alangkah indahnya dunia kalau semua wanita menutupi dirinya sebaik-baiknya. so then, takde la kes rogol, cabul, buang anak merata-rata or what-so-ever..
tak dinafikan wanita itu cantik tanpa hijab. dengan leher jinjang, pipi mulus, rambut ikal mayang yang di hiasi dengan pelbagai accessories, or even baju yang fashionable mengikut bentuk badan. wow ! wanita memang ciptaan terindah. tapi...... sayangnya yang terindah itu menjadi pacuan syaitan demi memerangkap kan lelaki.. di akhirnya, dua- dua belah pihak memerangkap dan terperangkap..
indahnya dunia itu cuma sementara. kadang-kadang kita lupa kecantikan itu tidak bersifat kekal selamanya. ini lah yang di jadikan modal bagi mereka yang suka mendedahkan lagi terdedah dengan aurat mereka dengan menyatakan " sementara masih cantik ni la aku perlu pamerkan segala 'aset' "
erk.... perlukah??
wahai wanita..
lagi indah dirimu jika bersalut hijab yang utuh..
yang hanya disingkap oleh yang halal bagimu..
so , the conclusion is,
tak perlu la kot untuk kamu mendedahkan segala nya sebelum tiba masanya.. janganlah kamu menyeksa pandangan lelaki bahkan kaum wanita juga dengan fashion-fashion yang ternyata tidak ada kesesuaiannya.. jangan jadikan dirimu sebagai sex symbol kepada dunia ini..
wanita adalah hiasan dunia..
dan hiasan yang terindah adalah wanita solehah..
sekian..
Pasca Sinergi II: Adakah Kita Masih Berkasih Sayang?
11 years ago
0 comments:
Post a Comment