BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 8, 2011

cinta cyber ?

hurmm.. ramai anak remaja kini yang terjebak dengan cinta cyber.. namun, adakah cinta cyber itu cinta sejati? kekal kah? boleh di percayai kah? kadang-kadang hati ini terfikir, jika dulu masa zaman mak ayah saya bercinta, mereka cuma menggunakan surat sebagai peganti diri,  kini, remaja sudah dilambung arus teknologi yang berkembang dengan semakin pesat.. contohnya penggunaan internet.. ha! tercipta lah macam-macam laman sesawang yang memudahkan sistem networking mereka.. contohnya , facebook, myspace, twitter, friendster, flicker, yahoo messenger, dan sebagainya.. canggih, right?  dari situ mereka mula berkenalan dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu. namun, apakah natijahnya ? hurmm..

wahai remaja, sememangnya perkenalan itu indah, namun lagi indah jika tiada unsur-unsur penipuan. tahukah anda bahawa berapa ramai sudah wanita menjadi mangsa rogol kepada teman yang di kenalinya dalam laman sesawang? terlalu ramai.. setiap hari, ada sahaja kes yang di laporkan.. malah, sekitar bulan puasa tahun ini, Malaysia di gemparkan dengan penyalahgunaan laman facebook sebagai peganti kad jemputan untuk PARTI SEX BEBAS.. see? jangan lah terpedaya dengan kemudahan yang ada, wahai remaja.. fikir dulu baik buruknya..

dalam maya, seseorang itu boleh sahaja menipu anda dengan mengatakan dia belum lagi berkahwin, atau mempamerkan wajah yang jelita, susuk badan yang menawan.. namun, siapa tahu jika dia sebenarnya sudah berpunya? anak tiga atau lima? gambar yang jelita atau hensem itu adalah hasil edit shaja? atau badan yang menawan itu adalah badannya 10 tahun yang lalu? hurmm.. menyeramkan bila berjumpa.. bagi yang sudah berkahwin tuh, tak payah la nak ber-facebook sangat.. bantu suami lagi bagus.. kan? atau yang suami tu, jika teringin mencari yang lain, cari lah yang sebaiknya.. bukan dalam maya.. walaupun tidak salah, namun dikhuatiri yang di jumpa itu hanyalah "wanita jadian" sahaja.. siang, dia bernama salim, malam dia bernama salma.. erk...

pesanan ikhlas drp seorang remaja juga.. =)

bear sy juga mengalami masalah yang sama.. cinta facebook.. haish..

0 comments: