BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 28, 2013

the untold secret of this paper lady

uhm. hey guys.

this is awkward to update an entry after such a long time. but by the way, it just happened that im too busy with my responsibilities here. moreover, i've moved to wordpress lately.

hurff. straight to the point.
life.
sometime i wonder what does it mean by life? why must it became so complicated when u turned to be an adult? done school, done college. now u 're working. and everything changed. in-a-blink.

damn it. its happened to me too.
everything was screwing me up.
from a to z.
from zero to googol.
i felt down.
drowning in the deepest fall.
hey.
what happened to me actually?
and what happened to you too?
isit necessary for us to face those changes when we re called an adult?

i felt lost.
whenever im alone, i felt like crying.
i donno why.
it just happened to be so.
and this heart.

this heart faced such a big disaster ever.
the restless hurricane.
the unstoppable shake.
the unorganized leaves fall.
do you get what i mean?
im in terrifically mess.
and i dont think i can fix it soon.
i need time.
i need catalyst to make it sooner.
but yeah.
i ve lost the catalyst.
forever lost.
(alfatihah)

u know what?
there's time i ve thought bout leaving to swiss as soon as possible.
i donwannabe here any longer.
i wanna start a new.
i wanna live better.
and the most important thing is,
i-wanna-start-and-end-my-day-with-a-smile-on-my-face.

honestly.
i forgot the last time i smiled.

this is what happening inside me now.



Thursday, August 1, 2013

ah. janji lelaki


--------------------

kau kata belahlah dada, x-ray lah hati.

mari.

bagi aku peluang untuk seksa kau sampai mati.

biar kau tahu betapa sakitnya hati ditusuk duri.

duri janji seorang lelaki.

--------------------------


elergik


------------------------

bila kau berbicara, berhujah tak semena,

cuma satu ayat yang ingin ku kata..

aku elergik penipuan liar.

-----------------------


Sunday, July 28, 2013

Blackberry Ringtones and Notifications audio sound download.


Hi there. Recently my blackberry torch 9800 facing a minor data lost. I don't know why but the audio / ringtones simply missing. I have tried to do some recovery by downloading the ringtones from app world. But sadly, its not helping. Thus I tried to download those ringtones from other sources. Honestly, its kinda hard to find one. So, here I would like to help you guys to get it for free and no need to download media sync or whatever. Just simply download this to you PC and then extract it to any specific folder. Transfer it to your blackberry phone.

I found this method was much simpler compared to the other methods. Plus, this is compatible for any OS. Not only for OS6 and 9800 model. Good luck guys. (=

with love,
donna ..

CLICK HERE FOR DOWNLOAD (^__^)



Friday, July 26, 2013

senyum


---------------------

ini kisah saya..

saya jalan - jalan menuju ke destinasi yang saya tak tahu berapa jauh..

saya jalan...saya jatuh...

saya jalan lagi...dan jatuh lagi...

saya penat..saya sakit..

saya meraung menangis..

saya meraung membengis..

hingga satu masa..

saya meraung dan saya tersenyum..

saya senyum..

ya betul ! saya betul - betul tersenyum..

sebab..

sebab awak datang hulurkan tangan untuk membimbing..

sebab awak hulurkan selimut untuk saya berlindung..

saya senyum..

sebab saya tahu awak akan ada hingga ke hujung..

----------------------


Thursday, July 25, 2013

beban


------------------------

terkadang, 

aku akui bahawa langkah ini semakin berat untuk diteruskan..

ya..

mungkin kerna bebanan lama terlalu payah untuk dilepaskan..



----------------------------



Monday, July 22, 2013

lawak


---------------------

hentikan saja lawak bodoh kau.

itu semua tak kelakar.

kau kata kita seharusnya bersama semula?

aku pasti kau sudah gila.

tak.

aku takkan katakan ya.

dulu aku pernah percaya.

tapi kau tinggalkan aku kecewa.

--------------------------




jodoh


-----------------------

sungguh.

aku pernah bertaruh.

segalanya aku serah terus.

impian, jiwa, raga, dan tubuh.

ya.

aku tahu aku bodoh.

senangnya aku percaya kau yang berjanji bersungguh.

arahan kau, semua aku patuh.

sudahnya kau tinggalkan aku sendiri , terjatuh.

alasan kau, kita tak ada jodoh.

-------------------------






Saturday, July 20, 2013

handphone


---------------

celik pagi,

meraba handphone.

pejam malam,

meraba handphone.

entah apa yang ditunggu bagai dungu.

bulan takkan jatuh  meluruh.

masakan dia terkenang engkau yang jauh.

sedangkan dia asyik menghenyak tubuh.

berpelukan betina, berpeluh.

------------------








gila


--------------

kau kata kau bahagia.

mana mungkin kau kembali ke jalan lama.

tapi kini kau terkinja-kinja.

meminta ihsan belas dari aku yang tak punya apa-apa.


apa kau gila?

pergilah sana.

bukankah kau kata kau bahagia?

--------------------



pedih


.............

kau bicara tentang pedih.

eh ,

apa yang kau tahu tentang pedih?

setelah hati ni kau cincang-cincang sampai habis.

kau gigit dan kunyah.

kau hambur ke tanah dan gilis-gilis.

kau perah pula atasnya dengan limau nipis.


eh ,

apa yang kau tahu tentang pedih?

.......................




cinta lagi?

uit uit saudara..
kenapa menangis kerana cinta?
terlalu mahal kah harga nya?
terlalu besar kah makna nya?
yang mana satu menjadi utama?
cinta si manusia?
atau cinta sang Pencipta?

uit uit saudara..
hentikan rasa kecewa semata..
kembali lah dikau menikmati dunia..
cintanya bukan segala..
andai perpisahan yang dijanjikan nya..

siapakah dia yang kau cinta?
adakah dia yang menjanji kan syurga atau neraka?
atau dia yang mencipta rasa?
adakah dia yang menitipkan ilmu sejuta rasa?
atau dia yang menjagamu sedari kecil hingga dewasa?

bukan mengata..
bukan juga mendabik dada..
cuma cuba betulkan diri jua..
hilangnya maruah bukan seketika..
dan buat sang wanita..
keperawanan mu hilang tiada ganti nya..
anak dibuang tanpa rasa berdosa..
tidak terhitung hibanya terperuk di jiwa..

uit uit saudara..
aku jua meniti rasa.. menjeruk jiwa..
hilangnya cinta, bagai terhenti dunia...
pelik rasanya bila ketawa..
luka dihati, dipendam jua..

namun ingin ku titipkan petua..
ingat lah bahawa,dia bukan segala..
andai mudah dia kata kan cinta..
maka mudah pula dia mencela..
cinta bukan dari ilhamnya..
hanya dipinjam sementara,,
ada satu cinta yang tidak bersisa..
menjanjikan bahagia untuk selamanya..
andai tersalah, tidak mengapa..
cukuplah kita menemui jalan nasuha..
itulah dia...
Cinta Yang Esa..

bengang



-------------


jatuh bangun, jatuh bangun.

bukannya jatuh meraung.

--------------




bongkak



..................

ah manusia.

sungguh aku tak faham.

kenapa harus mereka meninggalkan orang yang mereka sayang?

kemudian mula gila bayang?

.....................




.......................


Thursday, July 11, 2013

kerat - kerat dunia kertas

...............

bukan mudah menyapu debu dikaki.

andai bongkak diri menyelimuti.

kau kata semua ini memang ditakdirkan untuk terjadi.

ah !

bagaimana mungkin kau faham maksud hati.

andai mata hitam kau tak cuba menyelami.

telinga saja kau pekak tuli.


ya .

aku memang peduli.

jika dulu dunia kau kata mampu kau beli,

kini kau buat aku tersenyum sendiri.

tiada apa yang mampu kau miliki.

sekadar keratan dunia kertas, sepi.

.............................






Monday, April 8, 2013

hari-hari terakhir sebelum kematian.. ( mengikut pandangan para ulama Islam )


Tanda-tanda kematian menurut ulama' benar dan wujud. Cuma ketakwaan sahaja yang dapat membezakan kepekaan kita terhadap tanda-tanda tersebut.
Terdapat banyak tanda atau dalil yang menunjukkan kepada kita bahawa Allah Subhanahu Wata'ala tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda yang diberikan itu adalah supaya kita umat Islam sempat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah. Tanda-tanda ini hanya diperlihatkan untuk orang Islam sahaja.


100 hari sebelum kematian- ia merupakan tanda pertama daripada Allah kepada hambanya dan hanya disedari orang yang dikehendakinya. Tanda-tanda ini lazimnya berlaku selepas Asar di mana seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan merasa getaran seakan-akan menggigil contohnya seperti daging lembu yang baru dipotong. Jika diperhatikan dengan teliti kita akan dapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa kemungkinan ini adalah tanda-tanda kematian, getaran itu akan hilang secara tiba-tiba.
Sebenarnya inilah peluang terbaik untuk kita memanfaatkan masa yang ada untuk menyiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa sebagai bekalan sesudah mati.
Sebaliknya bagi yang tidak menyedari keadaan ini, tanda tersebut akan berlalu begitu sahaja di mana masa yang ada tidak dimanfaatkan sebaik mungkin malah seseorang itu terus leka dan hanyut dengan dunianya tanpa mengingati mati.


40 hari sebelum kematian- tanda ini juga lazimnya berlaku selepas waktu Asar, di mana bahagian pusat seseorang terasa berdenyut-denyut. Waktu ini daun yang bertulis nama orang berkenaan akan gugur daripada pokok yang terdapat di atas Arasy Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas individu tersebut. Antaranya ia akan mula mengikutnya sepanjang masa bahkan terjadi juga di mana malaikat ini akan memperlihatkan wajahnya sambil lalu dan jika keadaan ini terjadi dan mereka ternampak, maka mereka akan jadi bingung seketika.


7 hari sebelum kematian- tanda ini hanya diberi kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan iaitu orang yang ditimpa sakit yang tidak berselera untuk makan, tiba-tiba berselera untuk makan atau pun seseorang yang tidak berdaya untuk bergerak, tiba-tiba mampu berjalan dan melakukan sesuatu kerja dengan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa.


3 hari sebelum kematian- pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan dan disedari maka sebaik-baiknya ia berpuasa supaya perutnya tidak mengandungi najis dan ini akan memudahkan pengurusan yang akan memandikannya kelak.
Ketika itu, mata hitam juga tidak lagi bersinar dan bagi orang yang sedang sakit, hidungnya kelihatan jatuh secara perlahan-lahan dan ia dapat dikesan jika seseorang itu melihatnya dari bahagian sisi. Begitu juga dengan telinganya yang kelihatan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur masuk ke dalam, telapak kakinya terlunjur juga perlahan-lahan dan jatuh ke hadapan serta sukar ditegakkan.


Satu hari sebelum kematian- juga akan berlaku sesudah Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak lagi berkesempatan menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda terakhir- bakal berlaku keadaan di mana seseorang merasakan suatu keadaan sejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang seterusnya naik kembali ke halkum. Ketika ini hendaklah seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri sementara kedatangan malaikat maut mencabut nyawa.

Wednesday, April 3, 2013

dilamar lagi? gulp ~!!

assalamualaikum.. (^-^)

semoga semua dalam lindungan kasihnya.. amin..
maaf lambat update.. adik-adik pun dah bising nak tahu perkembangan akhir-akhir ni.. maaf ye adik-adik? akak semakin sibuk dengan final year project akak..

status facebook akak yang lepas pasal akak dilamar tu agak hangat dibicarakan dikalangan teman, saudara mara dan sahabat handai.. adeh.. menyesal lak akak update status yang macam tu.. so now, akak akan explainkan apa yang akak maksudkan dengan status tersebut..

well actually its all started bila akak mendapat panggilan telefon daripada dua buah international oil and gas company untuk menjadi pekerja mereka.. ehehh~ tawaran berkerja sebagai assistant engineer je pun.. namun, kedua-dua company tersebut require akak untuk berkerja di luar malaysia.. ehehh? akak nak pergi tak? entah la dik.. banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima.. :) ayah bonda semakin tua.. walaupun memang itu impian akak, tapi akak lebih beratkan ayah bonda.. ehem ~ anak yang baik kn? haha..

tentang lamaran berkahwin itu pula.. Allah.. berat nak cerita.. tapi, insya Allah, semoga explanation ni boleh clear kan soalan adik-adik tu.. (^-^)..

