panjang pulak tajuk aku kali ni.. adat la kan.. malam-malam camni kompem la mode jiwang tuh datang mendadak.. lol.. but yup.. penantian itu takkan pernah menjadi satu penyeksaan tapi hanyalah sebuah ujian menguji kesabaran..
pernah dengar pasal istana sri menanti? pernah tau pasal sejarah kenapa orang menamakan istana tu istana sri menanti? jangan tanya aku ! aku pon tak tau kenapa.. yang aku tau, nama istana tuh ade iras-iras dengan tajuk entry aku ni ha.. :))
aku rindukan si dia.. aku menantikan kehadiran dia.. tapi adakah si dia mengetahuinya? entah.. yang tu pon aku tak pasti samada dia tahu atau tak.. tapi yang pasti, aku akan terus menungu.. menantinya hadir dalam hidup ini sebagai yang halal untukku.. mungkin ada yang menyatakan bahawa penantian itu adalah satu penyeksaan.. yeah.. mungkin saja ia satu penyeksaan bagi mereka yang tak sanggup bersabar.. atau yang mungkin saja bersabar tapi kurang sabar..
kesabaran itu subjektif.. namun ia takkan pernah ada limit.. seringkali kita dengar yang sabar itu ada hadnya.. had apakah? bukankah had itu kita sendiri yang tentukan? it just a matter of mind set.. so, set la kesabaran anda itu lebih tinggi daripada biasa.. tahukah anda penantian itu indah? bayangkan anda sudahpun menanti sesuatu untuk setahun, selepas setahun, anda mendapatkannya.. tell me how do u you feel that time? tidakkah anda seronok? so? what u re waiting for? keep it up la.. jangan mudah putus asa..
tak ramai yang penyabar dalam dunia ni.. it such a glory to be one.. kadang-kadang kesabaran ni dapat melunturkan amarah yang lain dan menyentuh hati yang pemarah... malahan, memikat hati yang sekitar.. banyak kan kelebihan sabar?
ada beberapa situasi sabar yang ingin aku kongsikan.. :
situasi 1 : seorang teman lelaki mengajak teman wanita nya keluar bersama untuk makan malam..
teman lelaki : kenapa you lambat sangat nak bersiap ni? kan i da bgtau awal2 td?
teman wanita : maaf la syg.. i terpaksa tunggu parents i balik.. adik-adik i tu takde orang nak jaga..
teman lelaki : asyik-asyik mintak maaf. hey! you tau tak? sepanjang kita couple, you mmg selalu lambat! you yang merengek-rengek nak jumpa i tapi you yang lembab. you faham tak yang i ni banyak keje? bukan nak tunggu you saje !
terdiam si teman wanita itu. tak disangka lelaki kesayangannya sanggup memarahinya hanya kerana tuntutan tanggungjawab dia terhadap adik-adiknya.
teman wanita : maaf kalau i da banyak buat you hilang sabar. i rasa, kalau ni perangai you yang tak dapat terima tanggungjawab i sebagai anak sulung dalam keluarga tu, takde guna nya untuk kita teruskan hubungan ini. baik kita putuskan saja. i takkan mungkin mengabaikan tanggungjawab i hanya kerana lelaki macam you..
kemudian, si teman wanita terus berlalu meningggalkan lelaki tersebut. dan giliran lelaki itu pula yang terdiam dengan tindakan tegas wanita tersebut. see? hanya kerana kurangnya sabar, dia telah kehilangan seorang teman wanita yang agak ok la.. tang tanggungjawab, mmg wanita tu perfect. lau di didik siikit lagi, mungkin saja wanita tu boleh menjadi wanita muslimah.. so? tak ke rugi tu? hayya...
situasi kedua : seorang wanita yang senantiasa mendoakan jodoh nya.
wanita ini hanyalah seorang wanita biasa. yang seringkali terjerumus dalam lembah khilaf dan salah. namun sebagai seorang wanita, dia sentiasa berdoa untuk ketemu jodohnya. saban hari, itulah doanya. sehingga satu malam. ketika sedang bersendirian, dia mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang mukmin jugak la..
lelaki : assalamualaikum wanita..
wanita : waalaikumussalam lelaki..
lelaki : maafkan saya kerana menelefon anda di tgh malam ini. cuma saya ingin menyampaikan hajat di hati.
wanita tu da mula cuak. wajib la kalau dia berdebar kan? bercakap dengan seorang lelaki yang mukmin yang mungkin saja menjadi impiannya selama ini. so, dengan suara cuaknya, si wanita ni pon bertanyalah ...
wanita : hajat di hati? apakah hajat anda?
lelaki : maaf kalau ini bukan sebahagian daripada adat kita. tapi, bolehkah anda izinkan saya bertanya. adakah anda masih lagi belum berpunya?
wanita. : erk.......... ( terdiam berjuta-juta bahasa.. akhir nya penantian bersama doanya termakbul jua. lelaki yang di nantikan kini meluahkan rasa hati. tak ke excited wanita tuh? )
lelaki : maafkan saya kalau anda tidak selesa dengan soalan tadi.. jika anda belum berpunya, mahukah anda jika saya ingin menjadikan anda yang halal di sisi ini? yang setia menemani?
wanita : ( dalam keadaan kontrol ayu nya menjawab ) andai ini takdir yang telah di aturkan oleh Dia untukku, maka dengan berbesar hati, aku setuju menjadi milikmu..
lelaki : Subhanallah.. Alhamdulillah ya Rabb.. Engkau telah memudahkan segalanya bagi ku..
see the lesson? penantian + doa + sabar = happily ever after... so? tunggu hape lagi? ubah lah mind set tuh.. okek? selamat mencuba !
sweater and him.. lol.. |
sekian, salam....
0 comments:
Post a Comment