BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 5, 2011

~ kalau la si dia tahu ~

kala ini aku terfikirkan apakah yang bakal si dia lakukan jika dia mengetahui yang aku mencintainya, namun aku takkan mungkin dapat terus bertahan dalam sebuah ikatan yang tidak termaktub kesasihannya dalam syariah.. kalau lah si dia tahu bahawa aku tidak yakin dengan cinta ini kerana cinta kami takkan mungkin di restui tanpa sebuah ikatan yang sah.. maka, jika dia tahu, aku mahu dia mengetahui sebab sebenar kenapa aku menjauhinya..

demi keluarga, aku harus menyisihkan kamu.. demi impian ibu dan bapa ku, aku harus mengetepikan tentang perasaan ku.. bukan kerna aku tidak menghargai kehadiran mu namun mereka yang harus aku utama kan.. bukan kamu..

lihat sahaja rangka kronologi perjalanan hidup ku.. mereka yang berada di sisi ku di setiap jatuh dan bangun ku.. bukan kamu.. mereka yang memimpin tangan ini untuk langkah pertama ku... bukan juga kamu.. mereka yang mengajarku perkataan pertama ku.. dan semestinya mereka lah orang pertama yang menyaksikan tidurku, jagaku, makanku, minumku, serta segalanya yang berlaku dalam hidupku..

yeah.. kamu hadir tika aku mencari makna kehidupan.. lantas aku meletakkan kamu sebagai sumber inspirasiku.. namun aku terlupa.. layakkah kamu? yang cuma hadir sekejap sahaja.. mungkin bagimu itu adalah segalanya, namun bukan bagi ku.. adakah aku kejam? yeah.. aku kejam pada diriku sendiri apabila aku mentaati arahanmu sedangkan kamu bukan yang halal bagi ku.. aku cuba menyenangkanmu dalam resahmu sedangkan itu bukan tanggungjawab ku.. sampai terkadang aku terlupa siapakah yang sebenarnya harus ku taati , yang harus aku senangi.. betapa cinta mengubahku..

dikala kamu baca entry ini, aku tahu kamu terluka.. namun, tanyalah pada diri sendiri, adakah itu kewajipan ku untuk melaksanakan segalanya sedangkan tiada sebarang hubungan yang halal di antara kita..? adakah ini yang kamu mahukan? kesetiaan seorang gadis terhadapmu tapi mengabaikan harapan keluarga hanya kerana mu? atau kesetiaan seorang isteri yang sememangnya akan mematuhi segala arahan mu selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak? siapakah yang kau cari? gadis yang mentaatimu dengan sewenang-wenangnya atau isteri yang menjadikan kamu segalanya untuk dirinya? tannya lah hati kecil mu.. ketemui lah jawapannya..

cinta takkan bawa kita ke daerah bahagia selamanya.. kelak kita akan ketandusan di tengah-tengah perjalanan.. adakah itu yang kamu mahu? maaf.. cinta dan setiaku hanya untuk 'si dia' yang bernama suami.. bukan kamu... maaf jika aku menyakiti mu dengan perilaku ku akhir-akhir ini.. keluarga ku lebih memerlukan ku.. jika  ini di jadikan sebab untuk kamu meninggalkan ku, aku relakan kamu pergi... kerna ku tahu, stiap yang berlaku itu ada hikmah nya.. mungkin saja kamu bukan jodohku dan aku tidak di ciptakan dari rusukmu.. namun ketahui.lah, perjalanan hidupku pernah tercatit nama mu.. dan takkan ku padam hingga akhir waktu.. biarkan kenangan itu terus di situ.. biarkan ia terus berlalu..

bukan niatku untuk menyakiti mana-mana pihak. ketahuilah, aku juga terluka dengan keputusan ini. namun, aku harus kuatkan diri demi sebuah kejayaan yang di impikan. bukan dunia yang ku kejar.. namun akhirat sana. terjadi nya pelbagai peristiwa di antara kita. yang tak kan mungkin aku lupakan, namun ketahuilah dikau, kejadian itu mengajarku erti perhubungan yang sebenar.. dan itu membuatku lebih tabah dalam menjalani kehidupanku tanpa dirimu.. sebuah kehidupan demi keluarga ku yang tercinta dan Dia yang selayaknya ku cinta.. Dia yang Maha Esa.. yang Maha Pengasih. yang takkan mungkin meninggalkan ku di saat aku perlukanNya.. takkan mungkin mengabaiku di saat jatuhku..

0 comments: