hurmm... agak- agak korang la kan, apakah yang aku ingin kongsi kan di sini?
actually, walaupun tajuk aku ni agak complicated sikit untuk di terjemahkan, tapi korang sendiri-sendiri paham la.. ok? malas plak nak bercerita lebih berkenaan definisi tajuk ni.
apa yang aku boleh katakan, sebenarnya tajuk ni berkaitan dengan tingkah laku kita dewasa kini. apakah kita sebenarnya bersikap sebaik mungkin dengan orang tua? atau cuma sekadar topeng untuk menampakkan kita ni seorang anak yang baik? topeng tu takkan kekal la fellas... one day, it ll shed off.. percaya la.. dengan hanya satu langkah yang pincang, kau bakal mendedahkan siapa kau sebenarnya. dengan itu, kau takkan mungkin dapat menutupinya lagi. untuk menipu? terpulang la.. kalau tu kepakaran kau, maka tipu lah mereka.. agar rahsia busuk dalam diri kau tu dapat di tutupi...
siapakah sebenarnya bantal? siapakah sebenarnya kaki? apakah kaitannya? secara logiknya, bantal sememangnya sepatutnya berada di kepala.. bukan di kaki.. yang seharusnya menyelesakan diri kita di kala tidur malam atau di siang hari.. tempatnya di kepala itu menampakkan bahawa tingginya kedudukan bantal kalau nak di bandingkan dengan kusyen yang selayaknya di jadikan alas duduk atau alas kaki yng sewajarnya menyelesakan kaki.. tapi kini kenapa bantal di kepala harus di jadikan alas di kaki?
korang nampak tak apa yang aku cuba terangkan di sini? bayangkan keluarga mu, ibu bapa mu sebagai bantal.. yang selayaknya kau hormati. tapi kini telah kau cemari dengan sifat ter-kurang ajar tuh.. ter-kurang tuh bermaksud, mak ayah da ajar tapi korang yg mngurangkan..
kenapa harus hidup dalam satu surrounding yang kurang hormat menghormati ni? kenapa mesti hipokrit? kenapa tak be yourself jek? susah sangat ke? pening jugak jadik manusia ni. terpaksa berdepan dengan banyak manusia bertopeng yang lain.. dan aku? mungkin juga aku tergolong dalam katogeri di atas.. al maklum la.. aku pon tak perfect.. namun, selagi masih boleh di kawal, kawal la diri tu.. jangan nak di ikotkan nafsu nak marah.. ketahuilah.. syaitan tuh happy gler bile tengok kita ni marah-marah.. enjoy kaum syaitan tuh melebihi enjoy manusia memenangi Trump Tower.. see? think it wisely la fellas...
Pasca Sinergi II: Adakah Kita Masih Berkasih Sayang?
11 years ago
0 comments:
Post a Comment