di suatu hari yang tenang.. bersama angin yang menghembus lembut dan desiran dedaun yang bergeser sesama sendiri.. di situ, adanya seorang gadis bertudung duduk menyendiri.. berteleku melayan hatinya yang resah mencari jawapan apa yang yang sedang terjadi.. pergolakan hebat yang memerlukan satu jawapan yang pasti..
hati : wahai tuan, terima sahaja cinta lelaki itu. dia nampaknya kaya dan berpengaruh. bukankah itu tiket kesenangan hidup di dunia ini?
akal : jangan tuan ! itu bukan yang kau kejar. bukan kah dikau mencari keredhaan Nya? bukan dia yang patut menjadi pilihan mu.. jangan kau menggadaikan kehidupan di sana nanti demi kesenangan yang sementara ini.
hati : tapi bukankah dia bersumpah bahawa dia mencintaimu, wahai tuan?
gadis : namun aku memerlukan suami.. bukan nya lelaki yang mencintai..
hati : dan dia bakal menjadi suami mu suatu hari nanti jika kau menerimanya kini. kalian hanya bercinta. bukan kah itu perkara biasa pada zaman ini?
akal : jangan kau ikut hati mu, wahai tuan ! cinta itu terlarang tanpa ikatan yang sah. mahukah dikau mencampakkan diri mu kedalam lembah zina yang hina?
gadis : zina? apakah maksud mu akal?
akal : zina itu ada banyak cabangnya, wahai tuan.. zina hati yang merindu.. zina mata yang memandang.. zina anggota yang menyentuh.. kaki yang melangkah.. mulut yang mengucapkan kata.. dan telinga yang mendengar.. bukan kah telah dinyatakan seperti yang Allah tegaskan dalam Q>S17:32 " Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"
gadis : hurm.. terima kasih di atas peringatan itu wahai akal. hampir saja aku terlupa.
hati : wahai tuan. mahukah kamu menjadi wanita yang kelihatan tidak laku dan ketinggalan zaman? dikau cantik. menarik. punya susuk badan yang cantik. senyum mu menggetarkan hati lelaki. suara mu meruntuhkan tembok keimanan mereka. bukan kah itu satu kelebihan untuk kau menjadi yang terhebat dalam kalangan mu?
akal : namun, bukankah itu semua untuk suami mu tuan? jangan kau ikutkan hati muda mu.. jangan kau dedahkan apa yang sepatutnya tersimpan.. jangan kau kejar gelaran duniawi.. kelak, kau sendiri yang bakal hancur nanti.. itukah yang kau cari , wahai tuan?
gadis : namun, aku masih muda, akal.. aku juga teringin di kasihi dan mengasihi.. ingin ku rasa di pujuk oleh lelaki..
akal : maka, mohon lah kepada bapa mu untuk mengahwin kan dirimu dengan seorang lelaki yang selayaknya..
gadis : mustahil bapaku akan mengahwinkan diriku. dia menginginkan aku belajar hingga ke peringkat master. bukahkah perjalanan itu masih jauh lagi?
akal : namun itu adalah tanggungjawabnya sebagai bapa. terangkanlah kepadanya tentang risiko jika terus membiarkan diri mu begini. mahukah dia melihat mu hanyut dalam desakan hati remaja mu?
hati : bukan aku yang bersalah. namun ini adalah desakan dunia. bukankah manusia sememangnya di lahirkan berpasangan? dan manusia itu memiliki fitrah yang senantiasa menginginkan belaian kaum yang berlainan. bagai adam menginginkan hawa.
gadis : aku juga begitu , duhai hati dan akal.. aku hanya lah manusia lemah yang terkadang tersungkur dalam langkah harianku..
akal : jangan kau putus asa, wahai tuan yang sangat ku kasihi.. tak sanggup aku melihat mu di baham neraka nanti.. bersabarlah dikau dalam meniti hari. bukankah sabar itu separuh daripada iman..? kembali lah dikau kepada bapa mu.. mohon lah agar dia mengahwinkan mu sebelum dikau menghampiri zina.. mohonlah agar dia mengerti.. beristikarahlah dikau wahai tuan.. agar ini adalah pilihan terbaikmu.. mohonlah segalanya kepadaNya.. luahkah segala yang terpendam itu kepadaNya.. moga Dia senantiasa memberkatimu , wahai tuan.. moga kasih dan cintaNya kepada mu mampu menguburkan keinginan mu itu barang seketika..
gadis dan hati : ............... ( tertunduk mengakui cinta yang mereka lupa.. cinta yang di ingatkan oleh akal namun seringakali dilupai oleh hati remaja dan insani.. CINTA ILAHI.. )
wallahualam...
Pasca Sinergi II: Adakah Kita Masih Berkasih Sayang?
11 years ago
0 comments:
Post a Comment