ye.. akak dilamar lagi untuk menjadi isteri kepada sahabat akak sendiri.. adeh.. tak mampu untuk akak terima dia lebih drp seorang sahabat.. sebelum ini akak dilamar oleh seorang lecturer daripada salah sebuah IPTA di malaysia ni.. Allah.. lagi la susah untuk akak terima orang yang akak hormati sebagai suami.. maka, akak tolak keduanya.. semester ini agak hangat isu lamar melamar ni.. ada juga yang berkias-kias.. maaf la ye? akak akan terus hindarkan golongan yang mula merepek berbunga-bunga.. haish.. terkadang akak tak faham langsung kaum adam ni.. semakin kita lari, semakin mereka kejar.. so, ayat terakhir akak, andai kalian sehensem Patrick Tanner, or se-kaya Donald Trump, se-genius Albert Einstein dan se-charming Prince William, maka akak akan terima.. ahahh.. sanggup? hehe..

sebenarnya, yang menjadi buruan sekarang adalah kebahagiaan keluarga.. adik-adik kandung akak tu ada lagi 2 orang yang masih belajar.. mak ayah akak pula semakin tua.. jadi, belum tiba masanya lagi untuk akak memikirkan soal perkahwinan.. lagipun, hati ini masih milik dia.. ehemm :p .. terjiwang pulak.. maaf.. cuma akak akan cuba untuk menantikan kehadiran dia semula dalam hidup ni kot.. (^-^) *kimia talks*

btw, harap cukup dengan explanation ni.. maka kepada sesiapa yang menantikan kad kahwin, kad tunang, kad sambut menantu dan kad tahlil, diharap bersabar ye? mbukan sekarang.. insya Allah ade jodoh, ade masa, sampai la kad tuh.. sekarang please doakan akak berjaya dengan cemerlang untuk sem terakhir akak di UniKL MICET.. yeeehhaaa~!!

p/s: insya Allah pemberian ni semua akan akak postkan kepada mereka semula or kalau mereka tak nak, akak akan sedekahkan kat masjid-masjid yang berdekatan.. at least, dapat share pahala sama-sama.. hehe.. dan sebahagian lagi, dah pun selamat di wakafkan di surau kampus .. hehehh~

diantara pemberian 'mereka'


diantara pemberian 'mereka'
erk gulp ~!  diantara pemberian 'mereka' ( ini telekung dan surat beracun (-__-") )

Sunday, February 17, 2013

final year project di UniKL MICET... (~.~")

gambar intro =')
muehehe~
my beloved niece, Nur Izzati Madihah bt Mohammad
age : 5 years old
favourite quotation : Saya budak cantik. (erk... -__-")




Bismillahirrahmanirrahim.. =')

assalamualaikum..

di atas permintaan adik-adik, maka, blog ini di-update lagi.. (^-^) bukannya malas nak update, tapi desakan assignments semakin terasa akhir-akhir ini.. namun, maaf ye? sambungan cerpen yang lepas, masih dalam progress lagi.. :) tak sempat nak mengerah neuron-neuron ini berkerja lebih masa dalam mencari idea.. (^-^)

here's i would like to share some pics that I've collected throughout "my busy day" (~.~")
dan untuk update yang seterusnya, insya Allah lagi dua minggu lagi.. sebab sekarang, terlalu banyak kerja yang perlu di-submit-kan sebelum jumaat ni (23 feb 2013) dan banyak test yang menanti pada minggu hadapan.. maka, cuma free lagi 2 minggu lagi.. harap maklum.. (^-^)



sedang memerah tenaga neuron sepenuhnya.. (T-T)
but not to forget, my inspiration ( dalam gambar).. my mum, dad n little brother.. hehe



haaaa... ni la keadaannya bila mode "final year project" datang menyerang.. (T-T) tak cukup meja sampai katil pun penuh dengan buku.. ohh pening ! (T-T)
yes ! bila dah terlalu penat mengerah tenaga neuron tersayang, maka, semua buku pun tertutup rapat.. wehee~~ (^-^)
(walaupun tak siap lagi, tapi buat-buat je la macam dah siap.. (T-T) )



selepas berpeluh dengan FYP, sekarang masanya untuk menyelami lautan cintaNYA.. (^-^)


lupa pula nak kenalkan kekasih hati berdua ni.. sasuke and naruto ! wehee~~
ni la abang-abang hensem yang selalu teman study
yang ni pula, kesayangan yang selalu teman bila stress dengan desakan dunia..
My Chemie.. **love love**
 (since im takin chemical engineering, so this turtle pon i panggil chemicals)