BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 20, 2011

~ wahai jodohku.. ketahuilah dikau bahawa aku menanti mu ~

seandainya kamu jodohku, yang telah di tetapkan Nya untuk menjadi pembimbing ku, maka, ketahuilah kamu bahawa nama mu sentiasa ku sebut dalam doaku.. di setiap siang dan malam ku.. dari terbit fajar hingga ke tenggelam mentari..

................ Ya Allah, Ya Tuhanku.. seandainya dirinya telah Kau tetapkan menjadi temanku, maka ku pohon kepada Mu, dekat kan hati kami.. redhailah rasa di hati ini.. izinkanlah kami menghalalkan segala rindu yang terasa, kasih yang membugar.. izinkanlah aku menjadi yang halal bagi nya, dan dia menjadi yang halal bagi ku.. izinkanlah aku menjadi ibu kepada zuriatnya dan dia menjadi bapa kepada zuriatku.. izinkanlah aku menjadi sebahagian daripada kisah hidupnya, dan dia menjadi setiap kisah hidupku yang mendatang.. seandainya aku telah Kau tetapkan untuk menjadi temannya, maka pohonku kepada Mu agar jadikanlah aku yang terbaik untuknya, yang setia hanya kepada dia, yang taat kepada perintahnya sebagai suami, yang membahagiakan dia, dan yang mencintainya insan hanyalah dia.. dan seandainya dia telah Kau tetapkan menjadi temanku, aku pohon kepada Mu, izinkanlah dia untuk membimbing ku kepada jalanMu.. dengan penuh keredhaan Mu, dengan penuh kasih Mu, dan dengan penuh nur hidayah Mu.. dan izinkanlah kami untuk hidup bersama selamanya selagi hayat dikandung badan di dunia ini bahkan di akhirat kelak.. kumpulkan lah kami di syurga Mu , Ya Rabb.. janganlah Kau sisihkan kami dari jalanMu itu, ya Allah.. anugerahkanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.. bantulah kami dalam mendidik mereka dengan didikan agama yang teragung ini.. agar dapat kami lahirkan mujahadah dan serikandi yang tega berdiri hanya kerana agama Mu..tidak sesekali gentar di gugah, tidak sesekali menyerah.. aku pohon kepada Mu, limpahkanlah kami dengan cinta Mu, ya Allah................

wahai jodohku..
seandainya kamu yang aku cari selama ini, ketahuilah kamu yang aku nantikan untuk membimbingku ke jalannya.. kamulah yang aku impikan untuk sama-sama mencipta sebuah keluarga bahagia.. kamulah yang aku doakan selama ini.. walau dimana pun dikau berada, hatta di hujung dunia sekalipun, aku akan tetap disini.. menanti mu dengan penuh rasa kasih yang membugar mesra menyapa hati yang resah ini.. dan andai dikau yang ku nantikan, maafkanlah diri ini.. aku bukanlah seorang wanita yang sempurna buat mu.. aku bukanlah wanita yang memiliki kecantikan impian setiap lelaki.. dan mungkin sahaja aku bukanlah wanita yang kau cari.. tapi aku yakin, seandainya dikau jodohku, dikaulah pelengkap hidupku.. yang bakal menyempurnakan hidup dan impian ini.. yang bakal menyerikan warna-warna hidup ku nanti.. dan sejujurnya dengan penuh keikhlasan, aku ingin kamu ketahui juga bahawa diri ini sentiasa mencintaimu serta menerima kamu seadanya tanpa sedetik keraguan walau kita tak pernah bertemu sebelumnya..

wahai kamu..
aku akan tetap berdoa kepada yang satu..
semoga kau dan aku akan menyatu..
hingga ke akhir waktu..




0 comments: