BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 20, 2013

cinta lagi?

uit uit saudara..
kenapa menangis kerana cinta?
terlalu mahal kah harga nya?
terlalu besar kah makna nya?
yang mana satu menjadi utama?
cinta si manusia?
atau cinta sang Pencipta?

uit uit saudara..
hentikan rasa kecewa semata..
kembali lah dikau menikmati dunia..
cintanya bukan segala..
andai perpisahan yang dijanjikan nya..

siapakah dia yang kau cinta?
adakah dia yang menjanji kan syurga atau neraka?
atau dia yang mencipta rasa?
adakah dia yang menitipkan ilmu sejuta rasa?
atau dia yang menjagamu sedari kecil hingga dewasa?

bukan mengata..
bukan juga mendabik dada..
cuma cuba betulkan diri jua..
hilangnya maruah bukan seketika..
dan buat sang wanita..
keperawanan mu hilang tiada ganti nya..
anak dibuang tanpa rasa berdosa..
tidak terhitung hibanya terperuk di jiwa..

uit uit saudara..
aku jua meniti rasa.. menjeruk jiwa..
hilangnya cinta, bagai terhenti dunia...
pelik rasanya bila ketawa..
luka dihati, dipendam jua..

namun ingin ku titipkan petua..
ingat lah bahawa,dia bukan segala..
andai mudah dia kata kan cinta..
maka mudah pula dia mencela..
cinta bukan dari ilhamnya..
hanya dipinjam sementara,,
ada satu cinta yang tidak bersisa..
menjanjikan bahagia untuk selamanya..
andai tersalah, tidak mengapa..
cukuplah kita menemui jalan nasuha..
itulah dia...
Cinta Yang Esa..

0 comments: