diri ku di gantikan..
aku mohon kepadamu agar kau sentiasa meredhai jejak kasih ini..
hingga akhir nanti..


0 comments: