fuh ! what a day ! sgt memenatkan.. semalam ( 25 August 2011 ) aku terlalu sibuk dengan lab aku ( as a chemical engineering student, mmg byk sgt lab lately ) sehinggakan aku terpaksa tidur pkul 5 pagi lagi.. perkara biasa la tuh bagi student yang ambik course cam aku ni. malahan, ramai jek yang tak tidur malam kerana desakan assignment, tutorial, lab report dan sebagainya. bagi aku, yeah, aku sudah pon terbiasa. tapi, pada hari ini, 26 august 2011, aku sepatutnya tidur awal sebagai persediaan untuk perjalanan jauh nanti. yup. hari ini, aku akan balik ke kuantan untuk beraya bersama keluarga setelah sekian lama beraya bersendirian.
setelah menyiapkan lab report yg sepatutnya aku hantar semalam, aku pun decide untuk berehat sebentar. dalam perkiraan ku, better aku tidur sekejap sebelum bangun untuk mengemaskan barang pada pukul 6 pagi nanti. namun, lain pula jadinya. aku tertidur terus dengan nyenyak nya atas keyboard lappy ni. huh! sumpah cool ! bila terjaga, hape lagi? kelam kabut la jadinya. mase tu la aku baru sibuk nak kemas barang, susun balik lab report yang bersepah, dan mandi. mandi? erk... sebenarnya, aku tak sempat mandi tadi.. hehe..
daripada micet ( UniKL MICET ) ke alor gajah central, perjalanan akan mengambil masa sekitar 30 minit. dan untuk ke melaka sentral daripada alor gajah sentral, perjalanan ambik masa sejam. jam di tangan ku pula menunjukkan pukul 7.50 pagi. lebih menyedihkan, pagi tadi hujan. pak cik teksi yang sepatutnya ambik aku kat micet plak ade hal. so, terpakse lah aku naik motor dengan adek angkat aku. punya la slow motor tuh. adeh. siyesly hampeh gler. dalam hujan yg trus seronok membasahi kami sepanjang perjalanan, aku bertawakal je la.. semoga dapat sampai dengan selamat dan sempat. tak sanggup aku memikirkan kemungkinan aku di tinggalkan bas lantas terpakse beraya dengan pak guard n mak guard jek. huish !
setelah sampai di alor gajah sentral, satu lagi perkara menyedihkan berlaku. dalam purse aku cuma ada RM31.00 sahaja. sedangkan tambang teksi dari situ ke melaka sentral, RM30.00. takkan la aku nak tinggalkan rm1.00 jek dalam purse? tak ke sedih tuh? so, by hook or by crook, aku terpaksa tebalkan muka mintak pak cik teksi tu berhentikan aku kat mana-mana ATM machine. hehe. segan gler wo0o0oo..
tika tu, pak cik tu bertanya, " bas pukul berapa dik? "
aku pon dengan selamber badak nye jawab, " pukul 9, pak cik "
aku harapkan pak cik boleh la drift untuk hantar aku tepat pada waktu nya, tapi lain pulak yang jadi. boleh dia membebel kat aku. cakap aku tak leh buat camtu la , cam ni la, dan macam2 lagi. speed yang pada mulanya 80km/h ( yang sememang nya teramat slow bagi aku ) turun menjadi 50km/h.
ha! mati aku! semakin slow plak pak cik ni. jam di screen henpon ni menunjukkan masa sudah pukul 8.48 pagi. tapi kami masih lagi tak sampai cheng. dalam perkiraanku, insya Allah dengan speed yang sama laju dengan haiwan peliharaan spongebob ( siput babai ) tu, kompem2 aku terlepas bas. lagi memeningkan kepala, pak cik tu macam sengaja plak masuk jalan2 yg konon nya short cut padahal, semakin menjauhkan aku daripada melaka sentral. Ya Allah, bersabar je la. dan sepanjang perjalanan, pak cik tu tak berhenti - henti membebel. aku? aku dengar je la. terpakse. takkan aku nak bukak pintu dan terjun keluar cam hero hindustan plak kan? adui la.. pak cik... pak cik... jasamu tetap ku kenang pak cik..
tepat pukul 9.17 pagi, aku mula nampak sign board MELAKA SENTRAL.. wah ! saat - saat yang dinantikan walaupun secara rasminya, aku sudah teramat sangat lewat. nak je aku terbang keluar cam aksi superman time tu jugak . pak cik tu dengan muka selamber nye parking dekat dengan car park OKU. katanya, kecemasan tak pe. tapi aku pulak rasa macam aku ni ha yang OKU. adui la pak cik. setelah bayar tambang teksi tu, aku terus berlari ke ruang menunggu. erk. bas yang sepatutnya aku naiki no longer there. terdiam aku. tunduk je la kira jari kaki yang tetibe aku rasa cam terlebih daripada sepuluh plak. agak lama aku terdiam camtu. ade la dalam 5 minit. tapi tetibe aku di sampuk oleh sorang brader hindustan. ala-ala muka amitha belacan tuh. " adek. mau kemana? "
" ke kuantan, bang " jawab ku dengan muka 15 sen.
" bas apa , dik? " tanya lagi brader nim. hadui la. time aku tengah layan frust la ko nk tanya aku cam FBI ye brader?
" S.P. Bumi bang " jawab ku lagi dengan sura yang mmg frust melebihi kehilangan sekilo nestum ( my fav )
"eh adik ! bas adik tu kat depan sana. dah nak bertolak da. baik adik cepat " hah ! bas aku ade lagi?? biar betol brader ni ! or dia sengaja nak bagi harapan palsu kat aku? oit oit brader ! ni anne la.. lau ko memain, patah hidung KLCC ko tuh !
" betol ke bang? trimas bang. bye ! " aku trus blah bodoh cam tu jek. langkah kaki ni lebih penjang drp mereka yang main galah panjang. straight aku heading ke pintu utama. dan............ WAH!! bas aku ade lagi! dan ternyata betol bak kata brader hindustan td, bas tu da hampir bertolak. aku orang terakhir yang naik bas. kalau lambat seminit, kompem aku jadi tukang lambai je la kat sesape pon dalam bas tu. kepada brader hindustan yang berhidung mancung bak KLCC , ko la savior aku hari nim. lau aku jumpe ko lagi brader, aku janji akan aku katakan bahawa ko la hero ter-macho malaya.
dalam bas, sebelah aku nim, sorang perempuan. budak terengganu kot. tak bercakap sepatah pon. aku senyum pon dia buat bodoh jek. kejung jugak hati ni tengok minah tuh. lau nak di ikotkan hati, nak jek aku hempuk dia dengan lappy aku ni ha. woi woi ! senyum tuh sedekah la ! kedekot ! hampeh tol la. tapi aku pon malas nak ambik port. so, aku pon bersila lah atas kerusi aku ( perkara biasa yang aku buat bile naik bas ekspress ). then aku mula mentelaah komik2 yang ade. cam biasa, lawak kampus yang menjadi pilihan aku. dan cam biasa jugak, bile aku da start mentelaah komik2 tersebut, kompem la ade jek masa2 yang aku tergelak sensorg. dan mase tuh, kompem jugak la minah sebelah aku ni pandang aku pelik. sepelik alien agaknye. adui la. minah ni tak biase bace komik kot. so, aku offer la dia. " nak bace jugak ke? saya ade yang lain lagi "
tp minah tu bisu kot. dia cam takde perasaan. langsung tak jawab pape and trus pandang aku dengan pandangan pelik tuh. hadoyai... pening aku pikirkan pasal dia. sudahnya aku tutup buku, then tutup mata. kepenatan semalam masih bersisa dalam diri ini.
sedang aku di ulit lena, tetibe, aku di kejutkan dengan bunyi mesej di henpon ku. adeh. spoil tol la. ble aku check it out, tertera nama lab partner aku.
dan mesej nye berbunyi "anne, lab semalam tuh guna 10L air for flowmeter kan? "
adeh... hampeh tahap cipan gunung tol la minah tuh. time2 camni la dia nak kacau mode cuti raya aku. kalau la dia ade depan aku time tuh, kompem jek da arwah.. aku telan jek hidup2. aduila.
setelah aku reply ape yang patut kat lab partner aku tu, aku pon sambung tdo balik.tapi tak sampai 5 minit, bas plak yang berhenti. untuk penumpang melepaskan hajat murni mereka di sebuah toilet mewah tepi jalan.. aku pon tak terkecuali. paham2 je la yang malaysia semakin sejuk lately. dan dalam bas tu plak cam duk dalam snow world kat genting. haiiya...
dalam toilet tuh aku discover yang tu la toilet awam yang paling bersih aku pernah masuk kecuali toilet2 kat hotel2.. siyesly bersih dan takde bau2 yang tak patut langsung. malahan, ade plak bunyik2 loceng kalau masuk.. luas dan teratur. muat la jugak lau dia letakkan satu katil or peti ais untuk aku lepak kot.. mase tunggu turn tu, aku intai2 ke luar.. ade sorang mamat dengan awex dia duk gadoh tepi tangga.. hurff ~~ buat drama pulak dorang ni. depan orang awam pon nak bergado ke? oit oit ! p gadoh kat court la.. hire jek mane2 peguam. gado cara professional la beb. baru rock. ni gado tepi tangga nak buat hape? hadoila...
ble masuk bas semula, aku discover, seat aku ni agak kebelakang jugak ek? dan sepanjang langkah aku untuk ke seat aku tu, aku dapat tengok macam2 gaya manusia2 dalam bas tu tido. dan ada satu yang menarik pandangan. sorang mamat yang muka cam justin bieber tp tido berdengkur. hadeh ! jatuh saham u, artis oi! nak tido camne pon, terpulang la, tp jangan la sampai berdengkur. aku plak yang segan tengok cara tido yang camtu. dan bile aku duduk, aku terpikirkan ttg " si dia ".. agaknya, apalah yang sedang si dia lakukan. biasanya, time aku OTW balik ke melaka or balik kampung, kompem dia setia menemani. n today, aku sensorang plak.. sambil otak ni terus menerus flash back pasal mamat kesayangan aku tu, aku jamu mata ni dengan scene yang ada terbentang meluas dari kaca tingkap ni. kan cun lau si dia pon ada dalam bas ni. boleh kami tengok same2 apa yang ada.. ada budak2 main sesama mereka, si tua yang sibuk dengan urusan masing2, haiwan2 yang berlari melintasi jalan, kehijauan yang menyegarkan dan macam2 lagi.. kadang2 aku tersenyum sendiri memerhatikan gelagat manusia kini.. indah ! dan mngasyikkan ! tapi, memudaratkan..... hm...
semakin lama aku dalam bas, kepala ku semakin menyakitkan. hidungku mula terasa panas. dan tika itu ada cecair yang mengalir tanpa sempat aku menahannya. dengan hanya menggunakan lengan sweater aku, aku kesat cecair tuh. yeah. hidung aku berdarah lagi. hadoiyai.. camne la nak cuci ni.. ni kan bulan puase, so, mane la aku ade air mineral. tisu pon tinggal 3 keping jek. gune je la mane yang ade. sempat jugak aku jeling minah sebelah aku ni. naseb baik dia dah tido. lau tak, risau jugak kalau2 dia tu mabuk darah then buat scene lak dalam bas ni. tak ke niaya tuh? so, dengan kepala yang semakin memberat, aku terlentok. pasrah melayani kesakitan yang semakin seronok menziarahiku kini. dan aku? biar je la.. just enjoy the pain..
setelah seketika, sekali lagi aku di kejutkan dengan bunyi mesej. ha !! daripada si dia.. walaupun isi mesej tersebut agak melukakan, tapi ianya cukup membahagiakan. so, it will be enough for me la kot. at least, penantian aku bukan sia-sia. so, aku pon reply la dengan perasaan yang bercampur baur... kepala? masih lagi menyakitkan, dan pandangan semakin kabur, tapi, aku gagahkan jugak jari jemari ni menari-mari atas keyboard henpon. setelah selesai meniap dan aku tekan button send tuh, aku pon tunggu la dia reply. agak lama jugak la.. tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai jugak. sudahnya aku plak yang tunggu dalam lena. maka, tertido lagi la hamba Allah ni..
setelah aku sampai di terminal kuantan, ayah aku da sedia menanti. wah ! sayang abah ! tapi aku yang dalam keadaan lemah tuh terus masuk kereta tanpa sempat membalas senyuman mesra kasih si ayah. dan tangan nya juga aku lupa untuk di salami. maafkan ateh, abah.. ateh betol2 tak larat.. even ateh tau tu bukan layanan yang sepatutnya ateh berikan kepada abah. adui... terasa sangat berdosa. setelah tu, ayah aku bawak aku pergi pasar.. katanya nak beli sayur sikit.. aku menganggukkan kepala sahaja. tak larat untuk berkata-kata. desakan kesakitan di kepala ini membuatkan aku terpaksa memejamkan mata. setelah sampai di pasar, aku di tinggalkan je dalam kereta. bukan apa... tapi kerana ayah aku langgar peraturan parking kereta.. adeh.. dia parking sesuke ati dia jek coz parking penuh. so, terpakse la aku stay. pesannya, lau ade MPK dtg, aku kene drive. pergi la memana pon asalkan tak di saman.. haha.. boleh tahan jugak ayah aku ni. patut la aku pon suke langgar peraturan. rupa-rupanya penyakit keturunan.. genetik.. :))
tika aku bersendirian, aku sekali lagi menjamu mata dengan pemandangan yang kurang bersih plus berbau ni. adat la kan... pasar mana yang tak berbau.. dan aku langsung tak kesa dengan semua tuh. mase aku tengah layan jiwang sensorang, tetibe ade satu kumpulan mamat-mamat mane tah yang lalu tepi kereta. salah seorang daripada mereka memandangku dengan tepat. haish! main mata plak. tensyen aku. terpaksa la aku mengalihkan pandangan ke sebelah lain plak. dan tika tu, aku ternampak seekor anak kucing yang sedang menderita kesakitan. badannya kurus kering. plus ade kurap. Ya Allah... kesiannya.. takde sorang manusia pon yang berhenti untuk meredakan tangisan anak kucing tersebut.. malahan ade juga kebasahan di badannya. mungkin sahaja di simbah air tika menagih simpati.. hampir mengalir keluar air mata ini. teringin untuk keluar menyelamatkan dia. namun pada masa yang sama, ade sorang mamat keluar daripada pasar tersebut dengan membawa satu plastik yang agak besar. shopping sakan betol la. dan tika dia melalui kucing tersebut, dengan sengaja dia menendang kucing tu tanpa perasaan bersalah pon ! dan aku? aku menjerit suruh dia stop. tapi usaha aku ternyata sia-sia. coz aku dalam kereta. tutup tingkap. mane la dia nak dengar. dan dengan muka hampeh, mamat tuh blah bodoh jek. tinggalkan anak kucing yang sudah tertiarap menahan sakit. ni sudah melampau. baru jek aku nak keluar, ayah aku plak da sampai. setelah masuk kereta, dia trus memandu keluar. aku sekali lagi terdiam. bukan kerana kesakitan di kepala, tapi kehancuran di hati, tegarnya hati seorang manusia memperlakukan seekor haiwan yang tak berdosa sebegitu rupa.. hampeh tol la manusia zaman sekarang ni. ape la nak jadi.. haishh..
perjalanan di teruskan.. sepanjang perjalanan tu, aku terus terusan membisu. cuma mataku yang berlegar2.. bila aku toleh ke seat belakang, aku nampak dalam plastik yang ayah aku bawa tadi ade buah labu kuning.. mase tu la terus aku teringat yang aku mintak mak aku masakkan labu masak lemak kuning. wah ! mak ayah aku betol2 prihatin dengan anak kesayangan dorg ni.. bertuah la diri.. haish ! tersenyum hati ni...
setelah ayah aku membelok masuk ke persimpangan rumah kami, sekali lagi mata ni menjamu pemandangan yang tak dapat aku lupakan.. rumah yang pernah aku singgahi saban hari di saat aku masih berhingus dulu.. rumah atok yang mengajar aku mengenali Al-Quran.. di situ lah aku mengaji.. belajar mengenai cara sebutan yang betol.. tentang hukum hakam agama.. rumah yang dahulunya usang, kini berdiri megah.. mungkin sahaja jasa anak2 atau cucu2 atau duit pencen sendiri. tika melintasi rumah tu, aku terpandang atok yang mengajar aku tu ada di situ.. terbongkok-bongkok membersihkan halaman rumahnya. wah ! rajin.... rajin... hehe.. insya Allah tok.. kalau saya tak balik kampung mak tahun ni, saya janji saya pergi rumah atok !
dan akhir nya, setelah 20 minit perjalanan, aku sampai di rumah. terus aku meluru menaiki tangga. di tangga terakhir, aku nampak anak kucing kesayangan aku sedang nyenyak tido. setelah menghadiahkan good nite kiss, aku terus memasuki ruangan kamar aku yang kecik tapi sangat menyelesakan.. room sweet room maa.. haishh! setelah menanggalkan tudung, aku menuruni tangga dan terus ke dapur.. ku salami tangan kedua ibu bapaku ( perkara yang aku tak buat di terminal td terhadap bapaku ) sambil berkata " maaf abah.. tadi ateh betul2 tak larat sehingga diam jek dalam kereta sepanjang perjalanan"
dan bapaku cume tersenyum, " takpe.. abah paham" wah! sporting kn? korang ade ke ayah penyayang camni? haha..setelah kiss pipi ibuku, aku terus meminta diri untuk berehat.. kepala ni perlu di shut downkan untuk seketika.................................
Pasca Sinergi II: Adakah Kita Masih Berkasih Sayang?
11 years ago
0 comments:
Post a Comment